Ditemukan : 578 Record
malaise
IB keadaan yg serba susah (terutama dr segi perdagangan); zaman ~ zaman serba susah (dlm perdagangan dll); meleset.
malak
malakamo
Mn; buah si ~ sj buah yg sama ada dimakan atau tidak akan mendatangkan kesusahan (sbg perumpamaan sahaja); bagai makan buah si ~ , dimakan mati ibu, tak dimakan mati bapak prb dlm keadaan serba salah (sama ada dibuat atau tidak, pekerjaan itu tetap akan mendatangkan bencana).
malakut
Ar 1. = alam ~ alam atau tempat malaikat dan roh; 2. kerajaan.
malam I = ~ hari
waktu mulai dr matahari masuk sampai matahari terbit, lwn siang: ~ ini engkau jangan pergi ke mana-mana; jangan main di tanah lagi, hari sudah ~;
~ buta = ~ boleh
Kl, Tr malam yg sangat gelap (gelap-gelita);
~ dansa Id pesta tari-menari (pd malam hari);
~ gembira perjumpaan yg diadakan pd malam hari utk bersuka ria;
~ ini = ~ sekarang pd malam hari nanti (nanti malam);
~ Minggu (Isnin) malam menjelang hari Minggu (Isnin);
~ panjang malam minggu;
~ ria pesta yg diadakan pd waktu malam (utk bersuka ria);
spt siang dgn ~ sangat jauh perbezaannya;
malam-malam
sudah jauh malam, pd waktu malam: apa engkau hendak cari pergi ke bandar ~ hari ini?
semalam
1. satu malam: kalau ke kampung nanti, tidurlah di rumah nenek barang ~; 2. sepanjang malam: maka ~ itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita; 3. hari sebelum hari ini, kelmarin: ~ kami pergi berkelah ke Port Dickson; 4. malam sebelum malam ini, malam tadi: ~ dia pergi menonton filem di panggung Rex;
~ suntuk sepanjang malam;
~ di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut prb hendaklah kita menurut adat istiadat negeri yg kita tumpangi;
semalam-malaman, semalaman
sepanjang malam, semalam suntuk: maka belayarlah juga ~ itu; semalaman itu kami tidak tidur;
bermalam
1. tidur, menginap: mahu tidak mahu kami terpaksa ~ di pondok kecil itu; 2. sudah disimpan semalam (bkn masakan), sudah basi atau tidak sedap lagi dimakan: aku berasa hendak muntah sesudah makan lauk yg sudah ~ itu;
bermalaman
tidur bersama, berseketiduran;
memalami
Mn berjaga-jaga kerana menunggu orang sakit dll;
memalamkan, mempermalamkan
menyimpan sesuatu (ubat dll) utk satu malam, membiarkan bermalam;
kemalaman
hari menjadi malam (ketika masih dlm perjalanan dll): saya ~ hajat hati nak tumpang berteduh;
pemalaman, permalaman
† tempat (rumah dll) bermalam, penginapan.
malam II
Jw † lilin (utk membatik).
malan
1. mabuk pinang; 2. berasa kurang selesa (kerana agak mabuk, sedih, bingung, dll).
malang
1. letaknya melintang (mengalang): pd tiap-tiap sawah terlihatlah beberapa tali ~ melintang; 2. nasib yg tidak baik (tidak beruntung), celaka, sial: tolonglah hamba yg ~ ini; 3. = malangnya dikesalkan sedikit, dukacita: ~ nya kebanyakan orang yg terkena penyakit itu tidak mahu berjumpa doktor;
~ celaka Raja Genggang tuak terbeli tunjang hilang prb hal orang yg malang sewaktu sampai maksud yg kedua yg sudah di tangan hilang pula;
~ tak berbau prb kecelakaan yg tidak dapat diketahui sebelumnya;
~ tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb nasib buruk tidak dapat dielakkan begitu juga nasib baik tidak boleh dicari-cari;
memalangi
† menghormati, menyegani: di kalangan penduduk kampung itu, dia sangat dimalangi;
kemalangan
1. kecelakaan, kesialan, kerugian, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. tertimpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll).
malangbang
malangkamo —> malakamo.
malangkan
sj tumbuhan (pokok), bulangkan, katang, Cynometra polyandra.
malap
1. tidak terang cahayanya (lampu), kurang terang, muram, suram, pudar (cahaya): api itu sekejap marak dan sekejap ~; cahaya ~ menerangi bilik; 2. hampir padam (api); 3. ki tidak aktif (segar dsb), tidak begitu berupaya utk maju (berkembang dsb);
memalapkan
1.menjadikan malap, memudarkan: Amir ~ lampu keretanya; 2. ki dimusnahkan: namun kemajuan dan kegemilangan ini telah berjaya dimalapkan oleh kedatangan penjajah Barat;
kemalapan
1. keadaan malap atau muram, keadaan pudar (bkn cahaya); 2. ki perihal atau keadaan tidak aktif (segar, berkembang, dsb): ~ dan kelesuan dunia kritikan berterusan walaupun mereka memiliki sarjana atau Ph.D.
malapari
sj tumbuhan (pokok), mempari, pari-pari, Pongamia pinnata.
malapetaka
berbagai-bagai kesusahan (bencana, kecelakaan, kesengsaraan, dsb): orang di kampung itu sedang menghadapi satu ~ besar akibat air sungai yg semakin naik.
malar
1. tetap, tidak berubah, terus-menerus: kulit mengawal suhu badan manusia supaya ~ walaupun suhu alam di kelilingnya berubah; ~ hijau sentiasa berdaun (hijau) sepanjang tahun (bkn tumbuh-tumbuhan yg tertentu); 2. = malar-malar lebih-lebih lagi, malahan;
memalarkan
membuat supaya tetap dan tidak berubah: suhunya dimalarkan;
kemalaran
perihal malar;
pemalar
kuantiti yg tidak berubah, lazimnya diwakili oleh simbol tertentu (bergantung pd bidang ilmu yg diperkatakan).
malaria
sj penyakit yg disebabkan oleh parasit protozoa dlm sel darah merah, yg dibawa oleh gigitan nyamuk tiruk, dan dicirikan dgn serangan demam dan seram sejuk yg berulang-ulang, demam kura.
malas I
1. tidak mahu berbuat apa-apa (bekerja dll), segan, lwn rajin: aku tidak mahu menolong orang yg ~ bekerja spt kamu ini; 2. tidak sudi, tidak suka, enggan, segan: kalau di tempat orang, jangan ~ bertanya;
bermalas-malas
duduk dgn tidak membuat sesuatu apa pun, duduk berehat-rehat, lengah: selepas makan, dia duduk di bawah pohon itu ~;
memalaskan
menjadikan malas: ia sengaja hendak ~ suaminya;
kemalasan
perihal malas: ia dicaci orang kerana ~nya;
pemalas
orang yg malas, penyegan: ia ~ dan penyegan tetapi penjudi.
malas II; burung ~
sj burung, a) burung segan, Caprimulgus indicus; b) burung kubur, Caprimulgus macrurus.
malau
sj damar atau pelekat yg digunakan utk mengetatkan keris, parang, dll pd hulunya; —> embalau I.
malaut
sj tumbuhan (pokok), Hopea ferrea; malut.
|