Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 1.529
Kemarin : 58.870
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 37 38 39 40 41 >  Last ›
dialektologi (dialéktologi)
kajian tentang dialek
dialog

1. kata-kata yg dituturkan oleh watak-watak dlm drama atau fiksyen: pengucapan ~ sesetengah pelakonnya masih lemah; 2. karya sastera dlm bentuk perbualan; 3. perbincangan atau perundingan antara dua pihak yg bertelingkah kepentingannya: satu majlis ~ diadakan antara penduduk kampung dgn wakil rakyat mereka; kami mengadakan ~ dgn pengusaha hotel, pemandu-pemandu teksi, malah tuan-tuan punya kedai emas juga;

berdialog mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka: mereka ~ dgn wakil-wakil dr Kementerian Perdagangan mengenai masalah harga minyak petrol.

diam I

1. tidak bercakap (bersuara dll), senyap: Badri ~ sahaja kerana tidak tahu apa yg hendak dicakapkan; terbuang dlm ~ disingkirkan dgn senyap-senyap; 2. tidak bergerak-gerak atau berbuat apa-apa: sedangkan benda yg ~ lagi engkau baling tidak kena, inikan pula benda yg bergerak; ~ tak ~ dgn senyap-senyap, tidak diheboh-hebohkan; ~ macam batang kayu ki tidak bergerak-gerak; ~ membatu ki tidak bercakap-cakap (membisu);

~ ubi lagi kental, ~ besi lagi sentil = bukannya ~ penggali berkarat, melainkan ~ ubi berisi prb diam orang yg berilmu itu berfikir, sementara diam orang yg bodoh itu sia-sia sahaja; kalau tak bermeriam, baiklah ~ prb orang yg miskin dan lemah itu tidak usahlah banyak kehendak; yg disangka tidak menjadi, yg ~ boleh ke dia prb orang yg bertunangan tetapi akhirnya berkahwin dgn orang lain;

sediam sama (spt, macam) senyapnya: mereka diam ~ kuburan di waktu subuh;

diam-diam dgn tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit: dgn ~ sahaja dia keluar dr negeri Daha;

~ lepu prb pada zahirnya baik dan jujur tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali; ~ ubi (berisi) prb pendiam tetapi banyak berfikir atau berpengetahuan;

berdiam = ~ diri = berdiam-diam 1. tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): mereka berdua ~ sebentar; di dlm berdiam-diam begitu, sebenarnya dia berfikir; 2. ki tidak melakukan sesuatu, tidak mengambil apa-apa tindakan: kita tidak mesti ~ diri, kita mesti membela diri kita sendiri;

berdiamkan; ~ diri berdiam diri: ia ~ dirinya barang ke mana diterbangkan oleh burung itu;

mendiami tidak menegur (menyapa dll), memulau: kami diami sahaja orang-orang yg membelot kpd persatuan kami;

mendiamkan, memperdiamkan 1. membuat (menjadikan, membiarkan) diam: ibu ~ adikku yg merengek; 2. menjadikan tidak bergerak, mematikan utk seketika (benda bergerak dll): gelora marah itu didiamkannya sahaja; 3. tidak mengendahkan (mempedulikan, ambil tahu, dll), tidak menghebohkan: pihak Berikat tidak boleh ~ serangan yg dilakukan oleh pihak Fasis ke atas negara-negara yg kecil; ada pun jika kita perdiamkan perkara ini, nescaya buruk padahnya;

terdiam tidak bersuara (bergerak dll) lagi: Datuk Ujang dan polis itu mengangguk lagi tetapi sejurus kemudian ~ semula; melihat guru datang, murid-murid darjah itu pun terus ~;

pendiam (orang yg) tidak suka bercakap-cakap: Zaini itu seorang murid yg ~ tetapi lekas dapat menangkap ajaran gurunya.

diam II

tinggal (duduk, berumah, bertempat) di: saya ini hanya budak miskin, ~ di hulu negeri; ~ berdagang tinggal (hidup) merantau;

~ di bandar tak meniru, ~ di laut asin tidak prb hal orang yg tidak mahu belajar supaya maju walaupun tinggal di tempat yg ramai;

mendiami, mengediami † bertempat tinggal di, berumah di, menduduki: mulai drpd tarikh itu, bandar Brunei telah menjadi bandar yg didiami oleh orang Jepun sahaja; tidak ada siapa yg sanggup ~ rumah itu;

kediaman = tempat ~ tempat tinggal (duduk dll), rumah (pondok, gua, dll) yg diduduki: setelah selesai sembahyang, mereka pun pulang ke tempat ~ masing-masing; di sana sini terdapat rumah-rumah yg besar tersergam, tempat ~ orang besar-besar dan orang kaya-kaya.

diameter (diaméter)
garis pusat (pd bulatan)
dian I

pelita yg dibuat drpd lilin;

mendiani menerangi (dgn dian)

dian II;
burung kaki ~ sj burung, Tringa totanus eurhinus
diang; berdiang

berada dekat api (unggun api, dapur) utk memanaskan badan: di musim sejuk begini kami tidak banyak keluar tetapi ~ di rumah sahaja;

~ di abu dingin prb pertolongan yg sia-sia (tidak berguna); sambil ~ nasi masak prb sekali membuat sesuatu pekerjaan, dua tiga maksud tercapai;

mendiang memanaskan atau memasak sesuatu dgn meletakkannya dekat dgn api: pagi-pagi lagi kelihatan budak dua beradik itu ~ ikan di tepi sungai; bagai pucuk pisang didiang prb lemah sekali (tidak bertenaga) kerana sakit dll;

mendiangkan memanaskan (badan, tangan, dll) dekat api: kata Thomas sambil menggesel dan ~nya dekat api;

perdiangan tempat berdiang, (dapur jingkir) utk berdiang

diar Mn; memperdiarkan
membiarkan sahaja, tidak mempedulikan.
diarea (diaréa)
(Ubat) penyakit buang air besar (najis cair) yg terlalu kerap pengulangannya, cirit-birit
diari
buku yg mengandungi rakaman harian tentang pengalaman atau pemerhatian peribadi, buku harian
diarki
pemerintahan oleh dua negara, individu, dll
diastase
(Bio) enzim (amilase) yg terdapat pd barli bercambah, kentang, dll
diat I

sl denda (pampasan) yg harus dibayar kerana melukai atau membunuh orang dll: berapa dapat kamu keluarkan ~ akan Abdullah?

mendiatkan membayar diat: patut engkau diatkan nyawa anak memerang itu.

diat II; pendiat
sl kubu (perangkap) gajah
diayah

penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat, dsb) utk mendapat sokongan, propaganda: anasir-anasir komunis telah cuba menjadikan isu Islam utk mengembangkan ~ mereka;

mendiayahkan menyebarkan diayah, mempropagandakan;

pendiayahan perbuatan menyebarkan diayah;

pendiayah orang yg menjalankan kegiatan diayah: ~ komunis perlu diawasi.

dibab

Pr tampar sayang (geram dll);

mendibab menampar kerana sayang (geram dll)

dibaja
sl = kain ~ sj kain sutera yg halus
didaktik
bermaksud mengajar: sajak ini bersifat ~.
didaktisisme

unsur pengajaran dlm sesebuah karya sastera yg memberikan pendidikan (terutamanya dr segi moral, etika, atau soal-soal keagamaan)

‹ First  < 37 38 39 40 41 >  Last ›