Ditemukan : 1199 Record
din
Ar agama; hari ~ = Yaumiddin hari kiamat
dina I;
hina-~; → hina
dina II;
~hari sl dinihari
dinamik I
bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan: pembangunan masyarakat yg lebih ~ harus mendapat perhatian yg tajam drpd orang ramai;
mendinamikkan menjadikan dinamik;
kedinamikan keaadaan dinamik; dinamis
dinamik II
cabang ilmu mekanik yg berkaitan dgn daya dan hubungannya dgn gerakan jasad
dinamis IB → dinamik I
dinamisir IB; mendinamisir
bp menjadikan (membuat, menyebabkan jadi) dinamik
dinamisme
sifat dinamik: kami berharap reka bentuk baru ini memberi suasana segar kpd majalah ini dan memancarkan ~ baru yg terdapat padanya; makalah ini bertujuan menyerlahkan aspek kreativiti dan ~ dlm bahasa pengiklanan.
dinamit
bahan letupan yg kuat (boleh menghancurkan batu-batu);
mendinamit menghancurkan (meleburkan, merosakkan) dgn dinamit.
dinamo
sj alat utk menukar tenaga mekanik kpd tenaga elektrik, terutamanya yg mengeluarkan arus terus
dinar
sl wang (mata wang) emas
dinas
Id 1. jabatan (kerajaan yg mengurus tugas tertentu): ~ kehaiwanan; 2. sesuatu yg bersangkutan dgn jabatan: pakaian ~; rahsia ~; ikatan ~ perjanjian utk bekerja dgn kerajaan apabila tamat belajar; 3. masa berkhidmat (dgn kerajaan, syarikat, dll); 4. sedang bertugas (bekerja)
dinasti
1. jurai raja-raja pemerintah yg berasal drpd satu keturunan (keluarga): mengikut suatu rekod drpd ~ Ming, Laksamana Yin Ching mengunjungi Melaka dlm tahun 1403; 2. tempoh sesebuah negeri diperintah oleh raja-raja yg berasal drpd satu keturunan.
dinda → adinda
dinding
1. penutup (penyekat) ruang, bangunan, bilik, dll yg dibuat drpd kayu, bata, dll; sebuah gambar tergantung di ~; lampu ~ lampu yg disangkutkan di dinding; 2. sesuatu yg menyerupai dinding: ~ abdomen;
~ kambi papan (kayu) pd kaki dinding; ~ sel selaput yg menyelaputi sel; ~ tepas dinding yg dibuat drpd pelepah daun kumbar;
~ teretas, tangga terpasang prb bukti yg cukup utk menyatakan sesuatu hal; jadi ~ tasak peti permainan prb orang harapan raja dan orang besar-besar;
berdinding, berdindingkan menggunakan (memakai) dinding: rumah panjang itu beratapkan daun bertam dan ~ kulit kayu;
mendinding 1. memasang (melekatkan) dinding: ayah saya tidak ada, dia pergi ~ rumah Pak Ngah Talib; 2. berupa dinding, spt dinding: bukit-bukit yg dipenuhi hutan tebal ~ ke sebelah barat kampung saya;
mendindingi merupakan dinding (utk menyekat, melindungi, menahan, menutup, merintang, dll), menjadi dinding pd: pokok bunga di sekeliling perigi itu ~ orang yg mandi drpd penglihatan orang ramai; pakatan SEATO ditubuhkan utk ~ kemaraan kuasa Komunis;
mendindingkan menggunakan sesuatu spt dinding; ~ tangan meletakkan tangan di atas dahi supaya tidak silau dll;
terdinding tersekat oleh dinding, tersekat, terlindung: jikalau iman tidak teguh, segala godaan syaitan mungkin tidak ~ lagi;
pendindingan perihal atau perbuatan mendinding(i) atau mendindingkan;
pendinding penutup, penyekat, penghalang, pelindung: agama bukan sahaja jadi petunjuk ke jalan hidup yg sebenar sahaja, tetapi juga jadi ~ drpd godaan hawa nafsu;
doa ~ doa utk melindungi diri drpd mara bahaya;
kain ~ miang, wang ~ malu prb berbuat (menggunakan) sesuatu biarlah kena pd tempatnya.
dines → dinas
ding;
akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar ali (dedingin), Smilax myosotiflora
dingin
1. tidak panas (hangat), sejuk: hari masih pagi, cuaca belum begitu terang dan hawa ~ sekali; 2. ki tidak meriah (sambutan keramaian dsb): sambutan perayaan Hari Kebangsaan pd tahun ini agak ~ jika dibandingkan dgn tahun yg sudah-sudah; 3. ki tidak mengambil berat (bkn layanan), tidak mesra (bkn perhubungan dsb), sepi: sejak akhir-akhir ini, Jamaludin bersikap ~ terhadapnya; hubungan ~ hubungan (antara orang, negara, dll) yg tidak erat dan mesra; 4. ki basi (bkn berita, cerita, dsb), kasip; 5. menghilang (bkn kemarahan), reda; perang ~ perselisihan dgn tidak menggunakan kekerasan senjata;
~ hati tidak riang (berminat, bersemangat, dll); ~ kepala berfikiran tenang dan waras; ~-~ panas sekejap dingin sekejap panas; ~ tangan selalu berhasil membuat pekerjaan (spt bertanam, mengubat, dll); nasi tak ~ pinggan tak retak prb perihal cermatnya melakukan sesuatu;
dingin beku
(menjadi) beku kerana terlampau sejuk (bkn cecair spt air dll);
mendinginbekukan menjadikan beku dgn menyejukkan berlebih-lebihan: cecair karbon dioksida ini mudah didinginbekukan menjadi pepejal;
terdingin beku (telah) menjadi beku kerana terlampau disejukkan
dingkelik
Jw bangku tempat letak kaki
|