Ditemukan : 1199 Record
derman
† Jw banyak (anak, faedah, untung, dll)
dermasiswa
wang bantuan utk pelajar-pelajar (universiti) yg tidak mampu (lebih rendah drpd biasiswa)
dermatitis
(Ubat) radang pd kulit yg dicirikan dgn kulit yg kemerah-merahan dan mengelupas
dermatologi
cabang perubatan yg berkaitan dgn kulit dan segala penyakit yg berkaitan dengannya
dermawan
1. orang yg suka menderma (pemurah hati); 2. suka atau selalu menderma (bersedekah): seseorang raja yg gagah berani, limpah murah lagi ~ akan dikasihi rakyat;
kedermawanan perihal dermawan, kemurahan (keikhlasan) hati, ketulusan (kebaikan) hati sesama manusia
dersana
sj pokok jambu
dersik
bunyi spt bunyi angin, desir
deru
bunyi spt bunyi tiupan angin yg kuat (ribut, guruh, dll): ~ desau ombak menghempaskan diri pd batu karang terdengar dgn jelas;
berderu, menderu, menderu-deru 1. berbunyi spt bunyi angin bertiup (ribut, guruh, dll): tidak lama kemudian menderulah kereta api tiba; 2. berduyun-duyun (datang, pergi, dsb): menderu-deru orang ramai keluar menonton pertunjukan itu;
deruan deru: bunyi ~ enjin motokar di jalan raya mengganggu fikirannya.
deruih
Pr nakal (kanak-kanak)
deruji
kisi-kisi, jerjak
deruk
bunyi yg lebih besar drpd derak
derum I; menderum
merendahkan badan dgn berlutut (gajah, unta, dll): maka gajah baginda pun ~ di depan balai ruang;
menderumkan menyuruh menderu, menyuruh merendahkan badan (gajah, unta, dll): maka raja pun ~ gajahnya, dan makhdum pun dibawa baginda naik gajah.
derum II
bunyi spt bunyi guruh terdengar dr jauh (enjin kereta dll): ~ enjin kereta yg hingar-bingar sudah semakin berkurangan pd telinga Kamal;
sederum pd ketika yg sama, serentak (berbunyi, bercakap, menjawab, dll);
berderum, menderum berbunyi spt bunyi guruh terdengar dr jauh: guruh yg ~ itu berlanjut-lanjut bunyinya;
deruman bunyi menderum, bunyi derum: ~ hujan di waktu itu telah membuat saya kurang mendengar apa-apa yg dikatakannya.
derum III;
~ paya sj tumbuhan (pokok), geronggang, gonggang, penaga hitam, Cratoxylon arborescens
derun
derum: ~ kereta sayup-sayup terdengar dr bukit itu;
menderun berbunyi spt bunyi air terjun dll, menderum
derung I; menderung
menderum (gajah dll)
derung II
derum (bunyi spt bunyi guruh);
berderung-derung berderum-derum
derup
bunyi spt bunyi derap (orang berjalan dgn langkah yg serentak dll)
derus
bunyi spt bunyi barang digesek (daging disayat dll)
derut
bunyi yg hampir sama dgn derus
|