mahram Ar —> muhrim.
1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh seorang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini?
mahupun
meskipun, walaupun;
semahunya, semahu-mahu, semahu-mahunya
sekehendak (sesuka) hati, sewenang-wenang: keadaan spt itu tentu tidak akan dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja;
memahu-mahu, memahukan
1. memaksa-maksa supaya mahu; 2. menghendakkan, mahu kpd;
memahui, mengemahui
menghendaki, menuntut (supaya);
kemahuan
kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka;
berkemahuan
mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara bebas.
1. sesuatu yg dilakukan utk bersenang-senang atau bersuka-suka (dgn menggunakan alat-alat tertentu atau tidak): ~ bola; ~ gasing; ~ guli; ~ jongkang-jongket; ~ tenis; 2. = bermain berbuat sesuatu utk menyukakan atau menyenangkan hati (dgn menggunakan alat-alat tertentu atau tidak): jangan ~ di tengah hujan nanti demam; 3. bp melakukan sesuatu dgn sesuka hati (tidak bersungguh-sungguh, sewenang-wenang): dia kini telah pandai ~-~ sabar; 4. berjudi: ~ judi; ~ tikam ekor; 5. mempertunjukkan wayang (sandiwara dll); 6. Id bp bekerja (utk mencari nafkah); 7. sl kebijaksanaan (dlm mengerjakan sesuatu), kepandaian, muslihat: tiada mengapa, lihatkan juga oleh saudaraku ~ si Tuah dgn seterusnya;
~ angin selalu berubah (berputar belit) percakapannya;
~ gila berkelakuan (berbuat sesuatu) tidak senonoh atau kurang sopan;
~ kasar bp bertindak atau bercakap kasar;
~ mata a) mengerling-ngerling (menjelingkan) mata; b) memberi isyarat dgn mata; ~ kayu tiga berpura-pura berbuat baik dgn tujuan berbuat jahat;
~ kayu = ~ muda bp bersuka-sukaan (berseronok-seronok) dgn perempuan;
~ pantai sj perayaan memuja pantai;
~ perempuan bermukah dgn perempuan;
~ rebutan berebut hadiah yg digantungkan pd tiang yg dilicinkan;
~ siku (sikut) a) menyinggung dgn siku; b) menipu dll ke sana sini;
~ sunglap a) main silap mata; b) mengenakan tipu muslihat (kpd), memperdaya;
~ tangan memukul dgn tangan;
~ tempel bp meminta pertolongan kpd orang yg berkuasa;
~ undi a) main loteri; b) † main dadu;
bukan ~ sungguh, sangat;
bermain
1. melakukan sesuatu utk bersenang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~ , bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan mengganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya;
~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya;
~ tangan menggunakan ketangkasan tangan;
~ tangan panjang memegang-megang (meraba-raba) perempuan;
~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat);
~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya;
bermain-main
1. bersenang-senang atau bersuka-suka (sambil melakukan sesuatu): setiap hari kami ~; 2. tidak bersungguh-sungguh, berseloroh sahaja: perkelahian mereka itu tidak sungguh-sungguh, hanya ~ sahaja;
memainkan
1. melakukan sesuatu dgn suatu benda selaku bermain-main atau bersuka-suka: ~ lembing; 2. melagukan nyanyian dgn bunyi-bunyian: ~ lagu keroncong; 3. membunyikan alat bunyi-bunyian: budak itu telah pandai ~ piano; 4. menayangkan (wayang dll): filem ini pernah dimainkan tahun lepas; 5. melakonkan (sandiwara, drama, dll): Badan Keluarga Dewan Bahasa akan ~ drama Tamu Di Bukit Kenny esok malam; 6. memegang peranan sbg (dlm sandiwara, drama, dll): ia ~ watak ayah dlm drama itu; ~ peranan a) berlakon sbg; b) ki mengambil bahagian dlm;
mempermainkan, memain-mainkan 1.
= bermain-main dgn, menggunakan sesuatu utk bermain-main (sbg permainan): ia tunduk dan jarinya kelihatan sedang memain-mainkan tepi tikar mengkuang; datuk itu bermisai panjang, tiada lepas tangannya dr misai, dimain-mainkannya; 2. memperlakukan utk bersenang-senang (mencari untung dll): jangan ~ anak gadis orang; mereka dipermainkan sahaja oleh majikan mereka; 3. memainkan (sandiwara, wayang, dll): Dalang Surung Rana pun berhenti di bawah pohon beringin, serta ~ wayangnya; 4. memperolok-olokkan, mempersendakan, menyindir-nyindir, mengeji-ngeji: maka banyaklah tingkah lakunya yg jenaka dipermainkan oleh orang kampung akan dia; awak banyak dosa, awak selalu ~ Islam;
mainan, main-mainan
1. benda yg digunakan (oleh kanak-kanak) utk bermain: anaknya bermain dgn ~nya; 2. sesuatu yg kelihatan spt bentuk asli tetapi cuma tiruan sahaja: bersama mereka dijumpai dua keping topeng hitam dan sepucuk pistol ~; 3. sesuatu yg digunakan utk bermain-main sahaja atau yg dipermainkan: politik bukanlah satu ~ sebaliknya satu amanah, maka wajarlah dibantu dgn ilmu;
permain
sl teman bermain, orang yg menyukakan hati orang lain (dlm istana dll): kanak-kanak itu diambil akan ~ supaya ramai istana hamba; maka ada seorang budak bongkok ~ mandudari, maka budak bongkok itu dipanah Seri Rama;
permainan
1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan bermain (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukkan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadikan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~;
~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (memakai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah;
sepermainan
sama-sama bermain: kami ~ semasa kecil;
pemain
1. orang yg bermain (bola, piano, dll), pelakon (drama dll): ~ biola; 2. orang yg suka bermain judi: wang permulaan diterima lebih banyak drpd yg biasa, yg ~ boleh bermain di tikar judi.
main II; burung ~ angin
sj burung, burung laki padi, Cisticola juncidis malaya.