Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 3.235
Hari ini : 38.703
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 610 Record
‹ First  < 5 6 7 8 9 >  Last ›
hambur I; berhamburan

1. bertaburan merata-rata; (ke sana sini): padi ~ dr guni yg bocor; 2. berselerak, berserak-serak, bersepah-sepah; 3. ki bercucuran, berderai-derai (air mata): ia tidak berkata apa-apa pun hanya air matanya sahaja yg ~;

menghamburi menaburi, menyebar pd: setelah mayat dimakamkan kubur pun dihamburi bunga;

menghamburkan 1. menaburkan, menebarkan, menyebar(kan): ia ~ pasir dlm lori ke atas tanah yg sedang ditambak; ~ jala; 2. membuang-buang, memboroskan (wang dll): kerjanya ~ wang sahaja; 3. mencurahkan, mengeluarkan (dgn banyak): ~ air mata; ~ kata-kata mengeluarkan kata-kata dgn banyak (memarahi dll);

terhambur tertabur, tersebar, terselerak: apabila ruangan debunga pecah debunganya pun ~ keluar;

hamburan sesuatu yg dihamburkan;

penghamburan perihal (perbuatan dsb) menghamburkan: ~ perasaan. 

hambur II; berhamburan

berterjunan, berlompatan ke bawah: segala hulubalang Peringgi pun pecahlah ~ lalu ke air;

menghambur terjun, melompat (ke bawah): ia pun ~lah spt harimau yg pantas dr perahu ke jambatan;

menghamburi melompati, menerjuni, menerkami: ia berdiri lurus, kemudian melonjakkan badannya ~ laut itu;

menghamburkan melompatkan, menerjunkan: tetak tinggi diendapkan, tetak rendah dihamburkan: ~ kuda melompatkan kuda

hambus; berhambus, menghambus
bp pergilah, nyahlah: biarkan dia ~; pergi ~ dr sini; menghambuslah engkau cepat-cepat.
hamik
Ar † bebal, bodoh, dungu 
hamil

1. mengandung, bunting: maka raja perempuan pun ~lah, setelah genap bulannya maka beranak seorang laki-laki: 2. kandungan: ~ perempuan itu terlalu besar;

menghamili menyebabkan seseorang mengandung: selepas ia ~ isterinya ia pun tak pulang-pulang; Khun Rea menyebar fitnah menyatakan Tok Raja ~ Sucinda;

menghamilkan 1. membuntingkan, mengandungkan (dlm keadaan pd ketika bayi dalam kandungan): perempuan itu sangat sihat ketika ~ anak sulung; 2. menghamili;

kehamilan keadaan hamil, masa sedang hamil: bilangan wanita yg berjumpa dgn doktor dan bidan pd awal ~ sedang bertambah di Malaysia; ~ ektopik (Ubat) kehamilan di luar rahim

penghamilan perihal menghamilkan

haminte
IB bandar, kotapraja, kota besar
hamis

busuk spt bau kambing (terutama dagingnya) atau bau lembu (peluh dsb);

kehamisan perihal hamis, bau hamis: ~ daging kambing dapat dihilangkan dgn mencucinya dgn tepung gandum.  

hamlak, hamlar, hamlau
Pn pelawak
hampa

1. kosong, tidak berisi: ketika pagi hari dilihatnya lukahnya ~; padi yg ~ itu dibuangkan; 2. = ~ hati ki kecewa: alangkah ~ hatinya apabila orang yg ditunggunya tidak kunjung tiba; 3. ki tidak ada hasil, sia-sia, gagal: rombongan peminangan itu pulang dgn ~ kerana peminangan mereka ditolak; dgn tangan ~ tidak berhasil, tidak mendapat apa-apa; 4. ki tidak berilmu, bodoh, dungu: tidak ada gunanya bertanya pd orang yg ~;

~ beras butir-butir padi yg tidak berisi; ~ berat padi yg tidak cukup penuh isinya (hujung padi); ~ hati gagal, kecewa; ~ udara Id tidak berisi udara; yg ~ biar terbang yg bernas biar tinggal prb yg tidak berguna itu biarlah hilang tetapi yg baik biarlah tinggal;

berhampa; ~ tangan tidak mendapat apa-apa (hasil);

menghampakan 1. mengosongkan: perahunya itu dihampakannya dan diperbaikinya; 2. membiarkan (pulang dll) dgn tangan hampa, mengecewakan; 3. menimbulkan rasa hampa: mati yg ~;

kehampaan 1. perasaan kecewa (kerana tidak mendapat, menemui, mencapai dsb sesuatu yg dihajati atau dicita-citakan), kekecewaan: kebanyakan para orientalis menyatakan ~ mereka terhadap kekurangan tradisi kesusasteraan Islam; ia pergi dlm ~; 2. ki ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan

hampa gas
ruangan yg kosong drpd sebarang jirim, vakum; ~ separa ruang(an) yg sebahagian drpd isinya (gas) telah dikeluarkan
hampai Mn; menghampaikan
menyampaikan, menyidai, menghamparkan: ~ sayap mengharapkan bantuan (menggantungkan nasib)
hampang; menghampang
sl menyekat, menghalang: inang berdiri ~ di pintu empang I
hampar

batu ~ batu besar yg rata lagi lebar;

menghampar 1. terbuka luas, terpapar: tanah sawahnya rata bagai tikar ~; padi ~ pokok padi sedang tumbuh yg merata nampaknya; 2. membentangkan (tikar dll): ~ permaidani; 3. ki membentangkan, menerangkan (dgn panjang lebar): ia ~ soal itu di dlm mesyuarat;

menghampari membentangkan (tikar dll) di atas sesuatu (spt lantai dsb): lantai pelupuh itu dihampari dgn tikar pandan putih;

menghamparkan 1. membentangkan (tikar dll): sehelai kertas dihamparkan utk alas; 2. ki membentangkan, menerangkan (dgn panjang lebar);

terhampar 1. terbentang, terbuka luas: tanah seberang itu pasirnya terlalu putih spt kain ~; di lantai ~ permaidani yg indah; 2. sl bertaburan (bertebaran dll) merata: darah pun banyak ~ di bumi; barang-barang mereka semuanya ~;

hamparan 1. sesuatu yg dihamparkan (spt permaidani, tikar, dll); 2. sesuatu yg kelihatan terhampar atau terbentang luas (spt sawah padi, pantai, dsb): ~ sawah padi yg menguning; ~ elektronik lejar atau helaian kerja saintifik (dgn ruang yg tersusun mengikut baris dan lajur) yg dicipta, diolah, dan dipaparkan oleh komputer;

sehamparan satu hamparan: orang Sepanyol memiliki ~ tanah yg luas dgn hak memugut pajak dan ufti. 

hampas

1. sisa benda yg telah diambil patinya (airnya, isinya): ~ kelapa; ~ kopi; ~ tebu; ~ lanar tahi bijih (lodak); 2. tidak berguna, sia-sia: ~ sungguh budak ini, satu kerja apa pun tak boleh diharapkan;

umpama memerah nyiur, santan diambil ~nya dibuang prb perihal mendengar nasihat orang yg baik diambil, yg tidak baik dibuang; spt tebu, air dimakan ~nya dibuang prb perihal gadis ditinggalkan setelah dirosakkan.  

hamper
sj bakul besar berisi pelbagai barang makanan (biasanya diberikan sbg hadiah)
hampir

1. berdampil (dgn seseorang), berdamping (dgn seseorang), dekat, rapat: marilah anakanda ~ dgn ayahanda; ~ kpd mendekati; 2. tidak jauh (bkn jarak, perhubungan), dekat, rapat: Petaling Jaya bandar yg ~ sekali dgn Kuala Lumpur; Nabi Muhammad s.a.w mula-mula menyampaikan ajaran Islam kpd orang yg paling ~ dengannya iaitu isterinya Khadijah; 3. kurang sedikit drpd (waktu, bilangan berikutnya, kuantiti, jumlah seluruhnya), dekat: carilah hingga sen yg ~ sekali bunga biasa di atas $760 bagi tempoh 80 hari dgn kadar 3 % setahun; sudah ~ setengah jam dia menunggu di situ ; ~ seratus orang hadir dlm majlis itu; mangkuk getahnya ~ penuh dgn susu getah; 4. nyaris, sedikit lagi akan ...: ~ mati nyaris mati; 5. tidak lama lagi akan, dlm sedikit masa lagi: sekolah sudah ~ dibuka; ~ siap dibina; ~ selesai;

~ gurun (Geog) (kawasan, daerah) yg berhampiran (dan keadaan iklimnya hampir sama) dgn gurun; wang ~ (Eko) harta yg mudah dijadikan wang;

hampir-hampir akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas: masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu; mereka ~ sepakat;

hampirkan hampir akan;

berhampiran = ~ dgn berdekatan (dgn), tidak berapa jauh (dr): pulau-pulau yg ~ dgn Australia; sungai yg ~ dgn rumah;

menghampiri mendekati, datang mendekati, merapati: perempuan itu datang ~ saya;

menghampirkan mendekatkan, mendampingkan, merapatkan: maka usungan pun dihampirkan orang;

terhampir terdekat;

hampiran tempat yg dekat, dekatan;

kehampiran perihal (keadaan, kedudukan, dsb) hampir atau dekat dgn;

penghampiran proses (hal) menghampirkan atau menghampiri sesuatu: alam nyata ini boleh diketahui melalui proses ~. 

hamput I; berhamput

Bkn bersetubuh, melakukan jimak, berjimak

hamput II

bp maki, marah, hamun: tiap-tiap hari ia kena ~;

menghamput memaki, memarahi, menghamun: ia dihamput oleh orang tua yg naik radang itu.  

hamud
Id asid, asaman
hamun

caci, kutuk, maki, sumpah seranah: maki ~ berbagai-bagai makian;

berhamun-hamun memaki-maki;

menghamun, menghamuni mencaci maki, menyumpahi: bapanya ~ dan memaki dia. 

‹ First  < 5 6 7 8 9 >  Last ›