Ditemukan : 1199 Record
deria
alat perasa (pencium, pendengaran, penglihatan, dll): ~ bau; ~ dengar;
menderia mengesan (bau, rasa, dsb): hidung ialah alat ~ bau di bahagian kepala;
kederiaan peralatan tubuh yg berkaitan dgn fungsi organ deria, spt saluran kederiaan, saraf kederiaan: maklumat itu diperoleh dr dunia luar melalui berbagai-bagai saluran ~;
deriaan kesan drpd menderia
derik I
bunyi spt bunyi papan bersanggit (lebih kecil drpd derak)
derik II
1. kren yg digunakan utk mengalihkan kargo di atas kapal; 2. menara yg dibina di atas telaga minyak yg digunakan utk menaikkan atau menurunkan gerudi
deril I
Id sj kain yg hampir sama dgn linen dan pelbagai warna
deril II
Id tembakan serentak (senapang, meriam);
menderil menembak (senapang, meriam) dgn serentak;
penderilan penembakan yg serentak
dering I
1. bunyi spt bunyi giring-giring (loceng kecil, loceng basikal, telefon, dll): ~ telefon rumah orang sebelah jelas terdengar dr rumah saya; 2. bunyi yg nyaring (spt bunyi cengkerik, gajah, dll): apabila aku terjaga, malam sudah sunyi senyap, hanya ~ cengkerik sahaja yg kedengaran;
berdering, berdering-dering, mendering 1. berbunyi spt bunyi giring-giring (loceng, telefon, dll): bunyi loceng basikal posmen ~ di depan tangga rumah; 2. berbunyi dgn nyaring (spt bunyi cengkerik, gajah, dll): masuk dlm kawan gajah ~;
deringan bunyi berdering: ~ loceng basikal yg menjemukan semakin berkurang bila hari meningkat petang.
dering II
sj tumbuhan (pokok), medang buaya (kelarah, mantu), Cryptocarya griffithiana
deringo, deringu
sj tumbuhan (pokok) jerangau, Acorus calamus
deris
bunyi spt bunyi kain dikoyak (rumput kering dipijak dll);
berderis, menderis berbunyi spt bunyi kain dikoyak dll
derisip
Kd orang yg buta celik
derit
bunyi spt bunyi lantai pelupuh dipijak (engsel yg tidak berminyak dll);
berderit, menderit berbunyi spt bunyi lantai pelupuh dipijak dll
derita I
kesusahan (kesakitan, keseksaan, dsb) yg dialami: sejak dia ditahan, keluarganya menanggung ~ kesengsaraan;
menderita 1. menanggung kesusahan (kesakitan, keseksaan, dsb): dia hidup ~ sejak ditinggalkan kekasih; 2. = menderitai menanggung, mengalami: orang pelarian Kampuchea ~ kemiskinan yg teruk; kerugian yg mereka deritai amatlah banyak;
menderitakan membuat seseorang mengalami derita;
terderita, terderitakan dapat dideritai (ditanggung), tertanggung, tertahan: bukan main sedihnya, tidak ~ sesalnya;
deritaan perkara yg diderita (spt kesakitan, kesusahan, dll): ~nya kali ini lebih berat drpd yg sudah-sudah;
penderitaan 1. perihal menderita, penanggungan: ingin dia mengadukan ~ batinnya itu kpd kawannya; 2. deritaan;
penderita 1. orang yg menderita; ~ cacat orang yg cacat; ~ sakit paru-paru orang yg menghidap sakit paru-paru; 2. Id pelengkap (benda) yg menjadi tujuan kata kerja (perbuatan) dlm ayat: dlm ayat `dia menyepak bola`, `bola` ialah ~nya.
derita II;
~ dapur sj tumbuhan (herba), cempaka hutan, menjulung bukit, Gomphostemma crinitum
derivasi
(dérivasi) proses pengimbuhan yg menggandingkan imbuhan pd kata dasar, penerbitan kata
derja † → durja
derjana → durjana
derjat → darjat
derji
sl tukang jahit
derma
bantuan yg berupa wang (kpd perkumpulan dll), pemberian yg ikhlas, sedekah (kpd orang miskin dll): pertunjukan amal itu ialah utk memungut ~ bagi membantu mangsa banjir;
~ bakti bantuan yg dihulurkan demi sesuatu tujuan kebajikan; ~ kilat derma yg dipungut dgn serta-merta utk sesuatu bantuan kecemasan;
berderma, menderma memberi derma: Wan Intan telah ~ tenaganya merawat orang-orang sakit;
mendermakan memberikan sesuatu dgn ikhlas: dia telah ~ sebahagian drpd gajinya utk anak-anak yatim;
pendermaan perihal atau perbuatan mendermakan: surat itu mengesahkan ~ yg telah diterima oleh pihak perkumpulan itu;
penderma orang yg menderma
dermaga
Jw 1. tembok batu sbg penahan ombak (di pelabuhan); 2. binaan yg diperbuat drpd kayu atau batu tempat kapal berlabuh utk memuatkan atau menurunkan barang-barang muatan
|