Ditemukan : 610 Record
heban II (héban)
Ar hebat, dahsyat
hebat (hébat)
1. teramat sangat atau luar biasa (gagah, dahsyat, kuat, elok, bagus, ramai, dll): pertengkaran ~ berbangkit dlm biliknya; sungguh ~ bunyi letupan malam tadi; 2. sl takut, segan: maka orang Pahang pun ~ rasanya melihat betul Hang Nadim memarah itu;
menghebat menjadi hebat, bertambah hebat: perompakan bank tahun ini ~ di Kuala Lumpur; menghebatkan 1. menjadikan hebat (banyak, besar, dll); 2. sl menakutkan: apakah yg ditakutkan dan dihebatkan?
memperhebat menjadikan lebih hebat (banyak, besar, dll); menjadikan lebih hebat, menambah supaya jadi lebih hebat (banyak, besar, dll): polis telah ~ usaha utk menghancurkan kongsi-kongsi gelap;
hebat-hebatan secara besar-besaran: puak pembangkang hendak melancarkan tunjuk perasaan secara ~;
kehebatan perihal hebat, kedahsyatan, kesangatan, keterlaluan: dia cuba mengisahkan ceritanya dgn segala ~ yg tersanggup olehnya.
heboh (héboh)
1. bising dan kelam-kabut (bkn keadaan di sesuatu tempat), kecoh, gempar: suasana di rumah pengantin perempuan menjadi ~ kerana ia jatuh pengsan sewaktu bersanding; membuat ~ menimbulkan kegemparan (kekecohan dsb); 2. sungguh-sungguh dan giat (dibincangkan, diperkatakan, dsb), hebat: peristiwa pembunuhan itu telah ~ diperkatakan orang;
menghebohkan 1. menimbulkan keadaan kelam-kabut, mengecohkan, menggemparkan: kejadian itu ~ suasana di kampung itu; 2. = mengheboh-hebohkan membuat supaya orang ramai tahu mengenai sesuatu perkara (peristiwa dsb) dan akan bercakap-cakap mengenainya: dia tidak suka ~ peristiwa yg menimpa keluarganya;
kehebohan keadaan heboh (kecoh, gempar), kekecohan, kegemparan: ~ di luar rumah menyebabkan dia terbangun drpd tidurnya; dlm ~ itu pencuri tadi dapat melepaskan diri.
hedonis (hédonis)
orang yg menganuti hedonisme
hedonisme (hédonisme)
pegangan atau pandangan hidup yg mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup
hedonistik (hédonistik)
bersifat mementingkan keseronokan: kelas pertengahan yg bersifat ~.
hegeh (hégéh); terhegeh-hegeh
1. menginding-nginding, menonjol-nonjolkan diri: kalau orang tak sukakan kau, kenapa kau masih ~ tinggal dgn orang; 2. tidak kemas (berbuat sesuatu), terkedek-kedek (berjalan, berlari, dll): ia melangkah ~.
hegemoni (hégemoni)
pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain: pelbagai undang-undang digubal utk melengkapkan ~ penjajah terhadap rakyat pribumi.
hei (héi)
hai
heiho (héiho) (Jepun)
pasukan setempat utk membantu tentera Jepun (dlm Perang Dunia II)
heksagon (héksagon) (Mat)
poligon yg mempunyai enam segi, segi enam
heksana (Kim)
sj sebatian yg digunakan sbg pelarut dan pencair cat dll
hektar (héktar)
ukuran luas (tanah dll) yg bersamaan dgn 10,000 meter persegi (2.471 ekar)
hektogram (héktogram)
ukuran berat yg bersamaan dgn 100 gram (1/10 kilogram)
hektoliter (héktoliter)
unit muatan (dlm sistem metrik) bagi sukatan cecair yg bersamaan dgn 100 liter
hektometer (héktométer)
ukuran panjang yg bersamaan dgn 100 meter (lebih kurang 130 ela)
hela I; menghela (héla)
1. menarik, mengheret, menyeret: polis pencegah rusuhan ~ pemuda penunjuk perasaan ke dlm kereta perisai; ~ nafas menyedut udara; ~ surut mengundurkan (menarik) ke belakang; 2. † menolak (dlm kira-kira), mengurangi: dua puluh dihela tiga; bagai ~ rambut dlm tepung prb harus berhati-hati ketika menyelesaikan sesuatu pekerjaan yg sulit;
menghelakan menarik, mengheret: kerana terlampau marah Hanifah pun ~ adiknya keluar kamar dgn menarik tangannya;
helaan tarikan;
penghela penarik: kuda ~ kereta
hela II (héla)
sl; menghelakan menghalakan; → hala I
helah (hélah)
1. akal, muslihat, tipu daya: ini satu ~ utk memerangkap dia; tipu ~ tipu daya; 2. alasan yg dibuat-buat, dalih: gadis itu selalu mendalihkan lamaran orang yg bukan sesaingnya dgn berbagai-bagai ~;
berhelah 1. menggunakan helah (tipu daya); 2. berdalih;
menghelah memperdaya, mengakali, menipu;
menghelahkan 1. mendalihkan: bahawasanya Tuhan itu sangat mengetahui lahir dan batinnya tidak dapat dihelahkan; sl memperoleh sesuatu dgn helah: kerana hendak ~ wang orang, ia sanggup mengorbankan nama baiknya.
helai I
1. benda yg tipis dan lebar (daun, baju, dll), lembar, keping, carik: datangnya pagi bagaikan kipas yg sedang terbuka, ~ demi ~; 2. penjodoh bilangan bagi barang yg tipis (spt daun, rambut, kertas, kain, dll): se~ daun; se~ kertas; se~ selendang;
sehelai satu helai; ~ sepinggang pakaian yg ada pd tubuh sahaja;
berhelai-helai beberapa helai, terdiri drpd helai (kertas yg tidak dijilid dll): ~ kertas yg dicontengnya
|