Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 3.949
Kemarin : 58.870
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 34 35 36 37 38 >  Last ›
desiun
Pl laju (kereta, basikal, dll)
deskripsi (déskripsi)
keterangan yg bertujuan utk menyampaikan gambaran mental tentang sesuatu yg dialami
deskriptif (déskriptif)
bertujuan utk memberikan deskripsi: kebanyakan karangannya bersifat ~.
despot (déspot)
pemerintah mutlak, pemerintah kuku besi
despotisme (déspotisme)
pemerintahan seorang despot, pemerintahan kuku besi
destar

setangan kepala, tengkolok, tanjak, kain (ikat) kepala: ~ beranting-anting;

~ berapi-api destar utk penari-penari; ~ bertatah destar yg disematkan perhiasan; ~ hitam berkotak destar utk penghulu adat; ~ pelangi destar yg beraneka warna; ~ tebu setuntung dll;

~ habis, kopiah luluh prb perihal menanggung kerugian (kesusahan dll) yg besar (berat dll); ~ hancur, kopiah hancur prb perihal perbuatan yg kurang hemat;

berdestar memakai destar

destinasi ( déstinasi)
tempat yg dituju dlm perjalanan atau tempat penerimaan sesuatu (surat, barang, dll yg dikirim): surat-surat itu dikirimkan melalui pos bukan sahaja ke ~ dlm negeri, malah ke tempat-tempat lain di luar negeri juga.
destruktif (déstruktif)
(bersifat) merosak
desuk
bunyi yg hampir serupa dgn desak
desup

bunyi benda terbenam dlm lumpur dgn laju (keras)

desur

bunyi yg hampir sama dgn desar dan desir;

berdesur berbunyi desur: kudengar tiupan angin yg kencang, ~ memukul sayap kapal terbang.

desus; ~-desis

= berdesus, berdesus-desus, mendesus, mendesus-desus bunyi spt bunyi orang berbisik;

mendesuskan membisikkan; desas-desus

desut

bunyi spt bunyi angin yg kencang (orang meniup api dsb);

mendesut berbunyi spt bunyi angin yg kencang (orang meniup api dsb
detak

bunyi spt bunyi jantung berdenyut; ~ jantung bunyi denyut jantung, debar jantung; ~ hati ki perasaan (fikiran, kata hati) yg mendatang;

berdetak, berdetak-detak 1. berbunyi spt bunyi jantung berdenyut; 2. ki terfikir, terasa, terpendam: Aishah sengaja tidak mahu menunjukkan apa yg sedang ~ dlm hatinya;

mendetakkan membunyikan tak tak dgn lidah;

detakan bunyi berdetak: dlm dadanya terasa ~ jantung.

detap

bunyi spt bunyi hentakan kasut sewaktu berjalan (ranting kayu dipijak dsb);

berdetap berbunyi spt bunyi hentakan kasut sewaktu berjalan (ranting kayu dipijak dsb): Lamid membuka matanya lebar-lebar apabila terdengar ranting ~ dipijak orang;

mendetap-detapkan membunyikan hentakan kasut sewaktu berjalan: gadis itu ~ kakinya ke lantai dan mengetuk-ngetukkan jarinya ke meja;

detapan bunyi berdetap: ~ kasutnya semakin cepat kedengaran menghampiri rumah itu.  

detar

bunyi spt bunyi benda yg bergetar (bergegar, bergentar, dsb);

berdetar, mendetar berbunyi spt bunyi benda bergetar (bergegar, bergentar, dsb).

detas bunyi spt bunyi benang putus (kulit telur pecah, air hujan menitik ke atap, dsb);

berdetas, berdetas-detas berbunyi spt bunyi benang putus (kulit telur pecah, air hujan menitik ke atap, dsb): air hujan mula turun berdetas-detas ke atas atap rumah.

detasemen (détasemén)
IB sepasukan (sebahagian) drpd askar (polis) yg bertugas di sesuatu tempat
detasir (détasir)
IB; mendetasir bp menukarkan seseorang pegawai ke sesuatu tempat kerana tugas yg tertentu
detektif (détéktif)
pegawai polis yg menyiasat kejadian jenayah, mata-mata gelap; cerita (roman) ~ cerita bkn penyiasatan jenayah
detente (détente)
pengenduran ketegangan (konflik dll) antara negara-negara dlm hubungan antarabangsa
‹ First  < 34 35 36 37 38 >  Last ›