Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 3.130
Hari ini : 47.930
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 610 Record
‹ First  < 8 9 10 11 12 >  Last ›
hapak

berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (bkn sesuatu) atau sudah lama tersimpan (bkn bahan makanan): bantal usang yg ~; biskut yg sudah ~.  

hapas → apas
hapermut
IB sj emping yg dibuat drpd oat
haplologi (Lin)
penyingkatan sesuatu kata dgn menghilangkan suatu bunyi atau suku kata yg berulang dlm sebutannya
haprak

bk kata makian yg bermaksud tidak bergunanya (seseorang)

hapus

1. hilang, lenyap, lesap (tidak terdapat atau kelihatan lagi): parut di badannya itu tidak akan ~ sepanjang hayatnya; selama belum ~ Peringgi dr alam Melayu belum puas aku lagi; 2. (telah) dimaafkan (dosa, kesalahan, dll): dosa akan ~ apabila kita bertaubat dan taubat itu diterima Allah; ~ laut prb melupakan sesuatu perkara yg tidak baik (dibenci dll);

menghapus menyapu (utk menghilangkan kotoran): ia ~ air matanya; ~ arang di muka menghilangkan malu; ~ dosa a) membersihkan diri (drpd dosa); b) mengampuni dosa;

menghapuskan 1. menghilangkan dgn menyapu: ~ conteng pd dinding; 2. menghilangkan, meluputkan, meniadakan, membanteras, membasmi: ada beberapa jalan utk ~ penyakit; berjuang utk ~ penjajahan; ~ musuh; 3. menganggap telah hapus, menganggap telah tidak ada lagi, mengampuni (dosa dll): segala hutangnya dihapuskan apabila ia bersetuju menyerahkan segala kekuasaannya; semua barang yg lama lebih baik dihapuskan drpd perjanjian kita; mudah-mudahan Yang Dipertuan akan ~ dosaku;

terhapus menjadi hapus, telah dihapuskan: sebilangan besar anak bumiputera ~ akibat perbuatan kejam kaum penjajah;

penghapusan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menghapuskan: kaum wanita menuntut ~ poligami; ~ penderitaan atau kekurangan;

penghapus 1. alat utk menghapuskan sesuatu; 2. orang yg menghapuskan

hara I → haru, huru-hara
hara II
sj ikan darat, ara, Osteochilus melanopleura
harab
Ar perang; darul~ negeri yg rakyatnya belum memeluk agama Islam, lwn darussalam
haraf
Ar huruf
harak; terharak-harak
sl terkelepai, berjabir-jabir, longgar: maka baju Laksamana pun ~ terkembang berterbangan. 
harakat, harakah
 Ar 1. panjang pendek suara sewaktu membunyikan sesuatu huruf Arab dlm bacaan Quran (yg biasanya ditandai dgn tanda-tanda tertentu bagi menentukan hukum-hukum tajwidnya); 2. baris atau tanda bunyi (fatahah, kasrah, dammah); 3. pergerakan (yg memperjuangkan sesuatu), perjuangan
harakiri (Jepun)
perbuatan seseorang membunuh diri dgn menikam atau memburaikan perutnya apabila mendapat malu atau dihukum mati
haram

1. hukum tegahan (dlm Islam) yg dijanjikan ganjaran pahala bagi orang yg mematuhinya dan dosa bagi orang yg mengingkarinya: babi ~ dimakan oleh orang Islam; tidak peduli halal ~ tidak mengendahkan hukum; 2. ditegah (terlarang) oleh undang-undang, tidak sah (di sisi undang-undang): dia ditangkap kerana masuk secara ~ ke negeri ini; kumpulan ~; rumah ~ rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan atau milik orang lain tanpa kebenaran, rumah kilat; tanah ~ tanah yg diduduki atau dikerjakan tidak dgn izin kerajaan (tuannya); 3. suci, tidak boleh dikerjakan hal-hal yg tidak menentu: Tanah ~ Mekah dan Madinah; Masjidil~ masjid Mekah; 4. bp sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul: ~, aku tidak tahu-menahu langsung mengenai perkara itu; 5. bp sedikit pun, langsung (tidak), sama sekali (tidak): ia lari terus, ~ tidak menoleh ke belakang; sehingga hampir waktu senja, jejak babi tunggal tidak juga ditemui, malah berbau pun ~ 6. bp tidak ada, tiada (satu antara yg banyak): ~ seorang pun di antara pengunjung kamar itu tahu bahawa mereka sedang dikepung;

~ jadah (zadah) a) (kata makian) anak yg tidak sah (lahir di luar nikah); b) (kata makian secara am) celaka: lori~ jadah itu bukan kenal jenis makhluk;

mengharamkan memandang (menganggap, menyatakan) haram (tidak halal), melarang, menegah: agama Islam ~ penganut-penganutnya minum arak, berjudi dan melakukan beberapa perbuatan lain; 2. tidak membenarkan (mengizinkan, meluluskan, dsb), menetapkan (mengisytiharkan) sbg melanggar undang-undang, menegah: kerajaan telah ~ penerbitan buku itu; 3. berteguh hati (berazam) utk tidak melakukan sesuatu: dia ~ dirinya drpd memasuki tempat yg terkutuk itu lagi;

pengharaman tindakan atau ketetapan mengharamkan (melarang, menegah, menolak), pelarangan, penegahan: ~ minuman keras adalah atas sebab-sebab moral dan kesihatan; beberapa buah negara mencadangkan ~ senjata-senjata atom.  

harap

1. sl hasrat (kehendak) utk mendapat sesuatu, hasrat supaya terjadi sesuatu: maka sekarang ~ beta sekalian orang besar masing-masing menjaga pekerjaannya; 2. = haraplah hendaklah, mintalah, pohonlah: ~ maklum; ~ hati hasrat hati (keinginan hati); ~ cemas bimbang (ragu-ragu, khuatir); putus (hilang) ~ berasa kecewa sama sekali, putus asa;

harapkan harap akan;

~ anak buta mata sebelah, ~ teman buta kedua-duanya prb setiap pekerjaan harus diawasi sendiri (jangan diharapkan pd orang lain); ~ guruh di langit air di tempayan ditumpahkan prb melakukan pekerjaan yg tergesa-gesa maka rugi akibatnya (kehilangan barang yg sudah dimiliki);

harap-harapan sentiasa berharap (menanti-nantikan), sentiasa rindu (akan)

berharap berhasrat (dan sedia menunggu) utk mendapat sesuatu atau agar terjadi (terbit dsb) sesuatu, meminta (dgn sedikit sebanyak jangkaan) supaya terjadi sesuatu: janganlah pula kamu ~ yg doktor itu dapat mengubat penyakit kamu dgn serta-merta;

berharapkan berharap akan: mereka ~ perlindungan, kasih sayang, dan pimpinan;

mengharap, mengharapkan 1. berharap akan, menginginkan, menjangka akan mendapat (memperoleh): kami sudah tidak dapat membeli beras dan sayur-sayuran lagi, ikan jangan diharap; rakyat ~ pimpinan drpd mereka yg dianggap pandai; 2. percaya akan, menggantungkan nasib dll kpd, mempercayai: maka dukacitalah ia sebab kehilangan orang yg diharapkannya; memang orang itu tidak boleh diharap;

terharap-harap sentiasa mengharap(kan);< i>~ saja menjangka-jangka tetapi tidak memperoleh, tidak berjaya (kecewa);

harapan 1. sesuatu atau seseorang yg diharap(kan): memang tidak ada ~ yg cita-citanya akan berjaya; 2. perihal mengharapkan: ~nya utk mendapat bantuan telah hilang; 3. = orang ~ orang yg diharapkan (dipercayai), orang kepercayaan: hanya orang tua itu ~-nya; pemuda ~ bangsa pemuda yg diharap akan memimpin dan memajukan bangsa;

membilang ~ terus berharap, tidak putus-putus harapan; penuh ~ besar harapan; Pulau ~ Id Pulau Sumatera; putus ~ putus harap; ~ hati harap hati;

berharapan mempunyai harapan (yg besar);

pengharapan hal atau perbuatan mengharapkan

harapan
membilang ~ terus berharap, tidak putus-putus harapan; penuh ~ besar harapan; Pulau ~ Id Pulau Sumatera; putus ~ putus harap; ~ hati harap hati; 
hararat

Ar kepanasan

haras
Ar kawalan
harau I → karau
harau II; mengharau
mengarau, mengacau
‹ First  < 8 9 10 11 12 >  Last ›