Ditemukan : 578 Record
mangli
mangsa
1. binatang yg menjadi korban (makanan) binatang buas: harimau sedang menunggu ~nya; 2. ki orang atau barang yg menjadi korban kemalangan (kecurian, penipuan, kebakaran, peperangan, dll), sasaran perbuatan jahat: ibu tiriku menjadi ~ kebakaran itu; mereka berdua ialah ~ Perang Dunia Kedua;
memangsakan
menjadikan seseorang (sesuatu) sbg mangsa, mengorbankan: kemusnahan alam sekitar ~ manusia;
pemangsa
binatang yg memakan binatang lain: harimau termasuk salah seekor binatang jenis ~.
mangsai I; kusut-~
mangsai II; masak ~
a) terlalu masak; b) ki sudah banyak pengalaman.
mangsi
1. dakwat, tinta; 2. † sj tepung hitam drpd arang (utk menghitamkan gigi); 3. Mn warna hitam (biru tua), tarum;
ikan ~ sotong.
mangu; termangu, termangu-mangu
termenung-menung (kerana susah hati, bingung, dll), melengung: sejak ibunya meninggal, ia kelihatan selalu ~ sahaja; ia pun duduk termangu-mangu;
ketermanguan
keadaan termangu: dlm ~ itu, Mat Janin termenung sendiri; mangau.
mangut
termenung (spt orang mengelamun), bingung.
mani
air dan benih yg terpancut keluar drpd alat kelamin lelaki (haiwan jantan) ketika bersetubuh (mengawan) atau apabila mencapai puncak syahwat;
pancaran ~ Id pengeluaran mani;
permanian
perihal memasukkan mani ke dlm rahim;
~ beradas perihal memasukkan mani ke dlm rahim dgn menggunakan radas tertentu.
mania
(Psi) sebarang bentuk gangguan mental yg dicirikan dgn kelakuan ganas yg tidak terkawal.
manifestasi (maniféstasi)
perbuatan (ucapan dll) yg memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu;
memanifestasikan
melahirkan, memperlihatkan, menunjukkan, menjadikan nyata: hasrat ini dimanifestasikan oleh seorang penulis yg tidak dikenali pd tahun 1814; watak yg secara lebih giat ~ rasa kekecewaan; dlm solatnya dia sentiasa ~ dan selalu pula membaharui ikrarnya kpd al-Khaliq;
termanifestasi
terpancar: hal ini ~ dlm amalan umat Islam tentang konsep sekolah agama.
manifesto (manifésto)
pengisytiharan kpd orang ramai tentang dasar (tujuan, dll) sesuatu parti politik sebelum pilihan raya dll.
manifesto (manifésto)
pengisytiharan kpd orang ramai tentang dasar (tujuan, dll) sesuatu parti politik sebelum pilihan raya dll.
manik I
1. butir-butir kecil drpd kaca atau karang dll yg berlubang (dan boleh dicucuk utk dijadikan kalung, perhiasan, dll); 2. butir-butir kecil yg berwarna-warni, digunakan sbg hiasan pd biskut, kek, dll: setelah sejuk sapukan coklat cair dan taburkan ~ di atas kek;
bagai ~ putus pengarang (tali) prb perihal air mata yg bercucuran;
bermanik-manik
1. memakai kalung dll drpd manik; 2. berbutir-butir spt manik (peluh dll): di daun-daun masih kelihatan air ~ .
manik II
sj tumbuhan (pokok kecil), Aglaia spp.;
manik-manik; ~ hutan
sj tumbuhan (pokok renek), jangka, kayu tanduk, telinga rusa, Lasianthus maingayi.
manikam
1. batu permata, intan; ratna mutu ~ bermacam-macam jenis intan permata; 2. † mani;
~ sudah menjadi sekam prb tidak berguna (berharga) lagi;
adapun ~ itu jika dijatuhkan ke dlm limbahan sekalipun, nescaya tiada akan hilang cahayanya prb orang yg berasal baik-baik itu walau miskin sekalipun tetapi budi bahasa dan sopan santun tetap ada;
mengembalikan ~ ke dlm cembulnya prb memikirkan kembali apa-apa yg telah diucapkan.
manila I = bunga (kembang) ~
sj tumbuhan (pokok), kembang mentega, kembang susu, Tabernaemontana divaricata.
manila II; itik ~
sj itik, serati, Anas moschata.
manipol
Id kep manifesto politik.
manipulasi
1. perihal atau perbuatan menggunakan sesuatu (alat dll) atau mengerjakan sesuatu (dgn tangan dll) dgn cekap: spt selalu Kurosawa menyegarkan filemnya dgn ~ visual dan bunyi yg menarik; setiap ~ bahasa dlm karya sastera hanya wajar dilakukan oleh orang yg telah lebih dulu menguasai bahasa; 2. segala tindakan dan selok-belok utk memperdayakan orang atau mempengaruhi perlakuan (pendirian dll) orang lain tanpa disedari orang itu; 3. sesuatu perbuatan curang atau kurang baik yg dilakukan utk faedah sendiri: ~ harga mempengaruhi keberuntungan pengusaha industri kecil;
memanipulasikan
1. mengerjakan atau membuat sesuatu (dgn menggunakan tangan) dgn cekap, mengendalikan atau menggunakan sesuatu dgn cekap atau bijaksana: yg begitu dighairahkan ialah meniup dan ~ kaca semasa lembik; masyarakat umum mengenali al-Jabar sbg ilmu yg membicarakan cara ~ simbol dgn hukum dan petua tertentu; 2. mengendalikan (menggunakan) sesuatu atau melakukan sesuatu secara bijaksana sehingga dapat mencapai sesuatu tujuan: ahli-ahli politik mesti kembali menghormati agama dan mengelakkan nafsu kuasa politik dgn ~ agama; 3. melakukan sesuatu yg curang, menggunakan sesuatu utk berbuat curang atau tidak baik.
|