Sabtu, 21 November 2026   |   Ahad, 10 Jum. Akhir 1448 H
Pengunjung Online : 6.205
Hari ini : 102.481
Kemarin : 95.893
Minggu kemarin : 821.392
Bulan kemarin : 11.429.130
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 38 39 40 41 42 >  Last ›
didal
sarung jari drpd logam dll (utk melindungi hujung jari ketika menjahit), jidal
didih; mendidih; berdidih

† 1. meruap atau meluap-luap kerana dipanaskan, menggelegak: air di dlm kawah itu sedang ~; 2. ki marah sekali (bkn perasaan): Hayati makin radang, ~ rasa darahnya; 3. ki berkobar-kobar, meluap-luap, berapi-api (bkn semangat);

mendidihkan 1. memasak (memanaskan) air dll hingga mendidih; 2. menjadikan berkobar-kobar (semangat): keberaniannya menentang kezaliman itu ~ darah keperwiraan dlm jasad bangsanya;

pendidihan perihal atau proses mendidih(kan)

didik

1. pelihara, jaga (dgn hati-hati), ajar; ayam ~ ayam yg tidak beribu (dipelihara drpd kecil); 2. sl bd anak-anak yg baru remaja: harta yg Duli Tuanku kurniakan dahulu, sekarang sudah dihabiskan oleh ~ itu utk bersuka ria;

mendidik menjaga (memelihara dsb) dan melatih (mengajar dll) baik-baik: ~ kanak-kanak bukan satu perkara yg boleh dipandang ringan;

terdidik mendapat latihan (pengajaran dll), terlatih: sebelum perang dahulu banyak mahasiswa kita yg ~ di tanah Inggeris;

didikan 1. kaedah mendidik: salah ~ boleh merosakkan anak-anak apabila mereka besar kelak; 2. yg dididik (diajar, dilatih, dll): masa depan bagi kanak-kanak ~ sekolah Melayu kini terjamin; 3. = pendidikan;

pendidikan 1. perihal mendidik: ~ kanak-kanak cacat belum diperluas lagi di negara kita; 2. = ilmu ~, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik: ia mahu mendalami lagi pelajarannya dlm hal ~ kanak-kanak; 3. didikan, latihan, ajaran: merosotnya moral pemuda-pemudi kita ialah kerana kurang mendapat ~ rohani ketika di bangku sekolah;

berpendidikan mendapat pendidikan (latihan): kaum intelek Melayu yg ~ Barat masih ragu-ragu akan kemungkinan bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi;

pendidik orang yg mendidik, guru: sekarang Ali bertugas sbg ~ di sebuah sekolah di Kelantan.

didis Jw †; mendidis
mencari kutu, mengutui
didong
1. † orang Perancis, orang Eropah (asing); 2. peranakan, bercampur darah: Belanda ~; 3. = komedi ~ † sj wayang patung; 4. † pertunjukan tari-menari dan muzik
diesel (disél)
1. = enjin ~ = mesin ~ sj enjin pembakaran dalam yg nyalaannya dihasilkan oleh bahang drpd gas yg dimampatkan; lokomotif ~ Id kereta api berenjin diesel; 2. = minyak ~ minyak galian yg digunakan sbg bahan api oleh enjin diesel
diesius (diésius)
(Bio) bkn tumbuhan yg organ pembiakan jantan dan betinanya tidak terdapat pd pokok dan bunga yg sama
diestrus (diéstrus)
(Bio) tempoh ketika tiada aktiviti pembiakan berlangsung bagi haiwan yg mempunyai beberapa kitar estrus dlm sesuatu musim membiak
diet (diét)

1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang; 2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk seseorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu (spt mengawal berat badan dll): ~ seimbang; pakar ~ pakar dlm kajian saintifik tentang pengambilan, penyediaan, dan pengawalan makanan;

berdiet makan dan minum mengikut peraturan yg ditetapkan: dia terpaksa ~ utk mengurangkan berat badannya.

dif
Ar jemputan atau tetamu khas dlm majlis: segala ~ yg hadir telah mengambil tempat duduk masing-masing.
difteria (diftéria)
(Ubat) sj penyakit berjangkit (biasanya menjangkiti kanak-kanak) yg diakibatkan oleh bakteria Corynebacterium diptheriae, yg dicirikan dgn demam, sakit kerongkong, dan gangguan pernafasan
diftong
gabungan dua bunyi vokal yg disebut dlm satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah spt ai, au, dan oi
difusi

perihal meresapkan atau menyebarkan (pengetahuan, kebudayaan, dsb), resapan;

berdifusi meresap (masuk ke dlm bahasa, kebudayaan lain, dsb): sesuatu bahasa itu dikatakan ~ jika ia bergerak dan menyebar ke dlm bahasa lain.

digit

mana-mana satu angka Arab dr kosong hingga sembilan, angka, nombor: 4204 mengandungi empat ~; ~ perduaan digit sifar atau satu dlm sistem perduaan;

berdigit mempunyai digit, digital: jam ~

digital (Komp)
beroperasi dgn menggunakan angka atau aksara lain utk mewakili data
digniti
1. sifat yg mulia, kemuliaan, kebesaran: mereka menganggap kerja mereka sbg satu profesion yg mempunyai maruah dan ~ tersendiri; 2. kedudukan (gelaran, pangkat, dll) yg tinggi: sudah sampai masanya dunia filem tanah air diberi ~ tersendiri.
digraf
dua huruf berturut-turut yg mewakili satu bunyi (spt ng, ny, sy), dwihuruf, dwilambang, huruf rangkap
dik
kep adik: jangan menangis ~, sekejap lagi emak pulang.
dikara
sl indah, mulia; → adikara 
dikau
engkau atau kamu (digunakan jika perkataan sebelumnya berakhirkan huruf n): akan ~; dgn ~
‹ First  < 38 39 40 41 42 >  Last ›