Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.636
Hari ini : 24.797
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 254 Record
‹ First  < 4 5 6 7 8 >  Last ›
feudalisme (féudalisme)

1. sistem kemasyarakatan yg dikuasai oleh kaum bangsawan; 2. sistem pembahagian tanah kpd kaum bangsawan di Eropah pd zaman dahulu (dgn kaum petani yg mengusahakan tanah diwajibkan memberikan khidmat kpd kaum bangsawan yg menjadi tuan punya tanah)

feudalistik (féudalistik)
berasaskan (bercorak, bersifat) feudalisme, feudal: unsur-unsur budaya ~ harus ditinggalkan, termasuk pendewaan seseorang tokoh
fibrin
(Bio) zat dlm darah yg membekukan darah
fibroid
sj ketumbuhan yg tidak mengakibatkan barah (benigna)
fibula
(Bio) tulang betis yg terletak di sebelah luar (tulang) tibia
FIDA
akronim bagi Federal Industrial Development Authority (Lembaga Pembangunan Perindustrian Persekutuan). 
fidyah
1. denda sebab tidak mengerjakan sesuatu fardu: ~ utk puasa; 2. denda atau ganti rugi yg mesti dibayar kerana melukai atau membunuh orang, diat
fidzah, fidah
Ar, sl perak: pasu itu tutupnya drpd perak dan coraknya drpd ~ yg abiad
FIFA

akronim bagi Federation of International Football Associations (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa)

figura
perwakilan (representasi) (terutamanya bentuk manusia) dlm lukisan atau ukiran: ini dilambangkan oleh ~ yg bersendirian pulang, memikul sebuah bakul
figuratif
menunjukkan makna (perkataan, rangkai kata, dsb) yg lebih abstrak atau imaginatif drpd makna biasanya, bersifat kiasan atau lambang: sejauh mana keberhasilan seseorang penulis skrip itu mengolah dialognya sbg bahasa kreatif yg sifatnya imaginatif, dan ~
fiil
Ar 1. perbuatan, kerja; kata ~ † perbuatan; 2. kelakuan, perangai: Sultan Mahmud terlalu baik ~nya
fikah
Ar = ilmu ~ pengetahuan tentang hukum dlm agama Islam
fikir

1. ingatan, angan-angan, akal: ~ itu pelita hati; daya ~ daya atau keupayaan (utk) berfikir; ~ sebelit = kurang ~ tidak ingat-ingat (dipertimbangkan baik-baik); tak habis ~ tidak mengerti (hujung pangkalnya maka jadi begitu); ahli ~ ahli falsafah; 2. anggapan, pendapat, sangka, kira: pd ~nya, tidak akan kita datang; ~ku sangkaku, pd sangkaanku;  

      berfikir menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu dsb), mempertimbangkan (dlm ingatan): ia ~ bahawa wang itu lebih berharga drpd nyawanya; ia pun ~ lalu berkata; ~ panjang mempertimbangkan baik-baik;  

      berfikirkan berfikir mengenai sesuatu;  

      memikir 1. berfikir mengenai sesuatu, mengingati, merenung sesuatu: ia kelihatan mengerutkan kening seolah-olah ~ sesuatu; 2. menyangka, menganggap: apa yg kau fikir tidak aku tahu persoalannya;  

      memikiri memikir

      memikirkan 1. menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu), merenungkan, mempertimbangkan (dlm fikiran): Mariam berjanji akan ~ pinangan orang itu; mereka yg bertanggungjawab tentang soal pendidikan masyarakat mestilah ~ dua perkara ini; 2. mengenangkan: aku banyak ~ masa depanku; 3. mengendahkan, mempedulikan, memandang penting: kalau jadi ia berkahwin dgn gadis itu, akan bererti bahawa ia tidak ~ celaan orang;  

      terfikir teringat, termasuk akal, tersangka: tidak ~ pd diriku kejadian spt ini akan menimpanya;  

      fikiran 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian;  

      sefikiran sependapat, sefaham;  

      berfikiran mempunyai fikiran (akal dll);  

      pemikiran perihal berfikir (memikir): bahasa Melayu sejak lama telah berkembang sbg alat perkembangan ~ bangsa Melayu;  

      ~ lateral cara menyelesaikan masalah dgn menggunakan daya imaginasi (bukan dgn menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yg biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yg kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak gila-gila sedikit) tetapi berkesan; 

      pemikir orang yg berfikir, ahli fikir

fikrah

Ar daya berfikir, pemikiran: hubungan ~nya dgn realiti sejarah sosial dan politik

fiksyen

1. karya sastera yg dicipta drpd imaginasi spt novel dan cerita pendek, cereka; 2. cerita yg diada-adakan;  

      memfiksyenkan menjadikan fiksyen, menjadikan hasil imaginasi

filamen (filamén)
1. tangkai stamen yg mempunyai cepu debunga; 2. dawai halus (biasanya tungsten) dlm mentol lampu elektrik
filantropi
rasa kasih sayang terhadap manusia, kedermawanan
filem

1. benda tipis drpd seluloid yg dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif); 2. gambar bergerak yg ditayangkan pd layar, biasanya di pawagam, wayang gambar: mereka selalu berbicara tentang cerita ~;  

      ~ bicara wayang bersuara (wayang gambar yg pelakon-pelakonnya berkata-kata); ~ berwarna wayang gambar dlm warna-warni; ~ bisu wayang gambar yg pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi hanya beraksi; 

      memfilemkan menjadikan filem, membuat cerita dlm bentuk filem: syarikat perfileman itu akan ~ kisah hidup P. Ramlee;  

      perfileman (segala hal) mengenai filem (wayang gambar): perusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun; masalah ~

filologi
1. analisis saintifik tentang rakaman bertulis dan teks sastera; 2. (ilmu) linguistik sejarah dan perbandingan
‹ First  < 4 5 6 7 8 >  Last ›