Ditemukan : 1199 Record
dewek (déwék)
Jw † bp sendiri, diri sendiri; aku ~ aku sendiri
dewi (déwi)
1. dewa perempuan: ~ Dermadewi; ~ Pertiwi; 2. ki jantung (buah) hati (bkn perempuan yg cantik);
kedewian sifat spt dewi, tentang dewi: wajahnya menyerlahkan sifat kemanusiaan dan juga ~.
dgn
kep dengan
di I
1. kata sendi nama yg menunjukkan tempat dll: ketika cuti sekolah, Busu lebih suka duduk ~ rumah drpd berjalan-jalan; ~ atas; ~ bawah; 2. pada, dalam: wajah Mawi terbayang ~ mata Aini; ~ hari kemudian; 3. Mn pada, kepada, akan, oleh, dari; datang ~ air datang dr sungai
di II
awalan yg membentuk kata kerja pasif (diri ketiga): dia mati dibunuh perompak
di III
kep adi; dipati adipati; diraja adiraja
dia
kata ganti diri ketiga (utk menegaskan atau merendahkan), ia: ~ yg mengambil bola itu, bukan saya; ~ orang bp mereka semua; itu ~ a) itu orangnya; b) itulah bendanya (perkaranya), itulah keadaan yg sebenarnya;
mendiakan menyebut dia (dgn tujuan menghina, memandang rendah, dsb terhadap seseorang)
diabetes (diabétés)
keadaan yg dicirikan dgn perembesan dan perkumuhan air kencing yg berlebihan, penyakit kencing manis
diafragma
1. tisu yg terdiri drpd otot dan tendon yg memisahkan rongga toraks drpd rongga abdomen pd mamalia; 2. alat yg mengehadkan bukaan lensa atau sistem optik; 3. cakera atau kon yg bergetar pd alat spt telefon, mikrofon, dll; 4. alat pencegah kehamilan pd wanita
diagnosis
perbuatan mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan gejalanya;
mendiagnosis mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan gejalanya, membuat diagnosis
diagnostik
bkn diagnosis: ujian ~
diagonal
IB pepenjuru
diagram
diah → diat I
diaken
IB 1. ulama Kristian (Katolik) yg martabatnya rendah sedikit drpd paderi; 2. kakitangan yg menguruskan hal orang-orang miskin dlm agama Kristian (Protestan)
diakoni
IB dewan tempat menguruskan hal orang-orang miskin dlm agama Kristian
diakritik
(Lin); tanda ~ tanda yg dipakai utk memperbezakan bunyi-bunyi yg berlainan bagi sesuatu huruf: dlm ejaan baru, tanda ~ di atas e bagi melambangkan e pepet ditiadakan
diakronik
meninjau sesuatu hal drpd sudut sejarah perkembangannya (bkn kajian, penyelidikan, dsb); kaji bahasa ~ pengkajian perkembangan bahasa
dialek (dialék)
satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll): ~ Kelantan; ~ Kedah
dialektik (dialéktik)
seni (amalan) menilai kebenaran sesuatu teori atau pendapat secara perbincangan dan perdebatan: tentu sahaja engkau tidak mengerti soal ini, kerana engkau tidak berfikir secara ~.
|