Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.283
Hari ini : 20.713
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 554 Record
‹ First  < 7 8 9 10 11 >  Last ›
nazar

Ar janji utk berbuat sesuatu apabila tercapai hajat, kaul, niat; membayar (melepaskan, menunaikan) ~ membuat atau menunaikan apa yg telah dijanjikan;

bernazar

berjanji akan membuat sesuatu (apabila tercapai hajat), berkaul, berniat: ia ~ , jika ia lulus dlm peperiksaannya nanti ia akan berpuasa tiga hari;

menazarkan

menjanjikan utk berbuat sesuatu (jika hajat tercapai), mengaulkan, meniatkan.

Nazi

ahli Parti Pekerja Sosialis Kebangsaan Jerman yg diasaskan pd tahun 1919 dan mendapat kuasa politik negeri pd tahun 1933 di bawah pimpinan Adolf Hitler.

nazim

Ar penggubah sajak (syair dll), penyair, pengarang.

nazir

Ar pelawat, pengawas, pemeriksa; ~ sekolah pemeriksa sekolah.

ndak I

bp tidak.

ndeng (ndéng)

Kl budak yg mengikuti sami Siam.

nebeng (nébéng)

I Kl ketua kampung, tuk empat.

nebeng (nébéng) II

turut makan (minum dll) tetapi tidak membayar.

nebula (nébula)

kepulan gas dan zarah yg kelihatan spt tompokan cahaya yg kabur di langit pd waktu malam.

necis

IB bp bersih dan rapi.

nefrologi (néfrologi)

kajian tentang ginjal dan penyakit yg berkaitan dengannya.

nefron

(Bio) tuib halus dlm ginjal yg merembeskan air kencing.

nefrosis (néfrosis)

(Ubat) sj penyakit ginjal.

Neg

kep negeri atau negara.

negara I

1. suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan; 2. kawasan yg di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri: ~ China; 3. yg berkaitan dgn negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan);

ahli ~ pemerintah negara, negarawan;

bank ~ bank kepunyaan negara;

tata ~ aturan dan susunan negara;

~ bahagian negara yg menjadi anggota sesebuah negara persekutuan;

~ bangsa negara berdaulat yg didiami oleh satu bangsa;

~ besar negara yg kuat dan berpengaruh;

~ hukum negara yg menjalankan kekuasaannya menurut hukum;

~ jiran = ~ tetangga negara yg berjiran (mempunyai sempadan yg sama);

~ kesatuan negara yg dikuasai langsung oleh pemerintahan pusat (bukan persekutuan);

~ kota negara berautonomi yg terdiri drpd kota dan wilayah di sekelilingnya;

~ membangun negara yg sedang giat meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dll;

~ mundur negara(-negara) yg masih jauh ketinggalan terutamanya dlm kemajuan ekonomi;

~ pertanian negara yg sebahagian besar drpd penduduknya petani atau yg ekonominya berdasarkan pertanian;

~ Selatan nama lain bagi negara membangun;

~ Utara nama lain bagi negara maju;

bernegara

mempunyai negara;

kenegaraan

perihal negara: hidup kemasyarakatan dan hidup ~ .

negara II

puncak bukit yg agak rata, penara bukit: maka diikut baginda ke atas bukit, bertemu di ~ bukit itu.

negarawan

1. orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara, orang yg memegang atau pernah memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara, ahli negara: Churchill ialah seorang ~ Inggeris yg ulung; 2. pemimpin politik yg sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (spt kebijaksanaannya, kejujurannya, dll) yg unggul;

kenegarawan

sifat atau kebolehan sbg negarawan.

negatif (négatif)

1. pernyataan tidak atau bukan, tidak setuju, ingkar: saya menjawab ~, walaupun hati kecil saya mahu meletuskan simpati; golongan yg putus asa itu mempunyai sikap yg ~ terhadap hidupnya; 2. = nombor ~ (Mat) nombor yg lebih kecil drpd sifar; 3. kurang drpd sifar: kayu bergergaji diramalkan akan menunjukkan kadar pertumbuhan yg ~; 4. imej foto pd filem yg belum berupa gambar;

kenegatifan

perihal (keadaan) negatif.

negativisme (négativisme)

sikap yg cenderung utk menafikan (menentang, mengingkari) sesuatu,

Neger (Négér)

Id orang kulit hitam (di Afrika), Negro.

negeri

1. daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll): membuka ~; ia berasal dr ~ China; anak ~ penduduk asli sesuatu tempat, bumiputera; 2. daerah yg di bawah perintah seorang sultan atau gabenor: saya berasal dr ~ Pahang; dewan ~ majlis perundangan negeri; tanah ~ tanah milik negeri; 3. kawasan bandar, bandar; ibu ~ bandar yg dijadikan sbg kepala negeri, ibu kota; 4. kerajaan, pemerintah; S.M.A. N~ Id Sekolah Menengah Atas Kerajaan; 5. bp, Id tanah asing (terutama negara-negara Barat); 6. Mn sekumpulan kampung yg di bawah seorang ketua, daerah; ~ akhirat alam sesudah kehidupan di dunia ini;

~ angkat negeri yg dianggap sbg negeri sendiri;

~ as Id = ~ pasak (Itali, Jepun dan Jerman dlm perang dunia kedua);

~ asing negeri bukan negeri sendiri;

~ di bawah bayu nama lain bagi negeri Sabah; N~-N

~ Selat negeri-negeri (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) yg diperintah langsung oleh orang Inggeris pd zaman penjajahan;

~ yg baka (kekal) akhirat;

~ yg fana dunia;

~ gedang, rumah gedang, berapa pun panjang perian tak akan tersanduk prb orang kaya yg murah hati biarpun banyak orang yg meminta pertolongan kepadanya tidaklah ia akan gusar atau susah;

alpa ~ alah, sia-sia hutang tumbuh prb jika alpa atau sia-sia kerugian dan bencana juga yg menimpa;

ibarat ~ berubah resam prb hal manusia itu berubah-ubah fikirannya;

ke ~ cacing prb mati;

spt ~ dialahkan geroda prb negeri atau kampung yg menjadi sunyi kerana penyakit atau malapetaka yg lain;

bernegeri

1. mempunyai negeri; 2. mempunyai tempat tinggal, berkediaman: sedang baginda ~ di Pasir Raja dewasa itulah datang kpd hamba Seri Nara Wangsa;

kenegerian

perihal negeri, yg menunjukkan sifat-sifat atau ciri-ciri negeri;

faham ~ faham kedaerahan.

Negro (Négro)

penduduk asli berkulit hitam di Afrika dan keturunan mereka di tempat-tempat lain.

‹ First  < 7 8 9 10 11 >  Last ›