Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 4.836
Hari ini : 52.967
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 610 Record
‹ First  < 14 15 16 17 18 >  Last ›
helai II; sehelai

daun ~ setahun sj tumbuhan (herba), daun satu tahun, Nervilia aragoana; 

helang

sj burung liar yg biasanya menyambar ayam; ~ belalang, Microhierax fringillarus; ~ hindik, Spizaetus cirrhatus; ~ laut = ~ siput sj burung helang, Heliaeetus leucogaster; ~ malam sj burung helang, Machaerhampus alcinus; ~ merah, Haliastur indus; ~ sewah sj burung helang, Accipiter gularis;

~ terbang mengawan, agas hendak mengawan juga prb orang miskin mahu meniru kelakuan orang kaya; kalau tak ada ~ belalang menjadi ~ prb kalau orang pandai tidak ada, orang bodoh mengaku dirinya pandai; spt ~ menyongsong angin prb gagah dan berani apabila menentang musuh; cerdik ~ bingung si kikih, lamun murai terkecoh jua prb biarpun cerdik atau bodohnya orang besar-besar, orang yg rendah jua yg terpedaya (menanggung rugi); sepantun ~ dgn ayam, lambat laun disambar juga prb jika berhampiran sesuatu yg berlawanan itu akhirnya terjadi juga sesuatu yg tidak baik.

helat (hélat) → helah
hele (hélé)
Kd terlentok, terkulai
helikopter (hélikopter)
sj pesawat terbang yg mempunyai baling-baling di atasnya dan boleh turun dan naik secara menegak
heliograf (héliograf)
1. alat utk mengambil gambar matahari; 2. alat yg digunakan utk menghantar mesej dgn pancaran cahaya
helioskop (hélioskop)
teropong matahari utk mengukur darjah, teropong utk melihat matahari
helipad (hélipad)
landasan utk helikopter
helium (hélium) (Kim)
gas lengai yg sangat ringan, tidak mudah terbakar, tidak berwarna, tidak berbau, dan digunakan utk mengisi belon dan kapal udara. 
helo (hélo)
kata utk menyapa seseorang (semasa awal pertemuan atau memulai perbualan telefon)
hem I (hém)
IB; baju ~ kemeja
hem II (hém)
sj tumbuhan herba yg ditanam utk mendapatkan gentiannya (yg juga digunakan sbg bahan utk menghasilkan marijuana), Cannabis sativa
hemah (hémah)

budi pekerti: dia seorang pemuda yg cukup baik, tinggi ~nya dan bersih tutur katanya; ~ yg tinggi budi pekerti yg mulia;

berhemah = ~ tinggi mempunyai budi pekerti yg mulia: dia jujur dan ~ tinggi. 

hemar (hémar)

Ar sj kuda yg warna bulunya berjalur-jalur, zebra; kemar

hemat (hémat)

1. tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berwas-was, beringat-ingat, berjaga-jaga: pegawai penyelidik itu bekerja dgn ~; kereta itu berlanggar kerana pemandunya kurang ~; 3. pemerhatian, pengamatan: usul itu pd ~ kita bertentangan dgn semangat parti; ~ pangkal kaya, sia-sia hutang tumbuh prb kalau hendak kaya mestilah berjimat-cermat, kalau boros pasti akan berhutang;

berhemat 1. berjimat, bercermat: sebab itu dia hendak ~ menyimpan wang; 2. berhati-hati, teliti: amatlah mustahaknya pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu maka hukuman terhadapnya menjadi berat; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb perlu berikhtiar dgn sungguh-sungguh supaya tidak menyesal di kemudian hari;

menghemat, menghematkan menjimatkan, menggunakan sesuatu berdikit-dikit, memakai sesuatu dgn berhati-hati (supaya tidak rosak dll): kanak-kanak sejak dr kecil perlu dilatih ~ wang;

terhemat; tidak ~ tidak terkira;

hematan perhitungan, perkiraan;

kehematan perihal (sifat) hemat;

penghematan perihal atau perbuatan menghemat

hembalang I; berhembalang

bergolek-golek, berguling-guling;  

terhembalang tergolek-golek, terguling-guling

hembalang II
Jh; menghembalang, menghembalangkan membaling(kan) (batu dll), menghumbankan
hembus

bp hambus, nyah, pergi: ~ dr rumahku;  

berhembus bergerak (bkn angin, udara dr mulut), bertiup: angin malam ~ perlahan mengurangkan kehangatan hawa ketika itu;  

menghembus 1. meniup, mengeluarkan nafas (udara): pokok itu bergegar sedikit dihembus angin; ia ~ rambut gadis itu; 2. bp cabut, lari; 3. mengeluarkan hingus dgn memaksa udara keluar melalui hidung: sesekali dia ~ hidungnya;  

menghembuskan meniupkan, mengeluarkan (nafas, udara, dll) dgn meniup: pemuda itu ~ asap rokok ke muka kawannya; ~ nafas yg terakhir (penghabisan) meninggal dunia, mati;  

hembusan 1. aliran angin (udara yg dihembuskan), tiupan: sekali-sekali desa itu dilalui oleh ~ angin sesat; 2. alat utk menghembus api, dll;  

penghembus 1. orang yg menghembus , peniup: yg pekak pembakar meriam, yg buta ~ lesung; 2. alat utk menghembus (api dll), peniup

hembusan

1. aliran angin (udara yg dihembuskan), tiupan: sekali-sekali desa itu dilalui oleh ~ angin sesat; 2. alat utk menghembus api, dll; 

hemisfera (hémisféra) (Geog)

sebelah bahagian bumi (iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan dibahagikan oleh garisan khatulistiwa manakala hemisfera timur dan barat pula dibahagikan oleh garisan meridian)

‹ First  < 14 15 16 17 18 >  Last ›