Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.238
Hari ini : 18.154
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 554 Record
‹ First  < 3 4 5 6 7 >  Last ›
nana

(Tamil) abang.

nanah

cecair pekat berwarna putih kekuningan yg keluar dr bisul, luka yg terkena infeksi, dsb;

bernanah

mengandungi nanah, mengeluarkan nanah: luka yg ~;

menanah

menjadi nanah; lain bengkak lain ~ prb lain orang yg bersalah lain pula orang yg dihukum.

nanai

† kera.

nanang

Mn berfikir dalam-dalam, tafakur, termenung.

nanap

† terbuka lebar-lebar (mata), terbeliak.

nanar I

1. berasa agak pening (kerana kena pukul, tumbuk, dll), pening lalat: budak itu ~ setelah kena tempeleng; 2. menjadi bingung (kerana kesusahan dll), tercengang-cengang, terpinga-pinga, tidak tentu haluan; berjalan cara ~ berjalan-jalan kebingungan; 3. sangat marah, meradang.

nanar II

Tr nakal (kelakuan).

nanas

sj tumbuhan (buahnya boleh dimakan), Ananas sativus; ~ belanda = ~ kista = ~ seberang = ~ tali sj nanas yg serat daunnya boleh dibuat tali dll, Agave cantala; ~ hijau sj nanas yg boleh dibuat ubat, Ananas comosus.

nanda

kep anakanda.

nandung I

sj ikan laut, a) Dorosoma chacunda; b) Dorosoma nasus.

nandung II; tupai ~

sj tupai yg besar.

nanggal, nanggar

Kl tenggala.

nanggung

Kl sampai (begitu), hingga (begitu).

nangis

bp menangis; tangis I.

nangka I

sj tumbuhan (pokok) yg buahnya berulas-ulas dan boleh dimakan, a) Artocarpus heterophyllus; b) Artocarpus integer;

~ belanda buah nona; ~ pipit sj tumbuhan (pokok), Artocarpus scortechinii; bunga ~ pipit sj tumbuhan (pokok), mempoyan, Rhodamnia trinervia;

orang makan ~, awak kena getah prb orang lain yg berbuat salah, kita yg mendapat kesusahan (menanggung akibatnya); siapa makan ~ maka kena getahnya prb siapa yg berbuat salah dialah yg menanggung hukuman.

nangka II; burung ~

sj burung, burung kepudang, Oriolus maculatus.

nangko Mn

yg ini: kami ~ menjunjung titah.

nangoi

sj babi yg banyak anak, Sus barbatus; menggeriak bagai anak ~ prb orang yg beranak banyak tetapi malas mencari nafkah.

naning

sj tebuan (yg berwarna kuning), Apis dorsata.

nanjak

Jk mendaki; tanjak I.

‹ First  < 3 4 5 6 7 >  Last ›