Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 2.757
Kemarin : 58.870
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 35 36 37 38 39 >  Last ›
detergen (détergen)
bahan atau campuran bahan yg bertindak sbg pencuci dlm sabun, syampu, dll; ~ lembut detergen yg boleh terurai secara biologi
detik

1. bunyi spt bunyi jam dll; ~ jantung a) bunyi denyut jantung; b) ki getaran hati (kalbu); ~-detak khabar (berita); 2. saat (1/60 minit), waktu atau masa (yg singkat sekali): akhirnya orang tua itu kembali tenang setelah termenung beberapa ~; 3. waktu, masa (secara am): 31 Ogos merupakan ~ yg bersejarah bagi rakyat Malaysia;

berdetik 1. = mendetik berbunyi spt bunyi jam dll: pensel yg di atas meja itu jatuh ~; 2. berkata (di dlm hati): melihat kejadian itu, hatinya ~, “manusia ini tidak waras otaknya”; 3. berdebar (bkn perasaan): hatinya ~ resah apabila adiknya menyebut Dang Kenanga bertanyakan dirinya;

terdetik 1. berbunyi detik; 2. ki terdengar (diketahui, diberitakan, dll): sekarang ~ pula berita-berita yg mengatakan harga barang-barang akan melambung lebih tinggi lagi;

terdetikkan dapat terdetik: kenikmatan Firdaus yg tidak pernah ~ dlm hati manusia;

detikan detik (jam, jantung, dll)

detil (détil)
bp terperinci: segala keterangan telah diberikan secara ~.
deting
bunyi spt bunyi gitar, dencing
detoksifikasi (détoksifikasi)

penyingkiran racun atau toksin drpd sesuatu bahan

detup
bunyi benda meletup (letup-letup kecil); detus, letup I
detus

bunyi spt bunyi letupan senapang (mercun dll);

berdetus berbunyi spt bunyi letupan senapang dll

deuterium (déutérium)
(Kim) isotop unsur hidrogen, hidrogen berat
devaluasi (dévaluasi)
perihal menurunkan nilai mata wang utk memperbaiki kedudukan ekonomi negara
devian (dévian)
(Psi) seseorang yg perangainya menyimpang drpd normal; ~ seks seseorang yg menunjukkan kelakuan seks yg luar biasa
devisa (dévisa)
IB alat pembayaran luar negeri (yg ditukar dgn mana-mana mata wang luar negeri)
dewa (déwa)

 1. sesuatu yg dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa terhadap alam dan manusia; yang-yang: membakar colok utk memuja ~; 2. ki orang (sesuatu) yg dipuja-puja: wang juga akan ~nya; ~ pujaan hatinya telah mati ditembak pengganas;

mendewakan, mendewa-dewakan, memperdewakan memuja-muja spt dewa: masih banyak lagi pegawai kerajaan yg mendewa-dewakan bahasa Inggeris;

kedewaan 1. (hal) mengenai dewa: agama Hindu telah memasukkan adat resam dan sistem ~ Hindu; 2. tempat (kediaman) dewa-dewa;

pendewaan perihal atau perbuatan mendewakan: ~ bahasa Inggeris dan kelulusan Inggeris masih diamalkan oleh pihak-pihak tertentu.

dewadaru (déwadaru)
sj tumbuhan (pokok), daru-daru, dedaru, kayu darat, Urandra corniculata  
dewala (déwala), dewal (dewal)
† sl dinding atau tembok keliling kota dll
dewan (déwan)
1. balai (ruang) tempat diadakan sesuatu (spt persidangan, perjumpaan, forum, ceramah, dll): Tuan Syed Nasir telah memberi ceramah bkn Bahasa Kebangsaan di D~ Hargreaves, Kolej Melayu Kuala Kangsar; 2. perbadanan (institusi, lembaga, dll) yg bertanggungjawab (bergiat, berkuasa, dll) dlm sesuatu bidang kegiatan dsb: D~ Rakyat sedang membahaskan anggaran belanjawan; D~ Bahasa dan Pustaka; D~ Bandaraya; D~ Perniagaan; 3. sl mahkamah tinggi; D~ Keadilan majlis tertinggi bkn adat di NS; D~ Keamanan Id a) Majlis Keselamatan B.B.; b) = D~ Keamanan Nasional dewan yg ditubuhkan oleh kerajaan utk mengawasi (menjaga) keamanan negeri; D~ Menteri Id jemaah menteri, kabinet; D~ Moneter Id lembaga yg berkewajipan menasihati dan mengawasi kewangan negara; D~ Nasional Id majlis yg mewakili masyarakat utk memberi nasihat kpd kerajaan; D~ Negara a) majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; b) Pr majlis tertinggi bkn adat; D~ Negeri majlis mesyuarat negeri; ~ penasihat Id majlis yg memberi nasihat; ~ pengawas(an) Id dewan yg bertugas utk mengawas kerja pengurus perkumpulan (persatuan, dll); ~ perancang Id majlis yg merancang pembangunan negara; D~ Perwakilan Rakyat Id a) = D~ Perwakilan Rakyat Pusat Dewan Rakyat; b) = D~ Perwakilan Rakyat Daerah Dewan Undangan Negeri; ~ pimpinan Id dewan yg memimpin parti (perkumpulan, persatuan, dll); D~ Rakyat majlis tertinggi yg membuat undang-undang (menentukan dasar kerajaan serta mengawasi pelaksanaannya); D~ Undangan Negeri (Persekutuan) majlis perwakilan rakyat negeri-negeri
dewana (déwana)
sl gila (berahi), edan kesmaran
dewangga (déwangga);
kain ~ sj kain yg tebal, ditenun tangan, yg bercorak indah (corak biru atau kuning di atas dasar merah); sutera ~ kain sutera yg bercorak indah.
dewani (déwani)
1. bkn dewan; 2. ahli dewan
dewasa (déwasa)

1. sudah baligh, sudah berumur 21 tahun ke atas, sudah cukup besar: orang ~ dikenakan bayaran masuk yg lebih tinggi drpd kanak-kanak; 2. sudah cukup besar (bkn binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb): lipas yg sudah ~ berwarna perang kehitam-hitaman; 3. pd masa, pd ketika, pd waktu: adat spt itu tidak sesuai lagi dgn keadaan ~ ini; 4. ki sudah banyak pengalaman dan pengetahuannya, matang: kini Malaysia telah mula ~ dan telah pun melalui berbagai-bagai pengalaman dan peristiwa selama dua puluh tahun ia tegak sbg sebuah negara merdeka;

mendewasa menjadi dewasa: ia dilahirkan dan ~ pd zaman perang;

mendewasakan 1. menjadikan dewasa (manusia, binatang, dsb), membesarkan; 2. menjadikan dewasa atau matang (pemikiran, pengalaman, dsb): Razman lebih suka hidup di laut, meluaskan pengalaman dan pandangannya sambil ~ fikirannya;

kedewasaan perihal (keadaan yg) dewasa (matang), kematangan: dia belum lagi mencapai ~nya; ~nya ternyata pd fikiran-fikiran bernas yg dikemukakannya;

pendewasaan 1. perihal atau proses mendewasakan (membesarkan dsb), pembesaran: proses ~ ovari itu terkawal (benda hidup) oleh hormon-hormon yg dikeluarkan oleh ovari dan kelenjar lain; 2. perihal atau proses mendewasakan (pemikiran, pengalaman, dsb), pematangan: ~ sastera bererti kepelbagaian tema yg diterokai dan kepelbagaian aliran teknik dlm penulisannya.

dewata (déwata)

sl 1. dewa; dewa ~ = Sang yang ~ sl peri yg berkuasa; D~ Mulia Raya sl dewa yg tertinggi; 2. perihal (bersifat) dewa; burung (manuk, paksi, unggas) ~ sl burung cenderawasih;

mendewatakan mendewakan;

kedewataan kedewaan

‹ First  < 35 36 37 38 39 >  Last ›