Ditemukan : 610 Record
hasta
panjang dr hujung siku sampai ke hujung jari hantu (1/4 depa atau 45.72 sentimeter): keris itu se~ panjangnya;
lengan ~ Id ruas siku, lengan bawah; tulang ~ tulang ruas siku;
diberi sejengkal hendak se~, diberi se~ hendak sedepa prb diberi sedikit hendak banyak; mencari yg se~ sejengkal prb menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kerabat; yg se~ takkan jadi sedepa prb sesuatu yg tidak dapat diubah;
menghasta mengukur (menyukat) dgn hasta; spt ~ kain sarung prb pekerjaan yg sia-sia
hasud
Ar dengki, iri hati, cemburu (yg bersangatan);
menghasud mendengki (dgn bersangatan); → hasad
hasut-menghasut
saling menghasut: ~ tidak berhenti, yg kuat menindas yg lemah;
menjadikan orang sakit hati atau marah kpd orang lain, mengapi(-api)kan: dia yg ~ supaya orang membenci saya; 2. menggalakkan (anjing);
hasut-menghasut saling menghasut: ~ tidak berhenti, yg kuat menindas yg lemah;
terhasut sakit hati atau marah kerana dihasut: P.M. menyatakan beliau tidak mahu membiarkan mahasiswa ~ oleh anasir-anasir politik;
hasutan kata-kata atau perbuatan menghasut: tunjuk perasaan dilakukan kerana ~ anasir-anasir anti-Amerika;
penghasutan perihal menghasut;
penghasut orang yg menghasut
hasyiah, hasyiat
Ar 1. pinggir, tepi; 2. catatan atau keterangan yg ditulis di tepi buku
hati I
1. organ dlm badan yg berwarna perang kemerah-merahan terletak di dlm perut di bahagian sebelah kanan (tugasnya mengeluarkan hempedu, mengawal kandungan gula dlm darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea, menyimpan glikogen): jantung, ~, limpa, dll mengandungi zat galian dan vitamin; ~ kambing; ~ lembu; 2. = jantung ~ jantung: tidak ada yg menarik perhatiannya selain drpd berita yg mendebarkan ~nya; 3. batin (tempat perasaan, pengertian, dll): rupanya sahaja cantik tetapi ~nya buruk; susah ~nya melihat tingkah laku anaknya; terbit dr ~ yg ikhlas; ~ muda rasa muda dlm hati; bercakap (membaca) dlm ~ bercakap (membaca) dgn tidak mengeluarkan suara (dlm batin sahaja); dlm ~ dlm batin, dlm jiwa; dr ~ ke ~ secara ikhlas (jujur); ikut(kan) ~ mati turut(kan) nafsu (perasaan) membawa kebinasaan; jatuh ~ jatuh cinta, berkenan; jauh ~ = kecil ~ = merajuk ~ merasa tersinggung; kata ~ kata yg terbit dlm batin; kecut ~ merasa takut (bimbang dll); lubuk ~ a) perasaan hati yg dalam, b) bawah sedar; makan ~ (berulam jantung) menderita kerana perbuatan orang lain yg menyakitkan hati; maksud ~ tujuan; melepaskan ~ menurutkan hawa nafsu; rasa ~ perasaan batin; terang ~ mudah mengerti; 4. bahagian tengah buah-buahan (pokok dll): ~ nanas; ~ kayu;
~ berdetus Mn menaruh syak curiga; ~ jantung a) jantung; b) kesayangan (kekasih); ~ kecil perasaan dlm batin (maksud yg sebenarnya); ~ nurani a) hati yg telah mendapat petunjuk Tuhan; b) perasaan hati yg murni dan yg sehalus-halusnya (sedalam-dalamnya); ~ pekat keras hati, tetap hati (fikiran dll); ~ sanubari perasaan batin; ~ tangan lekuk pd telapak tangan; ~ tawajuh hati yg dihadapkan semata-mata kpd Tuhan;
~ bagai baling-baling prb fikiran atau pendirian yg tidak tetap; ~ bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang, telinga bagai telinga rawah prb orang yg kurang perasaan malunya; ~ gajah sama dilapah, ~ kuman (tungau) sama dicecah prb beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit sama-sama mendapat sedikit; ~ gatal mata digaruk prb perihal orang yg tidak dapat (berkuasa) melakukan sesuatu pekerjaan yg ia sangat-sangat berhajat hendak mengerjakannya;
sehati seia sekata, sepakat: ia beroleh seorang isteri yg ~ dgn dia;
berhati 1. mempunyai hati: beliau ~ keras dan berpendirian tegas; 2. = ~ berjantung = ~ kemanusiaan = ~ perut berperasaan yg halus, menaruh belas kasihan;
~ batu a) bersifat degil, mempunyai keazaman (cita-cita) yg kuat; b) tidak berperikemanusiaan; ~ berlian (emas) sangat baik hatinya; ~ bimbang berada dlm keadaan gelisah (resah dsb); ~ binatang bersifat bengis, tidak mempunyai pertimbangan, tidak berperikemanusiaan; ~ keras berpendirian teguh (mempunyai cita-cita yg kuat); ~ mutu putus asa (harap); ~ perut a) mempunyai perasaan (fikiran, kemahuan); b) bertimbang rasa; ~ pilu bersedih hati (hiba); ~ putih mempunyai niat yg tulus ikhlas (bersih dsb); ~ rendah mempunyai tabiat (budi pekerti) yg baik spt pemurah dll; ~ tungau penakut; ~ walang khuatir (walang hati); ~ waja keras hati
hati II; hati-hati, berhati-hati
memberi perhatian (pertimbangan dsb) yg teliti (sewaktu melakukan sesuatu), berawas-awas, beringat-ingat, hemat, waspada: haruslah berhati-hati memilih suami; dia sentiasa cermat dan ~; → perhati
hati III; hati-hati
sj tumbuhan (pokok renek yg daunnya dibuat ubat sakit perut), bangun-bangun, membangun, Coleus amboinicus;
~ gagah = ~ hutan sj tumbuhan (herba), kerekap air, kodok hutan, Sonerila heterostemon; ~ ketan sj tumbuhan (pokok renek yg daunnya dibuat ubat sakit perut), tampah besi, tampang besi merah, tampang besi putih, Callicarpacana
hatif
Ar † suara yg didengar tetapi orangnya tidak dilihat, suara dr jauh
hatta
= ~ maka sl lalu, maka, kemudian dr itu, sampai (hingga): ~ beberapa lamanya baginda pun berangkatlah pulang; berdiri teguh di belakang kerajaan kerana mempertahankan negara ~ utk memikul senjata; memasuki rumah orang lain, sama ada rumah kawan
hau I
sr kerana terperanjat atau kesakitan
hau II
Kd gagal, hampa, kecewa
haul I
Ar genap satu tahun (utk membayar zakat): zakat utk binatang dikenakan kalau binatang itu dimiliki tuannya selama satu tahun, iaitu cukup ~.
haud
Ar † tempat menakung (menyimpan) air, tangki air
haul II, haula
Ar kegagahan, kekuasaan, kekuatan
haur, hauri
bidadari
haus I
1. berasa kering tekak (ingin minum), dahaga: ia meminta air sebab tersangat ~; 2. = ~ akan (kpd)sangat ingin akan (kpd): saya ~ akan pengetahuan; anak kecil yg masih ~ kpd kemanjaan dan kemesraan ibu bapanya; ~ dahaga a) terlalu dahaga; b) terlalu ingin akan; orang ~ diberi air, orang lapar diberi nasi prb mendapat apa yg diingini;
menghauskan 1. menyebabkan (menjadikan) haus; 2. sangat menginginkan, sangat berkehendakkan: kami sedang ~ penerangan dan pimpinan drpd pemimpin-pemimpin kami;
kehausan 1. perihal haus (dahaga, menderita dahaga): masing-masing mahu memuaskan ~ dgn air di hadapan mata; 2. ki keinginan, kemahuan;
haus II
berkurangan besarnya atau tebalnya kerana tergosok (banyak dipakai dll): batu itu telah ~ dimakan air;
menghauskan menjadikan haus: air yg mengalir dapat ~ batu;
penghausan proses menghauskan: lama-kelamaan, pelapik itu menjadi nipis kerana ~.
hausalat, hausalah
Ar † tembolok ayam (burung dll)
hawa I
1. gas yg memenuhi bumi (terdiri drpd beberapa jenis gas), udara: kerana ~ itu bergerak terjadilah angin; mengambil ~ menghirup udara yg nyaman; 2. keadaan udara pd sesuatu tempat, iklim: ~ panas; ~ sejuk; tempat itu panas ~nya; 3. keadaan udara (bkn suhu, cuaca, dll): hampir dinihari ~ sejuk menggigit tulang;
~ daba aliran udara yg menandakan ada sesuatu yg bergerak, bau sesuatu benda yg dibawa oleh udara;
berhawa 1. mempunyai hawa (iklim), beriklim: negeri-negeri ~ sederhana; 2. mempunyai keadaan udara (sejuk, panas, dingin, dsb): bilik ~ dingin;
menghawa Id menjadi hawa
hawa II
= ~ nafsu keinginan (kehendak, dorongan hati) yg kuat utk melakukan sesuatu: banyak raja yg dibinasakan Allah Taala kerajaannya sebab menurutkan ~ nafsunya; mengawal ~ nafsu; sesat fikiran oleh godaan ~ yg tamak dan keji; ~ pantang kerendahan, nafsu pantang kekurangan prb, Mn tidak mahu krang drpd orang lain
|