Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 3.974
Hari ini : 41.933
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 610 Record
‹ First  < 6 7 8 9 10 >  Last ›
hamzah
tanda baca dlm abjad Arab (jawi) yg dipadankan dgn huruf k dlm abjad rumi (sbg penutup suku kata akhir)
hana
Mn kosong (tidak didiami orang), luas dan sepi (hutan dll); lapang ~ luas; rimba ~ rimba raya (belantara)
hanacaraka
aksara bahasa Jawa
hanafi
mazhab ~ satu drpd empat mazhab yg teraku dlm agama Islam (didirikan oleh Imam Abu Hanifah)
hancing (bau, berbau)

busuk spt bau air kencing, haring;

menghancingkan menyebabkan berbau hancing, mengharingkan;

kehancingan perihal hancing, bau hancing, keharingan

hancur

1. pecah menjadi kecil-kecil (berserpihan, berkecai-kecai), remuk: rumahnya ~ kena bom sewaktu perang dahulu; tubuhnya ~ dan isi perutnya terburai akibat kemalangan itu; 2. pecah berderai-derai (bkn benda-benda rapuh spt biskut dll), relai: biskut di dlm tin itu ~ apabila tinnya jatuh terhempas ke lantai; 3. menjadi cair, melarut, encer: ketul ais mudah ~; istana itu terbakar dan timah atapnya ~ turun spt hujan; 4. pecah kecil-kecil atau halus-halus (kerana ditumbuk, dikisar, dikunyah, dsb): makanan yg ~ senang dihadam; 5. ki sedih sekali, putus asa: ~ rasa hatinya; ~ hati terlalu sedih; 6. ki rosak binasa, cerai-berai, tidak bersatu (kukuh dll): kerana dia, rumah tangga kita menjadi ~; negara akan ~ jika rakyatnya tidak bersatu padu; 7. hilang atau tidak ada sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), lenyap: kepercayaanku kepadanya sudah ~ dan tidak mungkin dapat dipulihkan kembali;

menghancurkan 1. menjadikan hancur (pecah berserpihan, remuk), meremukkan: letupan bom itu telah ~ kubu pertahanan mereka; 2. menjadikan hancur (pecah berderai-derai, relai), merelaikan (biskut dsb); 3. menjadikan hancur (makanan): ~ makanan utk bayi; 4. menjadikan cair, melarutkan, mengencerkan: bijih yg digali itu dihancurkan supaya timahnya dapat dikumpulkan; gula itu dihancurkan di dlm air yang panas; 5. ki merosakkan, membinasakan: perang besar akan ~ dunia; ~ hati ki sangat menyedihkan hati, meremukkan hati; 6. menghilangkan sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), melenyapkan: perbuatannya menggelapkan wang itu telah ~ kepercayaan saya kepadanya;

hancuran 1. pecahan kecil-kecil, remukan: sungai itu menghanyutkan ~ berbagai-bagai jenis batu-batan; 2. larutan, enceran: sungai itu menghanyutkan ~ berbagai-bagai jenis batu-batan;

kehancuran perihal hancur (rosak binasa), kebinasaan, kemusnahan: ~ rumah tangga; ~ ekonomi negara;

penghancuran perihal (perbuatan dsb) menghancurkan;

penghancur 1. sesuatu yg digunakan utk menghancurkan sesuatu: gigi sbg alat ~ makanan; mesin ~ batu; 2. orang yg menghancurkan (merosakbinasakan, memusnahkan): dialah ~ kebahagiaan rumah tangga kami; merekalah petualang negara, ~ keamanan negara ini.  

hancur lebur

hancur sama sekali (perasaan dll);

menghancurleburkan menghancurkan atau membinasakan sama sekali, merosakbinasakan, menjahanamkan, menghancurmusnahkan: dgn keris dan lembing di tiap-tiap tangan datuk-datuk itu kita dapat ~ segala seteru kita; namun negara kita setakat ini terus berjaya menghindarkan masalah perkauman drpd meletus menjadi satu ledakan yg boleh ~ negara. 

hancur luluh → hancur lebur
hancur musnah

hancur sama sekali, rosak binasa;

menghancurmusnahkan menghancurleburkan, merosakbinasakan: kenapa kebahagiaan bapak dihancurmusnahkan oleh orang lain?

handai

kawan, rakan, sahabat, teman: ~ taulan = sahabat ~ teman-teman, kawan-kawan, rakan-rakan;

berhandai-handai berkawan-kawan, bergaul: Ali dan adiknya yg perempuan sudah dibiarkannya ~, bersenda-senda, dan bercengkerama; kalau sudah penat, barulah mereka duduk di pelantar sambil ~ dgn riang. 

handal

1. boleh diharap (dipercayai) setia; 2. kenamaan, bijak, gagah, cekap, pandai: pemain bola yg ~ ; 3. amat baik (dlm sesuatu kemahiran dll): Dozy ~ dlm bahasa Arab;

handalan yg handal: pahlawan ~;

kehandalan 1. keadaan handal, kesetiaan; 2. kecekapan, kepandaian: cerita perjuangan Hang Tuah dan ~nya. 

handam
~ karam rugi sehingga habis modal  
handasah
ilmu ~ ilmu ukur tanah
handing
Kl, Tr; menghanding, menghandingkan membuang atau melempar sesuatu yg berat (kerana marah dll)
handuh; menghanduh
Kd memukul, menetak (dgn kuat), menghentam
handuk
IB tuala
hang I
gelaran orang lelaki zaman dahulu: ~ Tuah; ~ Jebat
hang II
Kd, Pl, Pn bp awak, engkau (utk yg sama taraf): ~ ni nak melawak saja
hang III
Kd tempat perlindungan pemburu binatang buas (yg dibuat di atas pokok), ran
hangar
bangunan tempat menyimpan dan menyenggara kapal terbang
‹ First  < 6 7 8 9 10 >  Last ›