Ditemukan : 578 Record
malu II; si ~ = puteri ~ = malu-malu
sj tumbuhan (pokok renek kecil, yg apabila tersentuh daunnya terkuncup), Mimosa pudica.
malun Ar —> malaun.
malung
1. sj ikan laut, Congresox spp.; 2. sj ikan laut, Muraenesox spp.
malut I —> malaut.
malut II; kalut-~
kalut (sibuk) tidak keruan; —> kalut.
mama I
bp ibu.
mama II —> mamak.
mamah; memamah
1. menghancurkan makanan (dlm mulut) dgn gigi, mengunyah: Hashim ~ kacang goreng sambil memerhatikan anak-anaknya bermain; ~ biak memakan makanan kali keduanya (lembu dll); 2. ki memusnahkan, menghancurkan, menjahanamkan, merosakkan: pejabat itu musnah dimamah api; tekanan hidup yg pahit dan tempang ini ~ daging badannya;
memamahkan
1. memamah (mengunyah) sesuatu utk; 2. memamah pd;
mamahan
sesuatu yg sudah dimamah;
pemamah; ~ biak
binatang yg memamah biak (lembu dll).
mamai
1. kurang terang ingatan atau fikiran (kerana terlalu tua, sakit teruk, dll), tidak sedarkan diri (mabuk, hilang ingatan, dll): saya diam, terkatup mulut, ~ ingatan dan hilang pandangan; 2. mimpi dan mengigau (dlm tidur);
bermamai
mengigau (dlm tidur), berkata-kata dlm tidur.
mamak
1. Mn saudara ibu yg laki-laki, bapa saudara: ibunya telah menggunakan harta pesaka kerabat utk menyekolahkannya, dgn keizinan Sutan Batuah, ~ Hanafi, abang ibunya; 2. sl sebutan oleh raja kpd pembesar-pembesar negeri (menteri dll): ~ menteri; ~ bendahara; 3. † mak kecil, mak tua; 4. bp panggilan kpd lelaki India yg beragama Islam (terutamanya yg berniaga di kedai, di pasar dsb atau yg menjaja makanan dsb);
~ nenek = nenek ~ Mn a) penghulu adat; b) orang tua-tua yg bijaksana.
mamalia
(Bio) haiwan bertulang belakang, badannya berbulu, jantungnya terbahagi kpd empat kebuk, dan menyusui anaknya.
maman
1. sj tumbuhan (herba yg boleh dimakan), Cleome icosandra; 2. sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ubat pening), Gynandropsis gynandra;
~ pasir sj tumbuhan (herba), inai paya, Jussiaea linifolia.
mamanda
mamang I
1. kabur pandangannya (kerana hendak pengsan dll); 2. mamai, bingung, ketakutan: gopoh-~ tergopoh-gopoh benar, tergesa-gesa.
mamang II —> maman.
mamang III
Mn sj peribahasa (yg mengandungi nasihat).
mamang IV
(Jw, Sunda) pak cik, paman.
mamar † —> mamang I.
mamas; mamas-mamas;
~ pelanduk sj tumbuhan (pokok), Sapium baccatum.
mambang I
1. sj hantu (yg bermacam-macam warnanya dan disebut mengikut tempatnya): ~ segera; 2. = ~ kuning = ~ petang warna kuning kemerah-merahan tatkala matahari hendak masuk (di sebelah barat); 3. ki perempuan (yg belum bersuami), anak gadis: dia belum lagi dapat memikat hati seorang ~ .
|