Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 256
Kemarin : 58.870
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 39 40 41 42 43 >  Last ›
dikir

1. ucapan (doa) utk memuji-muji Rasul biasanya dgn berlagu (lazimnya diadakan ketika Maulud Nabi); 2. lagu atau nyanyian dgn berpantun yg dilakukan beramai-ramai; ~ barat Kl lagu (nyanyian) beramai-ramai sambil berbalas-balas pantun; ~ jelotah sj tarian berserta dgn dikir beramai-ramai dlm upacara mengirik padi selepas menuai;

berdikir mengucapkan puji-pujian kpd Rasul (dgn berlagu): datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai ke terataknya kerana hendak ~ maulud; ~ barat Kl bernyanyi (berlagu) dgn berpantun beramai-ramai;

pendikir orang yg melagukan dikir; zikir

dikit; sedikit

tidak banyak (bkn bilangan, nilai, kadar, dll), tidak seberapa: berilah kami ~ kuih itu;

~ pedas agak pedas; ~ hari lagi tidak lama lagi; ~ sebanyak lebih kurang;

~ hujan banyak yg basah prb kecelakaan yg kecil membawa akibat yg besar (pengetahuan sedikit tetapi bercakap besar); ~ kerja banyak berantun prb perihal kemalasan seseorang (orang yg tidak mahu berusaha membuat sesuatu);

sedikitnya 1. = sedikit-dikitnya, sedikit-sedikitnya sekurang-kurangnya, yg paling kurang; 2. jumlahnya yg sedikit; banyak ~ banyaknya, jumlahnya (banyak atau sedikit);

sedikit-sedikit 1. setiap kali sedikit; ~ lama-lama jadi bukit prb sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga; 2. walaupun sedikit;

menyedikit berkurang (sedikit-sedikit);

berdikit-dikit 1. sedikit demi sedikit: wangnya telah dikumpulkan secara ~; 2. berhemat, berhati-hati (bkn wang dll): mereka boleh hidup sederhana dgn ~;

mendikit-dikitkan, menyedikitkan, mengecilkan (mengurangkan) belanja dll, menjadikan sedikit: mereka hendak ~ belanja supaya dapat menyimpan wang;

mempersedikit menjadikan lebih sedikit;

tersedikit yg paling sedikit

diko

Id cat kereta dll;

mendiko menyemburkan cat (pd kereta dll)

dikotiledon (dikotilédon)
tumbuhan drpd kumpulan Dicotyledonae yg mempunyai dua daun biji benih dan daun yg uratnya berselerak
dikotomi
pembahagian (pemisahan) antara dua kumpulan (kelompok dll) dlm sesuatu hal yg saling bertentangan: dasar tadi menyebabkan kita selalu berfikir secara ~; ~ ini tidak terbatas kpd dunia sastera dan budaya, malah menyebar ke seluruh lapangan kehidupan.
diksa †; berdiksa
dilantik (sbg pendeta Buddha)
diksi (Lin)

pemilihan dan penggunaan kata yg tepat dan berkesan utk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan

diktat
IB catatan yg dibuat oleh pelajar ketika mengikuti pelajaran
diktator

pemerintah mutlak, terutamanya yg merampas kuasa tanpa mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim: rakyat negara yg diperintah oleh seorang ~ jarang-jarang mempunyai kebebasan asasi;

kediktatoran 1. pemerintahan oleh diktator: pemerintahan ini mengambil rupa bentuk kerajaan satu parti atau ~ tentera; 2. kuasa mutlak atau tertinggi

diktatorial
1. bkn pemerintahan yg bercirikan diktator; 2. cenderung utk menjadi diktator
dikte (dikté)

IB menyalin (menulis) rencana, menulis tepat-tepat apa yg dibaca (diucapkan) oleh orang lain;

mendikte 1. meminta (menyuruh) orang menulis apa-apa yg dibaca (diucapkan); 2. menyuruh orang berbuat sesuatu dgn tidak membantah, menyuruh menurut sahaja;

mendiktekan 1. menyuruh tulis apa-apa yg dibaca (diucapkan); 2. menyuruh dgn paksa, memerintahkan: apabila anakanda dapat memahamkan huraian kami ini, anakanda tidak akan berasa didiktekan sahaja oleh orang tuamu ini.

diktum
1. kenyataan rasmi yg dikemukakan oleh seseorang yg ada autoriti; 2. pepatah yg menghuraikan sesuatu aspek hidup secara yg menarik: ahli teologi Muslim menggunakan ~ ini utk mematahkan kecaman pihak musuh.
dil;
buah ~ sj bola yg keras; (ber)main ~ bermain bola keras dgn menggunakan tongkat spt dlm permainan hoki
dila, dilah
† suluh, lampu
dilam
sj tumbuhan (herba), Hemigraphis platycarpos
dilema (diléma)
keadaan yg menyebabkan sukarnya membuat pilihan antara dua alternatif (benda, orang, situasi, dll) atau lebih; keadaan serba salah: ini kerana Soviet Rusia sendiri kini berada dlm ~ berkaitan dgn penglibatannya di Afghanistan
dim I

ukuran (satuan) panjang lebih kurang 1/12 kaki atau 25.4 mm, inci

dim II;
lampu ~ Id lampu kecil di depan kereta
dimensi (diménsi)

1. ukuran saiz sesuatu (spt tinggi, panjang, lebar) atau garis pusat: dlm rajah yg kamu lukis itu, tunjukkan ~nya; cara ideal ialah audiovisual dan tiga ~; 2. aspek: apakah ~ baru yg harus kita cari, terokai, dan membinanya supaya kecemerlangan itu akan menjadi sesuatu yg hakiki dan abadi?

berdimensi mempunyai dimensi;

mendimensi mengambil ukuran, mengukur

dimpit → dempet
‹ First  < 39 40 41 42 43 >  Last ›