Ditemukan : 578 Record
makwe
bp teman wanita bagi seseorang lelaki.
makyung
sj drama tari (yg mempersembahkan cerita dgn tarian dan nyanyian).
makzul
Ar meletakkan jawatan, turun dr takhta (raja);
memakzulkan
memecat drpd jawatan, menurunkan drpd takhta.
mal I
1. bahagian pangkal (dr mata lembing, pedang, dll), ganja (keris); 2. bahagian atas atau kepala tiang (kaki meja dll).
mal II
Ar harta benda, khazanah; baitul~ tempat menyimpan segala harta benda, perbendaharaan.
mala I= termala
† layu (bunga): hari pagi bunga nan kembang, bunga yg merah ~ dahulu.
mala II
Mn air bangkai yg sangat busuk, danur; harum semerbak mengandung ~ prb orang yg dipuji-puji kerana jasanya tetapi jasanya itu diperolehnya dgn jalan yg tidak baik.
mala III
(Sanskrit) sl kotor, cacat, cemar, hina, noda.
mala fide
(Latin) tidak jujur, curang.
malabera
sj tumbuhan (pokok) dlm famili Loganiaceae, Fagraea crenulata; ~ bukit sj tumbuhan (pokok) dlm famili Rubiaceae, mempedal babi, Mussaendopsis beccariana.
malagangai
sj tumbuhan (pokok) dlm famili Lauraceae, Eusideroxylon malagangai.
malah I = malahan
1. bahkan, kian (bertambah), makin (bertambah): bukan itu sahaja, ~ aku sanggup berbuat apa sahaja utk menolong engkau; hujan yg kelihatan reda sebentar tadi ~ lebih lebat sekarang; 2. padahal, sedangkan: jangankan hendak pergi, ~ bergerak dr tempat duduknya pun tidak.
malah II
Mn 1. lah: kalau disewa kereta, rugi ~awak; 2. marilah: ~ kita ke pasar; 3. kalau, asalkan; ~ begitu kalau begitu.
malahan —> malah I.
malai I
untaian bunga drpd emas atau intan dll yg dipakai utk menghiasi kepala (tombak dll);
bermalai
mempunyai atau ada malai: dulapan bantal susun bertampuk emas permata dan ada yang bertelepok bunga ~ emas; ~ spt sehari bulan;
bermalaikan
mempunyai malai drpd: cogan alamat yg ~ emas berpermata dikarang;
memalai
† 1. menghiasi dgn malai; 2. spt malai.
malai II; malai-malai
malai III
Br 1. sebutan kpd orang yg berketurunan Arab; 2. timang-timangan utk orang yg disayangi.
malaik † —> malak.
malaikat
Ar sj makhluk halus yg dijadikan Allah sbg pesuruh-Nya (dlm kepercayaan Islam, Kristian, dan Yahudi);
kemalaikatan
berkaitan dgn malaikat, yg menunjukkan sifat-sifat (dsb) malaikat: manusia mempunyai tiga unsur utama – ~, kehaiwanan, dan kesyaitanan.
malaikatulmaut
Ar malaikat yg mengambil nyawa manusia (Izrael).
|