Ditemukan : 610 Record
hangat
1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedudukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~;6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~;
~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati;
hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan);
berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari;
menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau menyusahkan;
menghangati † 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango;
menghangatkan 1. = memperhangat menjadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), memeriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, menggentingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ perdebatan pd hari itu;
memperhangat menjadikan lebih hangat;
kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), kemeriahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ perdebatan itu meresahkan orang ramai.
hanggau; menghanggau
menjangkau
hangit
1. ( berbau) spt bau kain terbakar, 2. rosak atau terbakar dan berbau (bkn makanan spt nasi, lauk, kuih, dsb yg dimasak atau dibakar terlalu lama): dia asyik berbual sehingga ~ nasi di atas dapur; 3. berbau busuk spt bau peluh, hapak (badan kerana tidak mandi atau berpeluh): badannya ~ kerana sudah beberapa hari dia tidak mandi; memberi ~ ki memberi malu;
~-pengit a) terlalu hangit; b) Pr, Kl hangus rentung;
menghangitkan menyebabkan hangit (masakan, kuih yg dibakar);
kehangitan 1. perihal hangit (masakan, kuih yg dibakar); 2. perihal hangit (hapak), bau hangit, kehapakan
hangpa
Kd hang apa, awak, engkau, kamu (semua)
hangus I
menjadi binasa kerana dimakan api, terbakar hingga menjadi hitam: maka mahligai itu pun habis ~; ikan itu tidak dapat dimakan lagi kerana ~ sewaktu dipanggang; ~(-hangus) hati a) panas hati, marah; b) terlalu rindu (ingin); belanja (perbelanjaan, wang) ~ wang hantaran pengantin lelaki kpd pihak perempuan utk belanja kahwin (lain drpd mas kahwin); ~ tiada berapi, karam tiada berair prb menderita kesusahan yg amat sangat;
menghanguskan membakar sampai hangus: ~ hati (dada) memanaskan hati, menjadikan sangat marah;
kehangusan 1. keadaan hangus; 2. terbakar hangus: ~ hati a) panas hati, sangat marah; b) kerinduan
hangus II
sj ikan darat, arang ekor, Balantiocheilus melanopterus
hangus III
kayu ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Dichapetalum (Chaillettia) spp.
hansop
Id sj pakaian budak-budak
hantam → hentam
hantar I bp = menghantar;
1. mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani, menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan meninggalkannya di situ: setiap hari ayah ~ kami ke sekolah dgn keretanya; 2. membawa atau menyebabkan bergerak dr satu tempat ke tempat lain, mengalirkan: pam jantung di sebelah kanan ~ darah masuk ke dlm paru-paru melalui salur nadi; 3. menyampaikan surat (kad jemputan, laporan, dsb) melalui alat perhubungan (spt pos, telegraf, dsb), mengirim: dia ~ surat kpd ayahnya setiap bulan; 4. membawa utk diberikan (disampaikan) kpd seseorang dsb: dia datang ke rumah ~ surat itu; 5. membawa ke sesuatu tempat (utk tujuan tertentu): ~ manusia ke bulan; ~ kereta ke bengkel utk dibaiki; 6. menyertakan sesuatu (utk dipertandingkan dsb): dlm pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukisannya; 7. membiayai pelajaran dsb, memasukkan (ke sekolah dsb yg tertentu): kerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri; ~ anaknya ke sekolah aliran Melayu; 8. menyuruh (mengarahkan, meminta, memaksa, dsb) pergi ke sesuatu tempat (utk melaksanakan sesuatu tugas dsb): ~ bala tentera ke sempadan; ~ perwakilan ke sesuatu persidangan; 9. menendang (membaling, memukul) bola ke sesuatu tempat atau kpd seseorang pemain lain (dlm permainan bola sepak, hoki, badminton, dll): Hassan ~ bola ke pintu gol.
~ cincin = ~ tanda membawa (memberi, mengirim) cincin utk tanda pertunangan;
hantar-menghantar 1. saling menghantar, kirim-mengirim, beri-memberi: setiap Hari Raya kami saling ~ kuih dan hadiah; 2. † berturut-turut tetapi tidak teratur antaranya: ia masih hidup kerana nafasnya ~;
menghantari membawa utk diberikan kpd, mengirimi: maka dihantari baginda rakyat dan gajah kuda tidak terpermanai banyaknya; suaminya tidak ~nya surat;
menghantarkan = menghantar;
hantaran 1. sesuatu yg dihantar (dikirim), kiriman: petani-petani sambilan ini mungkin mendapat ~ drpd anak dan ahli keluarga yg melakukan migrasi; 2. = ~ kahwin = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd bakal mentua utk perbelanjaan perkahwinan, belanja hangus; 3. (dlm majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian, dsb) yg dibawa bersama wang hantaran: pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang ~; 4. (dlm permainan bola sepak dll) tendangan (balingan dsb) bola ke sesuatu tempat atau kpd pemain lain: ~nya tidak sampai kpd kawannya;
penghantaran perihal (perbuatan, kerja) menghantar (mengirim dll);
penghantar 1. orang yg menghantar (mengirim) surat dsb; 2. orang yg membawa sesuatu utk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kpd seseorang, pembawa: ~ surat khabar; ~ pos (surat) Id posmen; 3. orang yg membuka mesyuarat (pembicaraan dll); 4. alat utk menghantar
hantar II; berhantaran
terletak (terjatuh) di sana sini, bertebaran: banyak rakyat mati, darah pun banyak tumpah ke bumi, mayat manusia ~ di medan;
menghantar, menghantarkan meletakkan (di tanah dll) sembarangan sahaja, menggeletak: dihantarkannya tangan kanan ke atas bahu kirinya;
terhantar 1. terlantar di tanah dll, tergeletak: badannya ~ di Langkawi, ditanamkan orang di sana; 2. tidak terpelihara (tidak terbela), terbiar, terlantar: rumah pemeliharaan orang yg ~.
hantau; menghantau
Kd, Pl, Pn mengunjurkan kaki ke atas sesuatu
hantu I
1. roh jahat (yg dikatakan terdapat di tempat-tempat tertentu dll): bahasa ~ bahasa yg dipakai oleh pawang; jari ~ jari tengah; kena ~ = dirasuk ~ sakit kerana diganggu hantu; disapa ~ = tersapa ~ = ditegur ~ demam kerana ditegur hantu; 2. ki pengintip rahsia: ~ mata-mata pengintip rahsia bagi polis; 3. ki orang yg sangat jahat (buruk dll): ~ judi orang yg sangat suka berjudi; anak ~ anak yg sangat jahat; rupanya spt ~ rupanya tersangat buruk; 4. yg tumbuh liar, yg tumbuh dlm hutan: kacang~; limau ~; pisang ~;
~ angin hantu yg boleh mengaramkan kapal; ~ aru-aru hantu hutan; ~ air hantu yg terdapat di air (di sungai dll); ~ bungkus hantu yg berupa mayat berbungkus; ~ bunian siluman (orang halus yg tinggal di hutan); ~ gunung (laut, rimba, sungai) hantu yg menjaga (menghuni) gunung (laut, rimba, sungai); ~ jembalang, ~ puaka, ~ tanah, hantu-hantu penunggu; ~ raya hantu peliharaan utk menjadi pengawal (suruhan) tuannya; ~ toyol hantu peliharaan utk disuruh mencuri; takut di~ terpeluk ke bangkai prb mendapat kesusahan kerana takut akan sesuatu yg tidak patut ditakutkan; berhantu ada hantunya, kemasukan (kerasukan) hantu;
menghantu 1. menjadi hantu; 2. ki menimbulkan rasa takut (gelisah, resah, dsb): malam tambah ~; dia bersiar-siar ke luar kota utk melupakan kesibukan kota yg ~;
menghantui 1. ki mengganggui (fikiran), mengusik (jiwa): peristiwa ngeri itu terus ~ fikirannya; 2. mempengaruhi (dgn cara menakut-nakutkan): dgn sikapnya yg agresif dia ~ manusia ke arah kekacauan dgn semboyan revolusi proletariat; kehantuan sifat atau perbuatan yg dikaitkan spt hantu: ia disejajarkan dgn sifat-sifat ~, kejelikan, dan kejahatan
hantu II
burung ~ 1. sj burung malam, jampuk, ~ kuang kuit, Otus scops; 2. sj burung, carik kafan, Strix seloputo; 3. sj burung, ~ ikan, Ketupa zeylonensis; 4. sj burung, ketumbuk, ketampi, ~ kuning, Ketupa ketupu.
hantuk; berhantuk
berlanggar (bersentuhan) dgn: kepalanya ~ dgn dinding;
berhantukan, berhantu-hantuk saling berhantuk, berbenturan: kedengaran bunyi bangku dan kerusi ~;
menghantukkan melanggarkan sesuatu pd sesuatu, membenturkan: Ratna memegang kepala Kadir lalu dihantukkannya ke dinding;
terhantuk menghantuk sesuatu dgn tidak sengaja, terlanggar, terbentur, tersandung (kaki): kakinya ~ pd batu; sudah ~ baru tengadah prb sesudah terkena (mendapat kesusahan dsb) baru beringat-ingat.
hanya
1. tidak lebih drpd, cuma, sahaja: ke manakan hamba ~ seorang saja; dia ~ menjalankan tanggungjawabnya; dia ~ mengangguk; dia ~ seorang perempuan; ~ satu satu sahaja; 2. sekiranya (terdapat atau berlaku sesuatu keadaan dsb yg tertentu sahaja), sekiranya (kalau) ... sahaja: ~ apabila darjah itu tidak banyak mempunyai kanak-kanak baru boleh dijalankan pengajaran berseorangan; kita akan memberikan bantuan ~ kalau dia benar-benar memerlukannya; ~lah = ~ sanya hanya (digunakan utk penegasan). 3. melainkan, kecuali: yg lain bersetuju, ~ dia yg tidak bersetuju.
hanyar; berhanyar
Tr berselerak, berserak
hanyir
1. (ber)bau spt bau ikan basah, (telur itik dsb); 2. masih terlalu muda (budak dll): budak ini masih ~ masih terlalu muda; elok buruk dan busuk ~ kesenangan dan kesusahan;
menghanyirkan menyebabkan berbau hanyir: telur itik ~ kuih;
kehanyiran perihal hanyir (bau): dia tidak tahan ~ bau ikan itu.
hanyur
~ -penyur Tr terlalu hanyir
hanyut
1. dibawa mengalir oleh air (ombak, banjir, dsb): kayu itu ~ dibawa air pasang; 2. pergi jauh-jauh (mengembara, membawa diri atau membawa untung): lebih baik saya ~ ke negeri lain drpd hidup memendam rasa; 3. = berhanyut gelincir, meleset, larat (kerana licin dll): beberapa kali ia membuang sauh, ~ juga sauhnya itu: maka dibedilnya belulang itu, ~ tiada terus; 4. ki terlalu asyik, sedang khayal, terbawa mengelamun: mereka ~ dibuai lagu yg berirama lembut; penulis-penulis muda yg dikatakan sedang ~ ke satu alam yg penuh dgn kata-kata yg hebat; ~ harta bendanya hilang lenyap, habis, lesap; ~ hatinya merasa rawan; orang ~ a) orang yg hanyut di air (sungai, laut); b) orang yg mengembara ke mana-mana (orang dagang, musafir);
~ dipintasi, lulus diselami, hilang dicari prb menolong orang dlm masa kesusahan; malu berkayuh, perahu ~ prb kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan; terapung tak ~ terendam tak basah prb belum ada keputusan (ketentuan, ketetapan);
berhanyut-hanyut 1. = berhanyutan terapung-apung dibawa air (banjir, ombak): berhari-hari kapal itu ~ dibawa ombak; mana yg tidak tenggelam tinggallah berhanyutan; 2. pergi ke mana-mana: biar aku ~ ke rantau orang; 3. berlarut-larut, berlanjut-lanjut: perbualan mereka ~;
menghanyutkan 1. membawa (menyebabkan) hanyut (mengalir), dibawa oleh aliran: dihanyutkannyalah rakit itu ke laut; 2. ki membawa (diri) berangan-angan: dihanyutkan oleh khayalan; air tenang ~ prb orang yg pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan besar-besar;
hanyutan benda yg dihanyutkan;
kehanyutan perihal (keadaan dsb) terlalu asyik dgn sesuatu (selama terbawa mengelamun dsb): watak-watak anak muda, diperlihatkan ~ dlm arus kota yg simpang-siur;
penghanyutan perihal atau perbuatan menghanyutkan
|