Ditemukan : 578 Record
mahajana II
mahakarya
karya agung yang dihasilkan oleh pujangga (ahli falsafah dll) pd sesuatu zaman, karya terbaik yg gemilang atau karya yg dicipta drpd daya intelek dan daya kreativiti yg tinggi.
mahal
1. tinggi harganya, lwn murah: kain jenis itu memang ~; 2. susah hendak mendapatnya, sukar, tidak mudah, jarang ada: dlm negeri Melaka terlalulah ~ orang yg tahu menulis dan mengarang barang suatu;
~ dibeli, sukar dicari = ~ tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta prb sesuatu yg sangat sukar diperoleh;
memahalkan
1. membuat (menjadikan) mahal, menaikkan harga; 2. meletakkan harga yg terlalu tinggi (lebih drpd sepatutnya), menghargai lebih drpd sepatutnya;
kemahalan
1. kenaikan harga (barang-barang dll), masa barang-barang mahal; 2. bp terlalu mahal;
tunjangan ~ Id tambahan kpd gaji disebabkan harga barang-barang mahal;
pemahal
yg menyebabkan jadi mahal: Ramlah tidak mempedulikan keindahan rupanya kalau hanya sekadar ~ harga dirinya.
mahamenteri
sl ketua menteri (tetapi di bawah bendahara).
mahameru (mahaméru)
sl gunung tempat tinggal segala dewa.
mahang
sj tumbuhan (pokok kecil), Macaranga spp.; jenis-jenisnya: ~ api, ~ bayan, ~ bulan, ~ putih, dll.
mahaputera
Id gelaran yg diberi kpd warganegara yg sangat besar jasanya terhadap negara.
mahar
Ar = ~ kahwin mas kahwin (yg diberi kpd pengantin perempuan); membayar ~ memberi mas kahwin.
maharaja
1. raja besar; 2. sl gelaran atau sebutan bagi orang besar: Bendahara Seri M~; nikah M~ Boma prb nikah tanpa belanja;
kemaharajaan
perihal maharaja: semua negara Asia Pasifik pernah berada di bawah pengaruh besar ~ itu.
maharajalela (maharajaléla)
sl (gelaran yg diberi kpd) kepala menteri yg tugasnya memenggal kepala orang yg bersalah kpd raja;
bermaharajalela, bersimaharajalela, merajalela
1. berbuat sesuka hati (sewenang-wenang): lanun-lanun ~ di daerah itu; 2. berkecamuk, berjangkit dgn hebat (penyakit dll): penyakit taun ~ setelah peperangan itu; 3. menjadi-jadi: tindas-menindas terus berlaku, kekejaman ~;
kemaharajalelaan
perihal bermaharajalela; merajalela.
maharana
maharani
sl raja perempuan, ratu, permaisuri.
maharesi (maharési), maharishi
maharupa
sl terlalu cantik (indah).
mahasiswa
pelajar (penuntut) di universiti;
kemahasiswaan
hal yg berkaitan dgn mahasiswa: apakah yg menghalang siswi turut aktif dlm kerja ~ ini?
mahasiswi
mahasiswa perempuan.
mahasitua
bp panggilan utk mahasiswa yg sudah berumur (biasanya bagi yg mengikuti kursus sarjana muda).
mahatma
jiwa besar (gelaran yg diberi kpd mendiang Gandhi sbg pemimpin India).
mahatur = paduka ~
sl gelaran yg diberi kpd salah seorang drpd isteri raja Jawa zaman dahulu.
mahbub
Ar dikasihi (lelaki).
mahbubah, mahbubat
Ar yg dikasihi (perempuan).
mahdi
Ar pemimpin, penunjuk jalan; al ~ = imam ~ pemimpin yg akan muncul utk membersihkan dunia ini drpd dajal (ketika hampir kiamat).
maherat (mahérat)
† hilang, menghilangkan diri; —> mairat.
mahesa (mahésa)
sl kerbau (juga dipakai utk nama orang).
|