Ditemukan : 578 Record
man I
sj ukuran berat (yg beratnya lebih kurang 80 paun atau 36.3 kilogram).
man II
mana 1. = yang ~
kata yg digunakan utk menanyakan benda dlm satu kumpulan (kelompok): baju ~ yg hendak dibawa pergi?; ~ satu budak yg nakal itu? 2. perkataan yg digunakan utk menanyakan tempat: di ~ sampai, di situlah bermalam; di ~ ayahmu sekarang?; ke ~ engkau hendak pergi?; di ~ mungkin (perlu) kalau mungkin (perlu); di ~ -~ di segala tempat; ke ~-~ ke segala tempat; 3. perkataan yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara sesuatu; bagai~ = macam ~ spt apa keadaannya (caranya); 4. = ~ boleh = ~lah = manakan, manatah mana boleh, bagaimana: seorang ibu manakan jemu memelihara anaknya; manatah tuan dapat menyebut bahasa Melayu; ~lah terdaya ibu bapa hendak menanggungnya; ~ lagi = ~ pula tambahan (lebih-lebih) lagi; di manakan bagaimana akan boleh (dapat), tidak mungkin, mustahil: kalau tidak bercuti ~ sempat saya buat pekerjaan itu; ~ tahu Dolah menolak, jikalau tiada kayu, ~ api itu bernyala; 5. sl barang apa, apa sahaja : ~ bicara bapa hamba tiadalah hamba lalui; 6. apa: bahasa ~ yg disebut raja ini; sebanyak ~ stok yg hendak diisikan di dlm kedai itu terpulanglah kpd pekedai; ~ pula lebih-lebih lagi, tambahan lagi, mana lagi; 7. yg tersebut (sebelumnya): kepandaian itu digunakan utk mengumpulkan wang, hal ~ sangat menyedihkan;
~ ... ~ ... baik.... mahupun...: ~ miskin ~ kaya datang semuanya;
~ ... ~ ... sudah... pula; ~ panas ~ berdesak-desak bp sudahlah panas berdesak-desak pula;
mana-mana
1. mana pun, barang apa pun, setiap: mereka tidak menyebelahi ~ pihak dlm pertikaian itu; bacalah ~ novel; ~ dokumen disimpannya baik-baik; 2. siapa-siapa, barang siapa: ~ yg setuju mengangguk-anggukkan kepalanya.
mana lagi ; jeruk ~ , jeruk si manalagi
Id sj buah limau besar serta manis.
mana suka
Id dgn sesuka hati (tidak dipaksa), dgn sukarela;
jam ~ waktu (dlm jadual waktu pelajaran) yg tidak ditentukan apa yg harus diajarkan;
sokongan ~ sokongan yg diberikan dgn sukarela.
manah I
bp kep amanah (amanat); harta ~ = mas ~ Mn a) harta benda (yg dipusakai drpd nenek moyang); b) persembahan yg diberikan kpd raja (sewaktu raja mengadakan majlis perkahwinan dll);
bermanah
mempunyai harta benda, banyak meninggalkan harta benda.
manah II
sl perasaan (hati dll), perhatian.
manai
pucat lesi (kerana kurang darah dll); pucat ~ sangat pucat.
manakala
1. apabila, bilamana: ia tersenyum ~ melihat anaknya sudah terlena; 2. tetapi: dia duduk di samping mayat ayahnya, ~ adiknya tidak putus-putus menangis; 3. sedangkan: ramai orang yg cedera dan hilang ~ beratus-ratus kehilangan rumah tangga dlm gempa bumi itu.
manakan
manalagi
lebih-lebih lagi, apa lagi, mana pula; —> mana.
manas
Br manik: beratus-ratus biji ~ disimpannya, mungkin akan dijadikan seutas kalung.
manat
Mn † tetap mengenai janji (persetujuan dlm mesyuarat).
manau
sj tumbuhan (rotan besar), Calamus manan;
laksana ~, seribu kali embat haram tak patah prb sesuatu yg sangat kuat dan teguh; spt maksud ~ = maksud bagai maksud ~ prb cita-cita yg tidak mungkin dicapai;
spt mengilang ~ prb suatu masalah yg sangat sukar;
memanau
1. membuat gawar-gawar drpd manau; 2. memukul dgn rotan, merotan.
mancanegara
mancawarna
Id banyak warnanya, berwarna-warna; —> pancawarna.
manci
mancis = ~ api
gores api, korek api, geretan;
memancisi
menyalakan dgn mancis (rokok dll);
memanciskan
menggoreskan anak mancis supaya menyala.
mancit
mancung I
makin kecil ke hujung, lancip, runcing;
hidung ~ hidung yg lancip;
hidung tak ~ pipi tersorong-sorong prb suka ikut campur dlm urusan orang lain;
kemancungan
perihal mancung atau lancip (hidung).
mancung II
seludang kelapa yg kering; perahu ~ sj perahu yg bentuknya spt seludang.
mancur; memancur; air ~ air terjun, jeram; —> pancur.
|