Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 339
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 578 Record
‹ First  < 6 7 8 9 10 >  Last ›
mairat

Ar, bp pergi, mati; merat, maherat.

mait

Ar mayat.

maja = ~ batu (ingus)

sj tumbuhan (pokok), bel, bila, Aegle marmelos.

majahil; tandil-~ ; manjahil; —> tandil.
majakani

sj buah keras digunakan sbg ubat dan utk menghitamkan gigi.

majakaya

tidak bersambung (tiang dll).

majakeling

sj buah keras yg digunakan sbg ubat.

majal

1. tidak tajam (pisau,pedang, dll), tumpul: kamu sendiri yg membuat tumpul dan ~ pedang yg tajam ini; 2. ki benak (fikiran, akal): otaknya beku dan ~ ; 3. Kd jemu, bosan.

 

majalah

terbitan berkala yg mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto, dll;

~ bergambar majalah yg sebahagian besarnya diisi dgn gambar,

~ ilmiah majalah yg mengandungi makalah yg bersifat ilmiah.

majamuju —> jemuju.
majapahit

1. sj tumbuhan (pokok), maja batu, maja gelepung, maja gedang, maja lumut, Aegle marmelos; 2. sj tumbuhan (pokok renek), akar cambai (cangi ular), akar julung bukit, akar serai, tinjau binti, Apama corymbosa.

majaz, majazi

Ar hanya sbg kiasan dll (bukan sebenarnya).

majedub

Ar sasar kerana terlalu banyak memikirkan sesuatu (suluk dll).

majer Jw mandul
—> majir.
majera —> mejera.
majikan

orang yg mengambil satu atau lebih pekerja, induk semang: pekerja perusahaan itu tidak mendapat perhatian langsung drpd ~nya;

kaum ~ pihak yg mengambil pekerja.

majir

Jk tidak dapat beranak, mandul; majer.

majistret (majistrét)

pegawai awam yg menjadi hakim di mahkamah majistret rendah, hakim rendah; ~ pekeliling hakim rendah yg bergerak dr satu tempat ke satu tempat .

majlis I

1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat peraturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu;

~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (perjumpaan dll);

~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang.

majlis II

1. cantik, elok, indah: sikap ~ tidak terkira; 2. Mn bersih, apik, rapi.

‹ First  < 6 7 8 9 10 >  Last ›