Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 5.147
Hari ini : 51.770
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 610 Record
‹ First  < 12 13 14 15 16 >  Last ›
hawa III; hawa-hawa
Kl hampir-hampir sama (serupa dll)
hawa IV

=Siti Hawa isteri Nabi Adam; kaum (si) ~ bp perempuan

hawar I
1. penyakit yg merebak (pd binatang ternakan, tumbuh-tumbuhan): ~ kentang; ~ ayam; 2. penyakit yg merebak (menular) pd manusia, wabak (spt taun, kepialu, dll)
hawar II; hawar-hawar
sj tumbuhan (herba), aur-aur, awo-awo, rumput tapak itik, Floscopa scandens
hawari, hawariun
Ar sahabat nabi Isa
hawau
bk kata makian, celaka
hawiah
Ar neraka yg terbawah
hawing
Kd membaling sesuatu dgn menghayunnya terlebih dahulu
haya

hundang ~ = haya-haya terhuyung-huyung spt orang mabuk

hayai
Kd rasa manis tawar
hayam
sl ayam 
hayang
(ter)huyung-~ terhuyung-huyung; huyung
hayat I

Ar hidup; ilmu ~ pengetahuan tentang makhluk hidup (binatang dan tumbuhan), kaji hayat; selama ~ dikandung badan selagi hidup; tanda ~ cenderamata; mendapat ~nya sl mengalami sendiri;

menghayati mengalami dan merasai (dlm batin), meresapkan ke dlm jiwa: matlamat akhirnya ialah utk ~ nilai-nilai akhlak;

penghayatan perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dlm batin: buku-buku yg baik akan mempertinggi ~ estetik pd pembaca; inti karya seni adalah ~ penciptanya; aspek-aspek penguasaan dan ~ bahasa Melayu Tinggi;

penghayat orang yg menghayati sesuatu (cerita, peristiwa): kita sbg pembaca dan ~ harus lebih teliti.  

hayat II
baju ~ sl sj baju
hayati
Ar mengenai hayat (hidup)
hayo
sr kata utk menggalakkan: ~ makan dia, makan dia!; ~ cepat! 
hb
kep hari bulan  
he (hé)

(hé) sr kata utk menghina (menyatakan marah, hairan, dll): ~, mengapa diam saja? 

hebah (hébah)

(hébah) Ar 1. pemberian; 2. berita, pengumuman, siaran;

menghebahkan 1. memberikan (pd masa si pemberi masih hidup): ia telah ~ tanah itu kpd sahabatnya selagi ia hidup; 2. menyiarkan, memberitahukan kpd orang ramai (melalui akhbar, televisyen, dll): pemimpin-pemimpin negara ~ rancangan pembangunan luar bandar kpd tamu-tamu luar negeri; 3. menyebarkan, mengumumkan, mendiayahkan (agama, fahaman politik, dll): Nabi Muhammad s.a.w. ialah orang yg mula-mula ~ ajaran Islam;

terhebah dihebahkan, dimaklumkan : kegiatan lain pula tidak begitu ~ kpd umum;

hebahan sesuatu yg dihebahkan;

penghebahan 1. perbuatan menghebahkan (memberikan); 2. perbuatan atau hal menghebahkan, penyiaran, penyebaran, pengumuman: ~ berita itu dibuat melalui RTM;

penghebah 1. orang yg menghebahkan (menyiarkan), penyiar; 2. orang yg menghebahkan (menyebarkan, mengumumkan, mendiayahkan), penyebar, pendiayah

heban I; mengheban (héban)

mencampakkan, menghempaskan (dgn kedua-dua belah tangan);

sudah diheban dihela pula prb mengalami berbagai-bagai penderitaan terus-menerus

‹ First  < 12 13 14 15 16 >  Last ›