Sabtu, 16 Mei 2026   |   Ahad, 29 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 6.161
Kemarin : 30.160
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 98 99 100 101 102 >  Last ›
kelalawar II
sj ikan laut, Antennarius hispidus
kelalawar I → kelawar I
kelalap
Jk mati lemas, tenggelam ke dlm air, kelelap
kelalang
sj bekas air yg berleher, gamuh, labu tanah; ~ hampagas sj bekas air yg dindingnya berlapis dua dan terpisah oleh ruang yg tidak berudara supaya cecair di bahagian dalamnya sentiasa mempunyai suhu yg sama
kelalaian

1. perihal lalai, kelengahan, kealpaan: tiada lain disebabkan ~ kita sendiri; 2. dlm keadaan lalai: adapun akan baginda itu sangatlah ~ memerintah negeri; sesungguhnya engkau dlm ~ mengenai hal ini; ~ menjemput pencuri prb kerana lalai maka selalu rugi; 

kelakuan

1. tabiat yg biasa dilakukan, perangai, perbuatan: semua orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka baginda berjalan menyamar berkeliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu; 

kelakuan
1. tabiat yg biasa dilakukan, perangai, perbuatan: semua orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka baginda berjalan menyamar berkeliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu; 
kelakkeling
gelang besi yg disarungkan pd jari (utk menambahkan kesan penumbuk); kerakeling, kerkeling
kelakian, kelaki-lakian, kelelakian
1. sifat laki-laki, tingkah laku (gerak-geri) laki-laki: Alias memiliki sifat-sifat ~ yg tulen, jujur, ikhlas, berhemah tinggi serta berupa kacak; 2. keberanian, ketangkasan, kegagahan: apabila seorang anak muda kaum itu hendak kahwin, ia harus menunjukkan kelaki-lakiannya dgn membawa kepala orang ke kampungnya. 
kelakar II
Sr 1. perbualan; 2. omong kosong
kelakar I

jenaka, gurau senda, lawak, olok-olok, seloroh; 

berkelakar berjenaka, bergurau senda, berlawak, berolok-olok, berseloroh: ia ~ dan kami pun ketawa terbahak-bahak.  

kelakanji

sj tumbuhan (rumput); kalakanji

kelak V
sj burung, Macrophygia assimilis
kelak IV
~-keluk a) keluk-keluk; b) ki selok-belok
kelak III
~-kelik Jk kelip-kelip, kedip-kedip
kelak II Jk kelah
kelak I

(masa atau hari) akan datang, kemudian, nanti: kalau sudah jadi saudagar ~, tentu aku tak akan hina benar lagi di mata orang; ~ kemudian (di) masa hadapan; di akhirat ~ di akhirat nanti

kelajuan
lajunya sesuatu gerakan dll, kecepatan; 
kelainan
1. perihal berbeza drpd, perbezaan; 2. sesuatu yg tidak menurut kebiasaan atau yg berbeza drpd sesuatu yg lain: penyimpangan ini bertujuan utk mempelbagaikan teknik pengolahan supaya wujud ~ drpd cerpen-cerpen yg sedia ada; 
kelain; mengelainkan
menjadikan tersendiri (terasing), memisahkan, mengasingkan; lain
‹ First  < 98 99 100 101 102 >  Last ›