Ditemukan : 554 Record
nas
Ar ayat al-Quran atau hadis yg dipakai sbg pegangan dlm hukum syarak, kutipan (petikan) drpd kitab suci sbg alasan dlm sesuatu perkara;
dinaskan
ditentukan dgn nas (petikan) dlm al-Quran atau hadis.
nasab
Ar pertalian keluarga, keturunan (terutama drpd sebelah bapa); ~ bapa pertalian keluarga di sebelah bapa; ~ ibu pertalian keluarga di sebelah ibu;
penasaban
hal yg berkaitan dgn nasab: ini berkaitan dgn ~, pewalian, pewarisan, dan pergaulan dlm keluarga; nisab I.
nasabah
Ar perbandingan, perhubungan, pertalian.
NASAKOM
Id kep Nasionalis, Agama dan Komunis (falsafah kenegaraan berdasarkan kerjasama golongan-golongan ini).
nasar
Ar sj burung pemangsa dan pemakan bangkai, burung reng.
nasi I
1. beras yg telah ditanak atau dikukus: telah lazim baginya setiap pagi memakan ~ ; mencari ~ mencari rezeki; 2. isi jerawat yg berwarna putih;
~ adap-adap = ~ adap-adapan = ~ damai nasi (biasanya nasi kunyit berserta lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding;
~ angkatan nasi utk menjamu orang besar-besar;
~ berdetus nasi setengah masak;
~ beriani nasi yg dimasak bersama daging atau ayam dan rempah;
~ besar nasi utk sesuatu upacara;
~ bungkus nasi yg dicampur dgn lauk-pauknya dan dijual dlm bungkus;
~ campur nasi yg lauknya dibubuh sekali dlm pinggan yg sama;
~ dagang nasi yg ditanak drpd beras lembut;
~ damai-damai a) nasi yg dimakan oleh pengantin laki-laki dan perempuan sbg tanda hidup mesra sesudah bersatu; b) nasi adap-adap;
~ datang = ~ lepat = ~ ketupat nasi yg dimasak dlm anyaman daun kelapa;
~ goreng nasi yg digoreng bersama perencahnya (spt udang, daging, sayur-sayuran, dsb);
~ hangit nasi yg hangit (kerana terlalu besar apinya);
~ himpit = ~ kapit nasi yg ditanak dgn air yg berlebihan dan kemudian dihimpit (dimakan dgn kuah sate dll);
~ kabuli nasi yg bercampur lauk-pauk dan rempah-rempah;
~ kerabu = ~ ulam nasi yg digaulkan dgn daun-daunan yg dihiris halus-halus;
~ kukus = ~ dandang nasi yg dikukus dlm dandang;
~ kunyit = ~ kuning pulut yg dikuningkan dgn kunyit;
~ lecek nasi yg dilecek-lecek (utk makanan bayi);
~ lemak nasi yg ditanak dgn santan;
~ lembik nasi yg ditanak dgn berlebihan airnya;
~ lengat = ~ tim Id nasi yg dikukus lembik;
~ mentah nasi yg tidak cukup masaknya;
~ minyak nasi yg dimasak dlm lemak atau minyak;
~ ramas Id nasi yg lengkap dgn lauk-pauknya;
~ ransum = ~ kawah nasi yg dimasak dlm kawah utk orang ramai;
~ rawan nasi yg bercampur dgn sayur dan lauk-pauknya;
~ sorok Kd nasi yg dimakan dahulu sebelum memakan nasi minyak (pd kenduri);
~ suap-suap nasi kunyit yg disuapkan oleh pengantin laki-laki kpd pengantin perempuan dan sebaliknya (ketika bersanding);
~ tambah a) nasi utk tambahan; b) ki tambahan kpd pendapatan yg tetap;
~ tumpang Kl nasi yg bercampur dgn lauk-pauknya dan dibungkus;
~ wajar nasi biasa sahaja (tidak dgn santan dll);
~ habis, budi bersama prb sahabat yg ketahuan buruk lakunya;
~ sama ditanak, kerak dimakan seorang prb perihal orang yg bersekutu tetapi keuntungan diambil seorang diri;
~ sudah menjadi bubur prb perbuatan yg sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi);
~ tak dingin pinggan tak retak prb orang yg cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja tetapi jarang yg rosak; apa boleh buat,
~ sedap menjadi tawar prb seseorang itu apabila rosak hatinya akan berubahlah perangainya;
biar ~ terbuang asal jangan periuk pecah prb biar anak mati asal ibunya selamat (ketika bersalin);
buat ~ tambah prb penambah penghasilan yg telah ada;
membuangkan ~nya yg tersaji di lutut prb seseorang yg meninggalkan kerja yg senang lalu mencari pekerjaan yg lebih susah;
menantikan ~ (disajikan) di mulut prb perihal orang yg pemalas menantikan pemberian orang atau takdir Tuhan sahaja;
bernasi
ada (dimasak) nasi: hari ini tidak ~;
~ di balik kerak prb belum habis semuanya tentang sesuatu perkara (masih ada lagi hal yg belum diperiksa);
tidak ~ di balik kerak prb orang yg sombong.
nasi II; jamur ~
sj cendawan yg boleh dimakan, Hydnum fragile.
nasi III;
~ dingin sj tumbuhan (pokok), buah sakur, Xerospermum spp.;
~ rendam sj tumbuhan (pokok kecil), kayu-kayu hantu, mata gajah, Meliosma nitida; ~ sejuk sj tumbuhan (pokok renek), hempedal itik, Salacia flavescens;
akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), membulu, Tinomiscium petiolare;
nasi-nasi
1. sj tumbuhan (pokok), langsit, Prismatomeris malayana; 2. = nenasi sj tumbuhan (pokok), Symplocos fasciculata; ~ bukit sj tumbuhan (pokok renek), Mycetia malayana; pokok ~ sj tumbuhan (pokok kecil), akar belalang puak, Pittosporum ferrugineum.
nasib
sesuatu yg menimpa diri seseorang (dgn kehendak Allah), takdir, untung: ia teringatkan ~nya sendiri yg hampir sama dgn ~ Mak Konah ini;
membawa ~ pergi merantau (mencari penghidupan) ke tempat lain;
mengadu ~ = mencuba ~ melakukan sesuatu untung-untungan, bertaruh;
~ baik beruntung, mujur; ~ buruk malang (celaka, rugi);
senasib
serupa nasibnya, sama penderitaannya: kalau begitu ~lah kita ini;
nasib-nasiban
dgn mengadu nasib sahaja, untung-untungan;
bernasib
beruntung;
~ baik mendapat keuntungan (nasib yg baik).
nasihat
ajaran, petunjuk yg baik, peringatan: tidak mahu mendengar ~ orang tua-tua;
menasihati
1. memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kpd: ia sentiasa ~ anak-anaknya supaya tidak meninggalkan sembahyang; 2. mengesyorkan kpd, menganjurkan kpd, mengusulkan kpd: doktor ~nya supaya berhenti menghisap rokok dan meminum minuman keras;
menasihatkan
memberikan sesuatu sbg nasihat atau sbg tunjuk ajar;
penasihat
orang yg memberi nasihat (tunjuk ajar dll); ~ ekonomi penasihat tentang pelbagai hal yg berkaitan dgn soal ekonomi; ~ kerjaya penasihat tentang kerjaya.
nasional
bkn bangsa, kebangsaan: kita harus mengikuti gerakan atau cita-cita ~ kita itu sebaik-baiknya; pesta itu juga dimeriahkan dgn tarian dan nyanyian ~ oleh bermacam-macam bangsa;
kenasionalan
perihal sesuatu bangsa, kebangsaan.
nasionalis
orang yg mencintai nusa dan bangsanya, pencinta bangsa, patriot: Tan memang seorang ~, dia mengikuti perkembangan politik di negeri ini.
nasionalisasi
perihal menjadikan sesuatu (syarikat, industri, dsb) milik negara;
menasionalisasikan
menjadikan milik negara atau bangsa, memiliknegarakan.
nasionalisir; menasionalisir IB menasionalisasikan.
nasionalisme
1. perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam: sekolah rakyat dlm cerita itu akan menjadi simbol ~; 2. pergerakan utk mencapai kebebasan ekonomi dan politik drpd kuasa asing, semangat kebangsaan: kaum intelek yg berpendidikan Barat menjadi pelopor ~, politik dan kebudayaan.
nasionalistik
berkaitan dgn (berasaskan dsb) nasionalisme, (yg) menunjukkan nasionalisme, (yg) mengutamakan bangsa dan negara: ia menyenangi Shahnon Ahmad yg sekian lama telah memperlihatkan sikap ~nya; ertinya Biro ini mahukan dasar belia itu mirip ke arah kepentingan yg lebih ~.
naskhah
1. karangan dll yg bertulis tangan, manuskrip; 2. Id karangan asal (yg akan dicetak atau diterbitkan), manuskrip, skrip; 3. penjodoh bilangan utk buku (majalah, surat khabar, dll), buah: majalah itu berharga RM1.50 se~; 4. rang (undang-undang, perlembagaan, dll), rancangan.
Nasrani
1. Kristian; masuk ~ memeluk agama Kristian; 2. keturunan Portugis dgn perempuan Asia;
kenasranian
bkn Nasrani, bersifat Nasrani; Serani I.
nasut
Ar kemanusiaan; alam ~ alam manusia, seluruh manusia.
nasyid
Ar lagu (biasanya dinyanyikan secara kumpulan) yg mengandungi seni kata yg berunsurkan Islam: terdengarlah suara suci kudus melagukan ~ dan qasidah;
bernasyid
menyampaikan nasyid: kumpulan nasyid ini ~ di majlis-majlis keramaian.
nat I
gelang logam yg bahagian dalamnya berbenang, yg cocok dgn benang skru.
nat II
Kd, Pl pasar harian, pekan sari.
nata = sang ~
Natal = hari ~
hari raya orang Kristian kerana memperingati lahirnya Jesus Christ (jatuh pd 25 Disember setiap tahun), hari Krismas.
natang
sl tingkap (jendela) kecil.
|