Ditemukan : 578 Record
Malaysia; kemalaysiaan
berhubung dgn atau bersifat Malaysia (sbg sebuah negara seluruhnya): banyak ciri dan cita-citanya lebih melambangkan ciri dan cita-cita ~;
pemalaysiaan
perbuatan (proses) menjadikan sesuatu mempunyai ciri, adat, dll Malaysia: penyusunan semula masyarakat adalah satu proses ~ semua sektor kehidupan rakyat Malaysia.
malbar
sj tumbuhan (pokok renek), bunga kisar, kembang lubo, Abutilon indicum;
~ hutan sj tumbuhan (herba), sepulut, selasih hutan, Hyptis suaveolens.
maleh
Jw bertukar (rupa, corak, dll), berubah.
maleman
Jw perayaan pd malam tarikh yg ganjil atau gasal (selepas 20 hari bulan) dlm bulan puasa.
malformasi
(Bio) pembentukan organ secara tidak normal semasa perkembangan fetus.
mali; mali-mali; ~ berduri
sj tumbuhan (pokok renek), memali, toi, Leea angulata.
malignan
bkn ketumbuhan yg cenderung menjadi lebih teruk dan mengakibatkan maut : ketumbuhan pd rahimnya ialah sj ketumbuhan yg ~, dan dia mati akibat ketumbuhan itu.
malik I
Ar yg memiliki, raja, tuan; Al~ raja segala raja, Allah.
malik II
sj tumbuhan (pokok), Litsea glutinosa.
Malik
malaikat yg menjaga pintu neraka.
Maliki
Ar pengikut mazhab Malik ibn Ans (salah satu drpd empat mazhab dlm Islam).
malikuljabbar
Ar raja yg Maha Berkuasa, Allah.
malim
1. guru agama (Islam), orang yg alim, ulama; 2. petunjuk jalan, pemimpin; 3. = ~ angin = ~ kapal jurumudi; 4. pawang.
maling I
1. = pemaling pencuri (terutama yg mencuri pd waktu malam): gerak-gerinya spt orang ~ ; 2. mencuri;
~ curi hal curi-mencuri;
~ dapat (Palembang) † menemui sesuatu serta memilikinya;
kemalingan
dimasuki oleh pencuri, kecurian.
maling II; pintu ~; —> pintu.
Malinja = padi ~
sj padi yg menghasilkan biji yg besar; —> padi.
malis
pucat (warna), tidak begitu keras (bau).
malnutrisi
(Bio) kekurangan makanan seimbang pd individu atau populasi.
maltosa
(Bio) sj gula yg disediakan secara hidrolisis kanji oleh enzim diastase dan digunakan sbg pemanis.
malu I
1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini;
~ besar malu yg amat sangat;
~ mata segan, hormat;
~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan;
~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh;
semalu; sehina ~
mempunyai nasib yg sama, seia, sekata;
malu-malu
nampaknya sangat malu: masuklah, jangan ~;
dgn sikap yg ~, dinyatakannya maksudnya dlm bahasa yg lembut;
~ bahasa berasa segan-segan (sewaktu berhadapan dgn orang yg dihormati dll);
~ kucing berpura-pura malu;
memalui
† 1. menaruh malu pd: dialah yg harus kaumalui; 2. menghormati, menakuti, menyegani: pd ketika itu segala anak raja-raja Inderagiri tiada dimalui oleh segala anak tuan-tuan Melaka;
memalukan
1. memberi malu, menyebabkan malu: akibatnya nanti bukan hanya ~ tetapi juga merugikan; 2. malu kerana sesuatu (pakaian dll): tak usah dimalukan rumah buruk;
termalu-malu
berasa agak malu: selama besar ini dia ~ memanggil abang kpd Ramlan;
kemaluan 1. perihal malu, sesuatu yg mendatangkan malu, rasa malu: jikalau si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan ~ku; 2. mendapat (berasa) malu: hendaklah tuan berikan kehendaknya supaya kita tidak ~; 3. bh alat kelamin (laki-laki atau perempuan);
kemalu-maluan
berasa sangat malu, tersipu-sipu: dia tunduk ~;
pemalu
(orang yg) mudah berasa malu.
|