Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 3.699
Hari ini : 37.261
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 610 Record
‹ First  < 4 5 6 7 8 >  Last ›
halis
Br garisan buih yg terjadi pd tempat pertemuan dua arus
halkah, halkat
Ar gelang (kaki), gelang-gelang (pintu dll); khalkah
halkum

1. kerongkong; 2. hujung kerongkong yg nampak tersembul di leher: biji ~ buku leher, lekum

haloba

sentiasa ingin mendapat (memiliki) banyak-banyak, tamak;

tamak ~ tersangat tamak;

kehalobaan ketamakan: segala penderitaan, ~ dan kecurangan yg saya alami tidak terkikis utk beberapa lama; loba

halogen (halogén) (Kim)
salah satu drpd lima unsur kimia bukan logam, iaitu fluorin, klorin, bromin, iodin, dan astatin
halte
IB, bp tempat perhentian bas (kereta api, dll). 
halter
IB sebatang besi yg berbola pd kedua-dua hujungnya (alat utk bersenam)
haluan

1. bahagian depan perahu (kapal), lwn buritan: ia berdiri di ~ perahu; angin ~ angin yg datang dr depan (perahu dll); 2. yg terdahulu atau terdepan: ~ kata kata pendahuluan; 3. arah, hala, jurusan: Imereka lari lintang-pukang tiada tentu ~nya: mengambil ~ mengarah ke; mengubah ~ mengubah arah; 4. cita-cita, maksud, tujuan: engkau datang ke negeriku ini apatah ada ~mu; berpaling ~ mengubah sikap dll; menukar ~ a) mengubah arah; b) menukar cita-cita (maksud, tujuan); 5. bahagian sebelah hadapan tubuh manusia, bahagian tubuh binatang dekat dgn kepalanya;

~ hidup cita-cita hidup; ~ politik arah tujuan politik; ~ dempak = ~ pepat = ~ tegak haluan yg pepat; ~ sembah NS pegawai yg menjadi perantaraan bagi orang yg hendak menghadap raja (undang);

sehaluan searah, secita-cita, setujuan: mereka nampaknya ~ dan sefahaman;

berhaluan mempunyai haluan: parti politik yg ~ kanan;

menghaluankan mengarahkan, mencita-citakan, menujukan

halus

1. tidak besar (kasar), kecil-kecil: tepung yg ~; daging itu dicencang ~; gula ~; garam ~; 2. sangat kecil ukuran kelilingnya (bkn jarum, benang, dll), lwn kasar: dawai yg ~; 3. tidak kesat (kasap), lembut, licin: kulit mukanya ~; papan itu diketam sehingga ~; 4. berbudi bahasa yg baik, beradab, bersopan-santun: budi pekerti yg ~; dgn lemah-lembut lagi ~ ia mengeluarkan kata-katanya; 5. kelihatan elok dan rapi (hasil drpd kerja yg teliti), sempurna (hasilnya): raga itu ~ buatannya; 6. dgn teliti, dgn cermat atau hati-hati, secara terperinci: perkara ini telah aku fikirkan masak-masak, aku kaji ~-~; 7. tidak langsung atau terang-terangan tetapi dalam atau tajam maksudnya (bkn percakapan, sindiran, dll); sindiran yg ~ sindiran yg tidak terang-terang (tersembunyi atau secara berkias); perintah ~ perintah dlm bentuk nasihat (tidak terang-terang); 8. tidak garau tetapi tinggi (bkn suara dll): suaranya ~; 9. tidak dapat dilihat (diraba) spt roh; orang ~ orang bunian; suara ~ a) suara yg tinggi; b) ilham;

halus-halus dgn meneliti segala butir yg berkaitan, dgn teliti, secara terperinci: undang-undang yg telah didebat serta difikir ~ oleh ahli-ahli Parlimen yg dipilih oleh rakyat;

berhalus (bercakap dsb dgn) bersopan-santun, berlembut: kalau bercakap biarlah ~ sedikit;

menghalusi 1. memperlakukan dll dgn halus (tidak dgn keras dll): budak nakal itu tidak boleh dihalusi sepanjang masa: 2. menipu dgn cara yg sangat licin; ~ musuh menipu musuh; 3. mengkaji (menyiasat, menyelidiki, memeriksa) dalam-dalam atau secara terperinci: perkara itu tidak perlu dihalusi lagi; sesudah kita rakamkan rumus-rumus yg di atas, kita perlu ~ beberapa perkara lagi;

menghaluskan menjadikan halus;

memperhalus 1. menjadikan lebih halus: ia ~ alis matanya; 2. menjadikan lebih (makin) halus, menjadikan lebih sempurna: cara penyampaiannya perlulah diperhalusi, disisip dan dijalin melalui bahasa atau dialog yg menarik.

kehalusan keadaan yg halus (perbuatan, sifat dll): ~ bahasa;

penghalusan perihal (perbuatan dsb) menghalusi, menghaluskan, atau memperhalus

halusinasi
pengalaman melihat sesuatu yg sebenarnya tidak wujud akibat gangguan kesihatan (fikiran) atau pengambilan dadah: penggunaan dadah boleh menyebabkan penggunanya mengalami ~. 
halwa

1. buah-buahan yg direndam dlm air gula, manisan buah-buahan: ~ belimbing; ~ betik; ~ pala; 2. penganan yg manis; ~ maskat sj penganan (dibuat drpd tepung gandum, minyak sapi, gula, dll); 3. ki sesuatu yg menyedapkan (mata, telinga, dll);

~ mata sesuatu yg menyedapkan pandangan; ~ nikmat berbagai-bagai penganan (benda yg lazat-lazat); ~ rambut sj gula-gula yg menyerupai kapas (biasanya berwarna merah jambu), alusmitai; ~ telinga sesuatu yg menyedapkan pendengaran (spt lagu, qasidah, dll).  

ham
daging paha babi yg dimasinkan, dikeringkan, atau disalai
hama

1. kutu pd ayam; 2. penyakit tumbuh-tumbuhan: ~ padi; 3. = ~ penyakit kuman penyakit; kena ~ kejangkitan kuman penyakit; 4. bp sesuatu yg sangat kecil atau sedikit: se~ pun sayangku tak berubah;

berhama ada hama pd tubuhnya (bkn ayam)

hamam
Ar tempat mandi (dgn air panas)
hamba I

1. abdi, budak belian, sahaya; 2. saya (utk merendahkan diri): ~ dengar tadi encik mengatakan encik berniaga di Singapura; tuan ~ (sbg menghormati orang yg dilawan bercakap) tuan; 3. ya, tuan (disebut ketika menjawab pertanyaan dsb); 4. (Komp) peranti yg dikuasai atau dikawal oleh peranti lain;

~ Allah manusia; ~ bas (Komp) peranti yang ditetapkan utk bertugas menerima atau menghantar data dari atau ke peranti yg bertindak sbg pengawal bas dlm komputer; ~ sahaya berbagai-bagai hamba, segala hamba; ~ hukum Id polis; ~ raja a) abdi raja; b) bentara raja; ~ tebusan budak belian; ~ tuan saya (utk merendahkan diri);

berhamba 1. memiliki (mempunyai) hamba: ia ~ dua orang; 2. menjadi hamba (abdi): mereka datang menyerahkan diri kpd baginda dan ~ kepadanya; 3. menyebut dirinya hamba: ia tidak lagi ~ tuan ketika bercakap; 4. bersama-sama dgn hamba: dibawa lari periuk nasi itu lima ~;

diperhamba = yg ~ hamba tuan(ku), patik, saya: yg titah itu atas kepala patik yg ~;

kehambaan keadaan menjadi hamba: syarat atau asas perkenalan sesama manusia termasuklah patuh, taat, dan mengaku ~ kpd Allah;

menghamba, menghambai mengabdi (kpd): kasih itu jangan melampau-lampau sehingga ~ diri sendiri;

menghambakan 1. menjadikan hamba: ia sedar bagaimana pengaruh wang boleh ~ orang; penghulu itu ~ orang kampung; 2. memperhambakan, menjadikan diri sendiri atau seseorang lain hamba kpd, mengabdikan: ia telah ~ dirinya kerana kasihnya kpd laki-laki itu;

memperhamba memperlakukan sbg hamba

memperhambai mengabdi kpd;

perhambaan perihal menjadi hamba (berhamba), perbudakan: Islam sama sekali tidak menggalakkan ~;

penghambaan perihal atau perbuatan menghamba

hamba II (burung)
~ kera a) sj burung, burung anting-anting, Dissemurus paradiseus malayensis; b) sj burung, burung sawai, Surniculus m. malayanus
hambar

1. tidak ada rasa, tidak berasa masin sedikit pun, tawar; 2. dingin, acuh tak acuh, tidak bersemangat: suaranya ~; terhadap suaminya ia mengambil sikap yg ~ sahaja;

menghambar menjadi tawar (dingin, tidak bersemangat): pergaulan mereka suami isteri mungkin ~ jika tidak ada anak-anak yg mengikat perhubungan mereka; 

menghambarkan menjadikan hambar: adakah jurujual menghilangkan minat pelanggan dan ~ keyakinan mereka ?;

kehambaran rasa hambar, rasa tawar: pd mulanya memang ada sedikit prasangka tentang ayam luar negeri mungkin kerana ~nya. 

hambat I; berhambat-hambat, berhambat-hambatan

hambatan  berkejar-kejaran: lari ~;

menghambat, memperhambat 1. memburu, mengejar (kerana hendak menangkap atau menyerang dll): ia ~ binatang itu sekuat-kuatnya; Peringgi pun pecahlah lalu lari ke air diperhambat oleh orang Melaka; 2. memikat (hati), menawan (hati): anak yg kecil itu ~ hati ibunya. 

hambat II; menghambat

menahan, menghalang, menyekat, merintangi: pertempuran satu lawan satu telah ~ kemajuan tentera Jepun; kapal perang itu telah ~ pelayaran kami; Islam tidak akan ~ kemajuan kerana apa yg dikaitkan dgn kemajuan juga dibendung oleh hukum-hukum alam yg mengikut kehendak Allah;

terhambat terhalang, tertahan: keindahan alam tidak dapat dilihat kerana ~ oleh kabut yg tebal; hambatan 1. halangan, rintangan, sekatan: halangan dan ~ yg mempengaruhi mutu pengajian bahasa Melayu; 2. penghalang, pengempangan (kayu dll);

penghambatan perihal atau perbuatan menghambat, penghalangan, perintangan;

penghambat sesuatu yg menghambat, penghalang, perintang, penyekat

hambung; menghambungkan
 1. melambungkan, melemparkan ke atas, mengangkat ke atas; 2. = menghambung-hambung, menghambung-hambungkan mengangkat-angkat, menjunjung-junjung, memuji-muji
‹ First  < 4 5 6 7 8 >  Last ›