Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 2.253
Hari ini : 31.735
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 610 Record
‹ First  < 3 4 5 6 7 >  Last ›
halaju
kecepatan gerakan, kadar kecepatan: ~ pusingan wang kadar kecepatan wang bertukar tangan (dlm sesuatu masyarakat atau negara)
halakah
Ar lingkungan, gelanggang, kalangan
halal

1. hukum membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan (dlm Islam), diperbolehkan (tidak ditegah oleh syarak), diizinkan, dibenarkan, lwn haram: makanlah makanan yg ~ dan minumlah minuman yg ~; daging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam; ~ nikah dibenarkan menikahi seseorang; 2. ki (yg diperdapat, diperoleh atau diperbuat) dgn jalan yg sah: anak ~; wang ~; 3. † ampun, maaf, (me)relakan: yg hutang tuan hamba sekati emas itu ~lah dunia akhirat; 4. † izin: menyembah minta ~lah segala pengajarannya;

menghalalkan 1. membenarkan (membolehkan, memperkenankan, mengizinkan), memandang atau menganggap halal: adalah salah besar ~ sesuatu yg haram; ada kemungkinan besar bahawa kegiatan tersebut yg selama ini diharamkan di negeri itu akan dihalalkan; 2. menganggap selesai atau jelas (hutang dll): baki hutangnya itu sudah dihalalkan;

kehalalan perihal (sifat, taraf, dsb) halal: kalau hati masih waswas tentang ~nya, apa yg kita makan itu akan menjadi haram; 

penghalalan perbuatan dsb menghalalkan, perihal menjadikan halal atau sah: Marx mengambil ideologi borjuis sbg satu gambaran sistem, idea, depotisme moden mencari ketaakulan dan ~ menjalankan kuasa.  

halalbihalal, halal-bilhalal

Ar maaf-maafan pd hari raya: setiap tahun diadakan malam ~ oleh perkumpulan ini; pertemuan ~ majlis keramaian (pertemuan) utk bermaaf-maafan pd hari raya. 

halaman
1. perkarangan rumah, tanah (kawasan lapang) di hadapan rumah; kampung ~ kampung tempat kelahiran; 2. muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak
halamang
sj pedang pendek yg lurus; lamang
halang; menghalangi, menghalang-halangi, menghalang

merintangi, menahan, menyekat menegah: beting pasir ~ air mengalir ke laut; kerana banyak sangat perkara yg menghalang maka pertemuan itu ditangguhkan;

menghalangkan meletakkan sesuatu melintang;

terhalang mendapat rintangan (halangan dll), tertahan (tertegah, terganggu, terhambat): pembinaan jalan ~ kerana musim hujan;

halangan 1. aral, gangguan, rintangan, tegahan: biasanya yg menjadi ~ dlm menjalankan pekerjaan tangan ialah kekurangan perkakas; 2. baluk (batang kayu dll) yg merintangi jalan, sungai dll, beting pasir yg melintang di kuala sungai: segala ~ di jalan telah dimusnahkan;

berhalangan 1. mendapat aral (rintangan), menghadapi atau mengalami sesuatu yg menghalang (seseorang dll): jika tidak ~, esok saya akan datang; 2. sedang dlm keadaan berselisih (bermusuhan);

penghalang sesuatu (alat atau orang) yg menghalang, penyekat, perintang, dll: anaknyalah yg menjadi ~; batu ~ sesuatu yg menjadi perintang. 

halap → alap I
halau; menghalau

1. melakukan sesuatu yg mengarahkan binatang menuju ke sesuatu tempat, menggiring: ~ lembu masuk kandang; 2. = menghalaukan: mengenyah(kan), mengusir: tangannya bergerak-gerak spt orang ~ nyamuk; maka Maharaja Isap dihalaukan oleh Tun Kecil;

penghalauan perihal atau perbuatan menghalau, pengusiran, pengeyahan;

penghalau 1. orang yg menghalau; 2. alat utk menghalau

halba, halbah
sj tumbuhan (herba yg bijinya dibuat ubat atau digunakan sbg rempah), kelabat, Trigonella foenumgraecum.  
halban, haleban
1. sj tumbuhan (pokok), gading kahwa, pokok galang dapur, Vitex longisepala; 2. sj tumbuhan (pokok), leban (bunga, hitam, kunyit, nasi-nasi, tanduk), Vitex pubescens. 
halia

sj tumbuhan (rizom yg umbinya pedas), jahe, Zingiber officinale; ~ hantu = ~ hutan = ~ kera, sj tumbuhan (herba), lidah hantu, meroyan tunggal, puar birah, Globba panicoides.

halian
Kl ketua (kumpulan orang jahat).
halibut
nama sj ikan laut; ~ Hippoglossus spp.
halilintar
mata petir, kilat
halim

baik budi, lemah-lembut, tidak lekas marah: perangainya sangat ~. 

halimbulu
Mn pusingan angin
halimun
1. (Sunda) kabus; 2. = halimunan tidak dapat dilihat: orang halimunan orang bunian; doa (ilmu) halimunan jampi yg menjadikan seseorang tidak dapat dilihat orang
halipan → lipan
halir
sj tumbuhan (herba), akar keremak, daun patuk tuau, Ruellia repens. 
‹ First  < 3 4 5 6 7 >  Last ›