Ditemukan : 578 Record
mandiri
Jw berdiri sendiri;
pemerintah ~ pemerintah yg berdiri sendiri;
bermandiri
dapat berdiri sendiri: kehidupan ini perjuangan terus-menerus utk ~;
kemandirian
perihal (keadaan) dapat berdiri sendiri.
mandolin
sj alat muzik yg berupa gitar kecil dan mempunyai empat pasang tali.
mandom
Kd lembap, tidak cergas, bodoh.
mandu
mandub
manduk
mandul
1.tidak boleh beranak, majir: isterinya ~; 2. ki tidak produktif: benarkah sastera Malaysia ~?;
bagai emak ~ baru beranak prb sangat gembira kerana mendapat sesuatu yg sangat diidam-idamkan;
memandulkan
menjadikan benda hidup mandul: kebanyakan orang lelaki tidak bersetuju kalau mereka dimandulkan;
kemandulan
perihal mandul (tidak boleh beranak);
pemandulan
perihal (proses, perbuatan) memandulkan benda hidup (manusia, binatang): ~ merupakan salah satu cara utk mengatasi masalah ledakan penduduk.
mandung I
sl ayam, ayam jantan.
mandung II; kemenyan ~ jati
sl kemenyan putih, sj dupa.
mandur
orang yg mengawasi pekerja-pekerja; kepala pekerja-pekerja;
~ jalan a) mandur yg mengurus orang-orang yg membuat atau membaiki jalan; b) bp orang yg berjalan ke sana ke mari, penganggur;
memanduri
mengawasi pekerja-pekerja: Mak Som ~ pelayan-pelayan di dapur.
manfaat
1. guna, faedah; kejadian itu tidak akan memberi ~ kpd sesiapa pun; 2. untung, laba;
bermanfaat
berguna, berfaedah: apa yg dilakukan mereka memang ~ bagi bangsa;
memanfaatkan
menggunakan sebaik-baiknya (utk atau dgn cara yg mendatangkan faedah), mendapatkan faedah drpd (sesuatu), menjadikan bermanfaat (berfaedah): tidaklah sukar utk ~ alat-alat ini utk kajian saintifik; apa yg menjadi persoalan ialah berapa ramaikah orang yg kebolehan celik hurufnya dimanfaatkan utk membaca;
kemanfaatan
1. guna, faedah, manfaat: setiap sesuatu yg mendatangkan ~ dgn kebaikan hendaklah dilindungi dan diusahakan; 2. kebaikan, kegunaan;
pemanfaatan
perihal atau perbuatan memanfaatkan: apa yg berlaku ialah timbulnya penyesuaian dan ~ terhadap unsur-unsur sastera tradisi Islam itu dlm pelbagai unsur yg diserapkan secara berseni.
mangan
(Kim) sj unsur logam yg rapuh, berwarna putih kekelabuan.
mangap
mangas
sj tumbuhan (pokok), Memecylon acuminatum.
mangau; termangau, termangau-mangau
ternganga, tercengang kehairanan: dia tersentak dan ~ apabila adiknya memanggil namanya; —> mangu.
mangga I
sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mempelam, Mangifera indica dll.
mangga II
ibu kunci, pedal ayam;
memangga
mengenakan ibu kunci, mengunci: ia sedang ~ pintu biliknya.
mangga III; sakit ~
bengkak (yg biasanya bernanah) pd celah kelangkang, buah kelenjar yg bengkak.
mangga IV
manggak
Kl sombong, besar hati, biadab, tidak sopan.
|