Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.242
Hari ini : 19.497
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 554 Record
‹ First  < 4 5 6 7 8 >  Last ›
nano

Pr tidak tentu arah (fikiran).

nanosaat

tempoh masa 10saat(biasanya digunakan utk menyatakan kelajuan pemproses sesebuah komputer dll).

nantaboga

sl sj naga.

nanti I

1. waktu yg akan datang, masa kemudian, kelak: bila hari raya ~, pulanglah ke kampung; dia akan sampai pd pukul 1.30 ~ ; 2. akan, bakal, tentu: kalau engkau adukan perkara itu kpd polis, ~ heboh sedunia; 3. jika tidak begitu, seandainya tidak: baik engkau dengar nasihatku, ~ engkau menyesal.

nanti II

tunggu; ~ sebentar tunggu sebentar;

menanti

1. menunggu (ketibaan sesuatu): ia sedang ~ di sana; 2. tersedia utk dihadiahkan (diberikan dsb): hadiah wang tunai RM100,000 ~ kampung yg dipilih sbg yg tercantik dan terbersih;

menanti-nanti

sentiasa (lama) menanti, menunggu-nunggu: dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari, tiadalah juga Pak Lebai datang;

menantikan

menunggu ketibaan sesuatu (orang, waktu, dll), menunggu akan: maka Radin Kelang pun berdiri menghunus keris ~ orang mengamuk itu; ia ~ hari malam, sangat lama rasanya;

menanti-nantikan

menunggu-nunggu ketibaan sesuatu, menunggu-nunggu akan: orang yg telah lama hilang dilarikan si pengayau dinanti-nantikan;

ternanti-nanti, nanti-nantian

menunggu-nunggu dgn penuh harapan, selalu berharap: ibu tirinya memang ~ hendak mendengar buah fikirannya; ibu telah ~ agaknya; ~ bagai berlakikan raja prb a) perihal orang yg berhajat kpd seseorang yg tidak sangat berkehendak kepadanya; b) menantikan pertolongan orang yg banyak pekerjaannya;

penantian

1. perihal menanti: ~ itu membingungkan dan mencemaskan; Encik Ramli beku dlm ~; pertunangan selama enam bulan bukanlah suatu ~ yg singkat bagi orang yg sedang mabuk cinta; 2. tempat menanti (menunggu);

penanti

(orang) yg menanti, penunggu, penyambut tetamu.

nantiasa sentiasa.

nanyan

Pl gandar cangkul, taran cangkul.

napal

sj tanah liat (yg boleh dimakan).

napan

sj tumbuhan (pokok), serentang, terentang, Campnosperma auriculata.

napkin

lampin kain atau lampin pakai buang.

napuh

sj pelanduk besar, Tragulus napu.

naqli

Ar nas yang diperoleh drpd al-Quran atau hadis (bukan berdasarkan rasional fikiran).

naqliah

(yg) berasaskan nas: bukan sedikit yg mencemuhkan pendekatan rasional yg adil terhadap agama, memagarkan antara pendekatan akliah dan ~.

nara I

1. laki-laki, perwira; 2. gelaran: Seri N~ Diraja.

nara II; ~ setu; narwastu.
narapati

sl raja.

narasetu, narawastu, narestu narwastu.
naratif

1. cerita atau kisah ttg peristiwa, pengalaman, dll: bolehlah dikatakan bahawa sesuatu ~ spt cerpen, cereka dan sebagainya adalah merupakan hasil drpd prestasi linguistik; 2. yg menceritakan (mengisahkan): gaya ~nya juga mirip karangan biasa; puisi ~ puisi (sajak) yg mengisahkan sesuatu.


narator

orang yg mengisahkan sesuatu, pencerita, pengisah.

narkotik

dadah yg melemahkan deria, melalikan, melegakan rasa sakit, ketagihan, dsb, najis dadah.

narung = ~ jantan (paya)

sj tumbuhan (pokok renek), menarung, Trema orientalis.

narwastu

1. sj tumbuhan (rumpai), akar wangi, serai wangi, Vetiveria zizanioides; 2. sj bau-bauan yg harum (diperbuat drpd akar wangi): maka diciumnya bau tubuhnya spt bau ~.

‹ First  < 4 5 6 7 8 >  Last ›