Ditemukan : 1199 Record
desa
(désa) 1. kampung (di luar kota atau bandar), dusun, udik, daerah pedalaman (kawasan hulu atau pelosok negeri): sudah lama dia berhajat hendak pulang ke ~, tetapi masa belum terluang baginya utk berbuat demikian; guru ~ Id guru sekolah kampung (rakyat); sekolah ~ Id sekolah kampung (rakyat); 2. sl daerah, kawasan, tempat: tandang ~ pergi ke merata-rata tempat;
mendesa sl melalui (merentasi) desa: jikalau kita berjalan menurut pesisir ini, sebulan lamanya, dan jikalau berjalan ~, dua puluh hari;
kedesaan spt orang desa (sifatnya, orangnya);
pedesaan kawasan desa: kawasan kampus tetap UKM adalah hutan dara berbukit-bukit seluas 1096 hektar dan terletak di ~ Bangi.
desak I; berdesak
bersesak-sesak, berasak-asak (kerana sempit): orang ~ ketika hendak masuk stadium utk menonton bola sepak;
berdesak-desakan bersesak-sesak, berasak-asakan, berebut-rebut (tempat dll): seorang perempuan muda pengsan terbaring kerana ~;
mendesak 1. menolak (menyorong, mendorong) dgn badan, mengasak: pintu masuk ke dewan itu terlalu kecil dan penonton-penonton ~ dr belakang hendak cepat; 2. mengasak (menghimpit, menghambat) hingga mundur (undur, lemah, dll): tentera Berikat telah ~ tentera Fasis hingga menyerah; 3. meminta (menuntut) dgn sungguh-sungguh: kerajaan pusat telah didesak supaya membanyakkan lagi biasiswa utk pelajar-pelajar Melayu; 4. (bkn sesuatu hal, keadaan, perkara) yg memaksa, (bkn sesuatu hal) yg penting sekali: soal yg sangat ~ dlm penyamaan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia ialah tentang istilah; 5. hampir tiba waktunya (ketika, masa, saat): waktu telah ~ benar, kita mesti siapkan kerja kita lekas-lekas; 6. menghasut, mengacum: tentulah ada orang yg ~nya, kalau tidak takkan sekeras itu sikapnya terhadapku; 7. mendorong, mempengaruhi, memberangsang: dgn sebab putus harapan akan dapat hidup berbahagia serta didesak pula oleh rasa terpulau dan terpencil...;
mendesakkan meminta dgn paksa, menuntut dgn sungguh-sungguh: orang itu betul-betul ~ kemahuannya sahaja;
terdesak 1. tertekan, terdorong: raksa di dlm salur itu akan ~ ke bawah lebih rendah drpd paras raksa yg berada di sebelah luar salur; 2. terasak, terhimpit: ketika berebut masuk ke dewan itu, ramai kanak-kanak yg menjerit kerana ~; 3. susah (sulit) sekali, tertekan, terhimpit: kehidupannya telah ~, dia terpaksa bekerja keras; 4. terdorong, didorong, diberangsang, dipengaruhi: dia memasuki tentera kerana ~ oleh rasa tanggungjawab terhadap nusa dan bangsa; 5. terpaksa, mesti, tidak boleh tidak: bukan kerana apa, melainkan kerana ~; 6. didesak;
desakan 1. tekanan (tolakan) yg kuat: pintu itu pecah kerana ~ orang ramai dr luar; 2. permintaan (tuntutan) yg keras (seolah-olah memaksa): dia membuat kenyataan itu atas ~ barisan bertindak baru-baru ini; 3. dorongan (hajat, kasad) yg sungguh-sungguh: ~ utk mencari adikku yg lari itu telah surut kembali;
keterdesakan keadaan (perihal) terdesak): ~ boleh membawa kesan dlm proses membuat keputusan;
pendesakan perihal atau perbuatan mendesak atau mendesakkan;
pendesak orang yg mendesak (meminta sesuatu dgn sungguh-sungguh): golongan ~
desak II
bunyi spt bunyi kertas direnyuk-renyukkan, keresek-keresek;
berdesak, mendesak berbunyi spt bunyi kertas direnyuk-renyukkan
desar
bunyi spt bunyi bara atau besi panas kena air, bunyi spt bunyi hujan lari di atas atap;
berdesar, mendesar 1. berbunyi desar; 2. ki ngeri, tersirap darah, marah: ~ darah saya melihat gelagat pemuda yg kurang sopan di tepi jalan itu.
desas
bunyi spt bunyi orang berjalan kaki (di tempat yg berpasir): ~ kaki makin dekat, tentu ada orang datang;
berdesas berbunyi spt bunyi orang berjalan kaki di tempat yg berpasir: kami pun pergi berjalan kaki, dan bunyinya yg ~ jelas terdengar dlm keadaan yg sunyi senyap itu;
mendesas-desaskan mendesas-desuskan.
desas-desus
1. suara orang berbisik-bisik: dr lorong yg gelap itu terdengar ~ dua orang berbisik-bisik; 2. khabar angin, cakap-cakap orang (yg belum sah): kedua-duanya sudah sepasang, sejodoh, demikian ~ orang;
mendesas-desuskan menyebar-nyebarkan berita (khabar) angin, membisik-bisikkan, mendesas-desaskan: sekali-kali tidak pernah aku mengumpat-umpat mereka spt yg didesas-desaskan itu; → desus
desau
bunyi spt bunyi ombak memecah di pantai (hujan lebat menimpa daun-daun dll);
berdesau, mendesau berbunyi spt bunyi ombak memecah di pantai dll
desawan
orang yg tinggal (menetap) di desa: Usop ialah ~ yg menyara hidupnya sendiri sama ada ke laut atau ke ladang.
desentralisasi (déséntralisasi)
perihal memberi kuasa yg lebih kpd kerajaan negeri (daerah) yg bersekutu oleh kerajaan pusat, pengagihan kuasa pusat
desersi (désérsi)
IB 1. lari drpd perkhidmatan tentera; 2. pembelotan, perihal memihak kpd musuh
desert (désert)
pembasuh mulut, pencuci mulut
desertir (désértir)
IB orang yg lari drpd perkhidmatan tentera (memihak kpd musuh)
desik
bunyi spt bunyi ranting patah (daun kering ditiup angin dll)
desiliter (désiliter)
ukuran isi padu yg bersamaan dgn 0.1 liter atau 10-4 meter padu
desimal (désimal)
perpuluhan
desimeter (désiméter)
ukuran panjang yg bersamaan dgn 1/10 meter
desing
bunyi spt bunyi angin yg kencang (peluru yg ditembak, baling-baling yg dilempar, dll);
berdesing, mendesing, 1. berbunyi spt bunyi angin yg kencang dll: angin ~ di sela-sela daun kelapa; suara keridik dan belalang sahaja yg kedengaran mendesing memecah kelengangan itu; 2. ki = ~ telinga timbul rasa marah (sakit hati dsb apabila mendengar kata-kata yg mencabar, mencerca, dsb): ~ telinga si Kotot mendengar cabaran Tudin, lalu dicabutnya keris, dan terus meluru menerkam Tudin;
berdesing-desing, mendesing-desing 1. berdesing (mendesing) berulang-ulang atau berterusan; 2. ki masih terngiang-ngiang (terdengar-dengar) di telinga (bkn kata-kata dsb), teringat-ingat: “Aku tahu ibu, umur perajurit tidak panjang”, ~ kata itu di telinga ibu tua, spt angin mendesing-desing di daun kayu;
desingan bunyi yg mendesing (berdesing)
desir
bunyi spt bunyi daun kayu ditiup angin (wap yg keluar dr cerek, pasir ditiup angin, dll): angin laut mulai bertiup dan terdengarlah ~ daun kayu di tepi pantai;
berdesir, mendesir berbunyi spt bunyi daun kayu ditiup angin (wap keluar dr cerek dll): daun buluh ~ ditiup angin petang;
desiran bunyi yg berdesir (mendesir): derauan hujan berselang-selang dgn ~ daun kayu.
desis
bunyi spt desus tetapi lebih kecil;
berdesis berbunyi desis;
mendesis 1. berdesis; 2. berkata dgn perlahan-lahan, berbisik, membisik: bibirnya ~, “Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun”;
mendesis-desis mendesis berulang-ulang, berbisik-bisik, membisik-bisik: sekali-sekali terdengar juga suara bibir Bok Karta ~ membaca kulhu dan fatihah;
desisan bunyi berdesis (mendesis)
desit
bunyi spt bunyi orang menghisap (menyedut) dr celah gigi;
berdesit, berdesit-desit berbunyi spt bunyi orang menghisap dr celah gigi: mulutnya berdesit-desit mengeluarkan serpihan dr celah-celah giginya yg berlubang.
|