Ditemukan : 578 Record
magma
batuan lebur (panas) yg terdapat di bawah kerak bumi yg apabila menyejuk menjadi batuan igneus.
magnalium
aloi aluminium dan magnesium.
magnesium (magnésium)
(Kim) sj unsur logam yg ringan, mulur, berwarna putih keperakan, dan terbakar dgn cahaya putih berkilauan dan digunakan dlm membuat aloi ringan;
~ hidroksida sebatian magnesium dan air;
~ klorida sebatian magnesium dan klorin;
~ oksida sebatian magnesium dan oksigen.
magnet (magnét)
sj besi yg mempunyai daya menarik logam-logam lain, besi berani, semberani;
~ kekal (Fiz) sj magnet yg kekal bermagnet walaupun medan magnet yg menghasilkannya itu sudah tiada;
~ ladam magnet yg berbentuk ladam;
~ sementara (Fiz) bahan yg bertindak sbg magnet hanya apabila bahan itu berada dlm medan magnet;
bermagnet
mempunyai (ciri) magnet: kunci ~;
memagnetkan
menjadikan (sbg) magnet;
termagnet
telah menjadi magnet;
magnetan, kemagnetan
perihal magnet;
pemagnetan proses memagnetkan sesuatu.
magnetik (magnétik)
mempunyai sifat magnet.
magnetisme (magnétisme)
(sains tentang) fenomena dan sifat kemagnetan.
magnetit (magnétit)
bijih besi yg magnetik.
magneto (magnéto)
(Kej) sj dinamo yg mengeluarkan api dlm sistem pencucuhan sesuatu enjin pembakaran dalam.
magnitud
besarnya, pentingnya, atau banyaknya sesuatu.
magun
dipasang tetap pd perahu (spt kajang, tingkap, bilik, kurungan di buritan perahu tempat jurumudi, dll);
~ angin tingkap pd perahu utk memasukkan udara atau cahaya;
kajang ~ kajang yg sentiasa dipasang pd perahu;
tingkap ~ tingkap yg tetap dan tidak dibuka-buka pd perahu.
mah I
kep maha; ~raja maharaja.
mah II
(Sunda) kata utk menguatkan perkataan atau ayat di depannya, bukankah.
maha
(dlm kata majmuk bererti) sangat, amat, yg teramat: M~ Besar; M~ Esa; M~ Berkuasa; M~ Mengetahui; M~ Mulia; M~ Suci.
MAHA
akronim bagi Malaysian Agri-Horticultural Association (Persatuan Pertanian dan Perkebunan Malaysia); pertunjukan ~ pertunjukan hasil pertanian dan perkebunan serta pekerjaan tangan.
Maha Kuasa
sangat berkuasa (tidak ada bandingannya);
kemahakuasaan
perihal (keadaan, sifat) Maha Kuasa: orang-orang yg percaya akan ~ Allah.
mahabbah
Ar kasih sayang, percintaan.
mahadewa (mahadéwa)
1. sl Betara Siwa; 2. dewa yg tertinggi.
mahadewi (mahadéwi)
1. Betari Surga; 2. ki sebutan utk puteri atau permaisuri.
Mahadper
Id kep Mahkamah Angkatan Darat dlm Perang.
Mahaduta
mahaguru
1.guru yg tertinggi pangkatnya di perguruan tinggi atau universiti, profesor; 2. ketua sesuatu kumpulan silat.
mahahakim
mahajana I
† orang besar (orang yg terkenal dll).
|