Ditemukan : 610 Record
hartawan
1. berharta, kaya: orang yg bangsawan lagi ~; 2. orang yg mempunyai harta, orang kaya: dia seorang ~ yg terkenal; kaum ~.
haru
kacau: dia telah faham akan telatah isterinya, kalau dilawan ~ jadinya;
haru-haru; hantu ~ Mn sj hantu yg suka menculik orang dan menyembunyikannya;
mengharu 1. mengacau, mengaduk (santan, tepung, dll); 2. mengganggu, menggoda, merasuk dll (bkn perbuatan manusia dll yg jahat): parti-parti pembangkang yg ~ mereka di parlimen; bahawasanya syaitanlah yg ~ raja; 3. menjadikan tidak tenteram, mengacaukan, meresahkan, menggelisahkan: hatinya telah diharu oleh perasaan malu;
mengharukan 1. menimbulkan huru-hara, mengacaukan, merusuhkan: penempatan semula dikerjakan utk menyelamatkan orang kampung drpd diharukan pengganas komunis; 2. merusuhkan, menggelisahkan, merunsingkan: pasti ada sesuatu dlm kepalanya yg ~ fikirannya; 3. merawankan hati, memilukan, menyayukan: bunyi yg indah dapat ~ perasaan pendengar; suasana di majlis yg sungguh-sungguh ~, sedih dan sayu;
terharu berasa hiba (kasihan, rawan hati, dsb): ia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~;
keterharuan keadaan terharu, kepiluan, kesedihan, dll;
keharuan 1. kerusuhan, kekacauan: tulisannya itu menggambarkan segala ~ dan kegelisahan fikirannya; 2. keterharuan: ~ hati;
pengharuan perihal mengharukan;
pengharu pengacau, pengganggu, perusuh
haru-biru
haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yg dahulunya sangat tenang telah menjadi ~;
mengharu-birukan 1. menimbulkan kerusuhan (kekacauan dll), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah ~ suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dsb): yg sangat ~ fikirannya ialah perceraian dgn anaknya; masalah itu ~ fikirannya.;
keharu-biruan keadaan haru-biru: ~ yg berlaku dlm mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya
haruan
sj ikan darat, ruan, Channa striatus; ~ tasik sj haruan, Rachycentron canadus;
~ makan anak prb bapa atau ketua yg memperkosa anak (anak buahnya) sendiri; bagai ~ dlm tuar prb perihal seseorang yg tidak tetap halnya (kerana berada dlm kesusahan dll)
harubi
keris ~ sj keris yg berhulukan emas (khas utk raja-raja), keris merubi, keris bawang sebongkol; ® keris
harum I
1. sedap (enak) baunya, wangi: bunga melati yg ~ baunya; 2. ki (bkn maruah, nama, kehormatan) baik, masyhur, terkenal: nama Malaysia semakin ~ dlm hubungan antarabangsa; ~ menghilangkan bau prb keburukan tidak kelihatan kerana tertutup oleh perbuatan atau nama baik;
mengharum berbau (menjadi) harum, mewangi: bunga-bunga kembang ~ di taman;
mengharumkan 1. menyebabkan berbau harum, mewangikan: minyak wangi dipakai utk ~ badan; 2. menyebabkan mendapat nama baik (masyhur dsb): dgn kemenangan-kemenangannya itu Jega telah ~ nama Malaysia dlm bidang sukan antarabangsa;
mengharumi memberi bau harum (keharuman) pd: bunga-bungaan yg wangi ~ bilik itu; harum-haruman, haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~;
keharuman 1. perihal harum, kewangian: taburkan bunga melur di tempat tidur supaya suami menikmati ~ baunya; 2. kemasyhuran, kebaikan nama
harum II
pokok ~ sj tumbuhan (pokok), Agave spp.
harung I; mengharung, mengharungi
1. berjalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan;
harung-harung, harung-harungan 1. tempat orang mengharung (bahagian sungai dll yg tidak dalam); 2. laut yg boleh dilayari;
pengharungan perihal (perbuatan dsb) mengharung(i)
harung II; mengharung
mengganggu, mengharu
harung III
tali ~ tali utk menambat kuda
harus
1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib: kita mempunyai kepentingan sendiri yg ~ dijaga; engkau ~ berlaku adil dan saksama; 2. boleh jadi, mungkin: padinya ~ tidak menjadi disebabkan kekurangan air; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb), mungkin: ~ seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan; 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan, jaiz, mubah: mandi tiga kali sehari adalah ~ hukumnya di sisi agama Islam;
seharusnya sepatutnya, semestinya: sudah ~lah kita memelihara diri drpd kekejian;
mengharuskan 1. memandang mustahak, (perlu, patut), memestikan, mewajibkan: penuntut-penuntut sekolah diharuskan memakai pakaian seragam; 2. membolehkan, membenarkan, mengizinkan: pd bait ketiga ulangan suara itu kurang sesuai, tah diharuskan bersajak dgn ta; agama Islam ~ perceraian;
keharusan 1. sesuatu yg harus (patut dll) dilakukan atau sesuatu yg mesti terjadi, kemestian, kewajipan:membela maruah orang tuanya memang suatu ~; 2. sesuatu yg boleh berlaku atau mungkin berlaku (terjadi), kemungkinan
has
daging ~ IB bp daging pinggang, daging lambung (lembu, kerbau, dll)
hasab
Ar bilangan, hitungan; hisab
hasad
Ar; ~ dengki; 1. dengki, cemburu (disertai niat jahat);2. kedengkian, kecemburuan (yg disertai niat jahat);
berhasad; ~ dengki menaruh perasaan dengki (cemburu dgn niat jahat): umat Islam dilarang ~ dengki sesama sendiri.
hasan
Ar baik, cantik, elok
hasanah
Ar baik, cantik, elok (perempuan)
hasar
hasib
Ar; al-hasib yg sangat mengira (sebutan bagi Allah)
Ar orang yg dengki (cemburu);
→ hasad
hasil
1. segala sesuatu yg didapati atau diperoleh (drpd tanah, usaha dan kegiatan, dll), pendapatan, perolehan: kemajuan yg kita dapat sekarang ini adalah ~ drpd usaha kita yg bersungguh-sungguh; ~ padi kita kini sudah mencukupi; semua ~ jualan tiket akan didermakan kpd tabung bencana banjir; 2. akibat, kesudahan (drpd perlawanan, peperiksaan, dll): penyakit yg dihidapinya ~ perbuatannya sendiri; ujian Sijil Rendah Pelajaran tahun ini sangat baik ~nya; 3. perolehan atau pendapatan (yg terdiri drpd cukai, pajak, sewa tanah, dll): ~ negeri dipungut dgn berbagai-bagai cara;
~ bahagii (Mat) hasil atau dapatan yg diperoleh drpd membahagi-bahagikan satu angka dgn angka yg lain; ~ buangan (Kim) bahan yg terhasil dlm proses kimia tetapi tidak mempunyai kegunaan industri; ~ bumi a) Id hasil drpd pertanian; b) hasil yg didapati drpd dlm tanah (berupa galian) dan drpd tumbuh-tumbuhan; ~ cukai pendapatan drpd cukai; ~ darab (Mat) jawapan atau dapatan drpd mendarab; ~ hutan barang yg didapati drpd tumbuhan dlm hutan (spt damar, kayu-kayan, rotan, dll); ~ ikutan (turut) Id hasil sampingan; ~ kali Id hasil darab; ~ kepala Kl cukai yg dikenakan ke atas seseorang; ~ mahsul berbagai-bagai hasil sesuatu negeri; ~ negeri a) hasil sesuatu negeri; b) pendapatan kerajaan (cukai dll); ~ purata (Mat) angka tengah yg sama jauhnya drpd angka yg pertama dan yg akhir (spt lima ialah suatu kuantiti antara dua dan lapan); ~ pertanianrang-barang keluaran pertanian; ~ pintu cukai yg dikenakan atas rumah dlm kawasan majlis bandaran; ~ pokok † cukai mengikut bilangan pokok pd sebidang tanah; ~ sampingan hasil yg bukan hasil utama (mis sabut dlm perusahaan kelapa); semula jadi hasil yg bukan buatan manusia; ~ sut (Eko) hasil yg diperoleh drpd jualan (keluaran) tambahan; ~ tanah a) cukai tanah; b) hasil bumi; ~ tapak † cukai tanah bersama cukai yg belum dibayar; ~ tenusu hasil drpd binatang ternakan (spt susu dll); ~ utama Id hasil yg pokok (yg terutama);
berhasil 1. ada hasilnya, memberi hasil: kebunnya sudah ~; 2. tercapai (cita-citanya, maksudnya), berjaya: segala usaha dan ikhtiarnya tidak juga ~;
menghasilkan 1. mendatangkan (mengeluarkan, memberikan) hasil: Asia Tenggara ~ bijih timah yg banyak sekali di dunia; 2. mencipta (sesuatu): bagi ~ bunyi sesuatu jirim itu mestilah bergetar; ia seorang pengarang yg ~ lebih drpd 20 buah cerita pendek; 3. mengakibatkan; 4. menyebabkan (berhasil), membuahkan: pertemuan mereka yg pertama itu telah ~ rasa cinta di dalam sanubari masing-masing; ketekunanlah yg telah ~ usahanya;
hasilan hasil ciptaan atau dapatan kerana menghasilkan sesuatu: TV3 telah mengadakan slot cerekarama yg menayangkan drama-drama ~ pengusaha tempatan;
kehasilan benda yg dihasilkan: upah sawah itu kadang-kadang sama dgn ~ yg diperdapat; keberhasilan perihal berhasil atau tercapai (sesuatu matlamat, rancangan, tujuan, usaha dll): suatu keistimewaan lain ialah ~ pengarang menggunakan monolog; ~ penggunaan istilah banyak bergantung pd masyarakat penggunanya; ~ sesebuah novel; ~ sesuatu prosedur;
penghasilan 1. perihal (usaha dsb) menghasilkan (mengeluarkan), pengeluaran: Malaysia sangat terkemuka dlm ~ timah; ~ getah dan minyak kelapa sawit; benda-benda biasanya melalui beberapa tingkatan dlm ~ dan pemakaiannya; 2. pendapatan, perolehan (wang dll): meskipun ~nya tidak seberapa tetapi dapatlah juga ia membantu kami; ~ getahnya jatuh menjadi nombor dua terpenting; pajak ~ Id pajak pendapatan;
penghasil orang atau alat yg menghasilkan (membuat, mencipta, dll) sesuatu
hasrat
keinginan yg kuat utk memiliki (melakukan) sesuatu: ia pun menyampaikan ~-nya hendak berteman hidup dgn gadis itu; alangkah besar ~ku utk menjadi orang baik-baik;
berhasrat mempunyai hasrat, sangat ingin (akan), sangat berharap (akan): dia ~ utk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti;
menghasratkan berhasrat akan sesuatu: segala yg dihasratkan telah pun berhasil; ~ sebuah rumah yg besar utk kediaman keluarganya;
terhasrat dihasratkan: dapat apa yg ~;
kehasratan hasrat
|