manda IV; kanda ~; > kanda.
mandah II > manda III.
1. = bermandi mencuci (membasuh) tubuh dgn air: badan engkau kotor, pergilah ~ dahulu; 2. berenang-renang di laut utk bersuka-suka: banyak orang yg pergi ke Port Dickson utk ~ di laut; pakaian ~ baju atau seluar utk berenang; 3. ki dipenuhi (peluh dll), mempunyai melimpah-limpah (wang dll): badannya ~ peluh;
baginda sentiasa ~ air mata; orang kampung pd masa itu ~ wang;
~ angin a) sentiasa kena angin; b) menyembur dgn kuasa angin (air, cat, dll);
~ air perantan Sr sj upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan;
~ bakal (gubah, kubat) membasuh mayat yg baru sahaja meninggal;
~ balai mandi utk menghalau hantu;
~ basuh lantai upacara mandi 40 hari selepas bersalin;
~ bunting (wiladah) upacara mandi sewaktu hamil tujuh bulan;
~ damai = ~ suatu mempelai upacara mandi utk kedua-dua pengantin sesudah selesai nikah dan berdamai-damai;
~ darah a) berlumuran darah; b) pertumpahan darah (sewaktu berlaku perkelahian dll);
~ embun membiarkan diri kena embun;
~ haid mandi sesudah datang bulan (perempuan);
~ junub (janabat, hadas luas) mandi utk bersuci diri (selepas bersetubuh);
~ kerbau ki mandi dgn tidak membersihkan badan;
~ lenggang perut upacara mandi semasa hamil tujuh bulan, melenggang perut;
~-manda bermacam-macam cara (upacara) mandi;
~ mayat membasuh mayat dgn air;
~ nifas mandi selepas berhenti nifas;
~ ombak basah kena ombak;
~ pelimau sj upacara mandi utk kedua-dua pengantin sesudah bersanding;
~ peluh basah dgn peluh;
~ safar upacara mandi pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar (utk menolak bala dll);
~ sampat Pr, Ph upacara mandi utk kedua-dua mempelai pd hari ketiga sesudah nikah;
~ sudah membasuh mayat kali yg terakhir (ketika hendak dikafan);
~ tian upacara mandi sesudah hamil tujuh bulan;
~ wajib mandi utk bersuci drpd hadas besar;
bagai ~ dlm cupak prb sesuatu (pertolongan dll) yg tidak mencukupi;
alang-alang (mati-mati) ~ biar basah prb kalau membuat sesuatu biarlah sampai selesai, jangan berhenti separuh jalan;
bermandikan
penuh dgn;
~ cahaya penuh dgn cahaya (terang-benderang);
~ wang mempunyai wang yg banyak;
memandikan
1. membersihkan tubuh seseorang (sesuatu) dgn air, memberi mandi: Aminah sedang sibuk ~ anak-anaknya; 2. mencuci (mayat) dgn air: jika hamba mati, tuan hambalah ~ hamba; 3. mencelupkan (menyelamkan sesuatu ke dlm barang cair); 4. ki banyak mendapat (menerima) sesuatu, mencurahkan (dlm erti ki): anak-anak ini mahu dimandikan dgn kasih sayang ibunya;
dimandikan dgn air segeluk prb diberi pertolongan (puji-pujian) yg tidak bererti;
mempermandikan
1. sl memandikan (dgn); 2. Id menyiram dgn air suci (sewaktu memeluk agama Kristian), membaptiskan;
permandian
1. tempat mandi; 2. Id upacara mempermandikan, pembaptisan.
mandir; mundar-~; > mundar.