majra —> mejera.
1. bergerak ke muka, mara, melangkah ke hadapan, mengasak ke hadapan (tentera dll): guru menyuruh murid-murid yg bertutur itu supaya ~ sedikit; tentera Jepun sedang bergerak ~ ke selatan; 2. bertambah baik keadaannya (dlm pelajaran, perniagaan, dll): perusahaan Pak Ali kelihatannya ~; bagaimana hendak ~ kalau engkau malas belajar; 3. tinggi tamadunnya (peradabannya, taraf hidupnya, dll): negeri-negeri yg telah ~ spt Jepun patut membantu negeri-negeri lain di Asia yg masih mundur; 4. Id lulus (dlm peperiksaan, ujian): siapa bilang aku ~ dlm ujian itu?
~ mundur bertambah baik ataupun buruk, maju atau mundur;
memajukan
1. menyorong (menolak, menggerakkan) ke hadapan: tolong majukan sedikit tikar itu; 2. meninggikan (taraf hidup, ekonomi, dll), memperluas, memperkembangkan (perdagangan, perusahaan, ilmu pengetahuan, dll): kerajaan telah berjanji hendak ~ ekonomi rakyat di pantai Timur; segala langkah telah diambil utk ~ perusahaan kelapa sawit di negeri ini; 3. menjadikan lebih baik (sempurna dll), membaiki, memperelokkan: ahli fizik bangsa Jerman, Planck, telah ~ teori kuantum dlm tahun 1910; 4. membawa ke tengah bantahan (usul, permintaan, dll) utk dipertimbangkan dsb, mengemukakan pendapat dsb: setelah dipersetujui oleh jemaah menteri barulah rang undang-undang itu dimajukan ke Parlimen utk dibahaskan; tuntutan yg dimajukan oleh kaum buruh ditolak oleh pihak majikan; 5. Id membuat supaya lulus (dlm peperiksaan), meluluskan;
kemajuan
perihal maju (taraf hidup dll): ~ yg tercapai dlm masa sepuluh tahun ini dapat dibanggakan;
~ material kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt kemajuan ekonomi);
~ rohaniah kemajuan yg berkaitan dgn aspek kerohanian (spt etika, moral, dsb);
pemajuan
perihal atau perbuatan memajukan;
pemaju
orang (syarikat dsb) yg memajukan (membangunkan, mengusahakan, dsb) sesuatu kawasan (tanah dsb): ~ perumahan.
1. singkatan bagi emak, ibu; sudah boleh jadi ~ budak sudah cukup besar dan dewasa utk menjadi seorang ibu; 2. panggilan atau sebutan utk orang perempuan yg lebih tua (yg ada hubungan kekeluargaan atau yg kerana umurnya patut dipanggil ibu);
~ andam a) perempuan yg mengandam (memepat serta mencukur rambut di dahi pengantin perempuan); b) perempuan yg kerjanya menghias pengantin perempuan; ~ angkat = ~ pungut Id perempuan yg mengambil serta memelihara anak orang spt memelihara anaknya sendiri, ibu angkat;
~ bonda perempuan tua yg berlagak spt orang muda;
~ bongsu (cu, su, usu) adik perempuan kpd ibu atau kpd bapa yg bongsu;
~ buyung a) perempuan yg suka bercerita (terutama kpd kanak-kanak); b) sebutan kpd perempuan hamil; c) barua, muncikari, jaruman, pinang muda;
~ cik (kecil) a) mak muda, bibi; b) panggilan kpd perempuan (yg bukan berkeluarga dgn kita) yg sudah separuh umur;
~ kopek (tetek) inang pengasuh;
~ labu perempuan yg sedang mengandung ~ long emak saudara yg sulung;
~ mek Kd isteri; ~ mentua ibu kpd isteri atau suami;
~ muda (da, uda) a) adik perempuan ibu atau bapa, mak kecil; b) isteri yg muda;
~ nam singkatan dr sebutan mak andam;
~ ngah (tengah) saudara perempuan ibu atau bapa yg tengah;
~ nyah bp panggilan kpd golongan pondan;
~ saudara saudara perempuan ibu atau bapa;
~ tua (wa) a) saudara perempuan ibu atau bapa yg lebih tua; b) isteri bapa yg tua;
~ tiri ibu tiri; emak.
1. memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll) sesuatu: jemputlah ~ kuih ini; ~ candu menghisap candu; ~ pil menelan pil; ~ sirih mengunyah sirih; 2. = ~ nasi memamah serta menelan nasi: engkau sudah ~ Sim? 3. rezeki: bagaimana hendak mencari ~ kalau kesihatanku selalu terganggu; 4. menggunakan (menghabiskan, memerlukan, dll) masa, wang, dll: pekerjaan ini banyak ~ belanja; menggali parit ini sahaja ~ masa lebih kurang dua bulan; kereta saya banyak ~ minyak; 5. melukai atau menembusi (senjata, air soda, dll), lut: ditikamnya, tetapi tidak ~; 6. bekerja spt yg dijangkakan (brek dll): brek basikal ini tak ~; 7. dapat masuk (barang yg dimasukkan ke lubang dll), masuknya: paku itu hanya setengah inci ~ ke dlm papan itu; 8. mengikut (nasihat dll), menerima (pengaruh, pujukan, dll): inilah jadinya kalau orang tak ~ nasihat; sedikit pun tidak ~ dlm hatinya bahawa tunangnya tidak setia kepadanya; 9. ki menggelapi (wang dll), mengambil secara haram (wang): Pegawai Perumahan ini kuat ~ duit;
~ ampun sl minta ampun;
~ angin a) bersiar-siar utk mendapat angin bersih (berehat-rehat, melapangkan fikiran, dll); b) mendapat angin (kapal, layar, dll);
~ angkat suka dipuji-puji;
~ arwah kenduri arwah (utk memperingati orang yg telah mati);
~ bawang marah; ~ benak menarik keuntungan yg besar;
~ beradap memakan nasi adap-adap (biasanya nasi kunyit berserta dgn lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding;
~ berdamai makan bersama-sama pertama kali (bkn pengantin);
~ besar jamuan makan minum;
~ budi menerima kebaikan (pertolongan dll) orang lain;
~ bunga mengambil keuntungan (faedah) drpd apa yg dipinjamkan;
~ butir Kl dlm keadaan motobot dsb tersangat sarat dgn muatan (hingga air mencecah papan teratas): duduk baik-baik kerana bot ini ~ butir. Nanti tenggelam; ~ cekak sanggup melawan (mengatasi dll);
~ dalam (orang yg) pendiam tetapi banyak berfikir atau pengalaman;
~ (menghisap) darah a) mengambil untung yg besar drpd orang lain (spt mengenakan bunga yg sangat tinggi sewaktu meminjamkan wang dll); b) sebal hati, bersedih;
~ dawai (kawat, kerawat, tali) sangat miskin;
~ di punca kain Kl hidup melarat;
~ diri kesihatan terganggu (kerana sedih dll);
~ duit (emas) a) menerima wang suap; b) membelanjakan wang kerajaan (majikan dll) utk keperluan sendiri;
~ gaji (upah) bekerja pd orang utk mendapat gaji (upah);
(banyak, kenyang) ~ garam mempunyai banyak pengalaman dlm hidup;
~ hak melanggar hak orang;
~ hati (berulam jantung) dukacita yg amat sangat (akibat gagal dlm percintaan dll); ~ kawan (teman) sendiri menyusahkan (memfitnah, mencelakakan, dll) kawan sendiri;
~ kerawat sangat miskin;
~ keringat orang menikmati kesenangan hidup dgn memeras tenaga orang;
~ kuli bekerja sbg kuli;
~ malam (pagi, siang) makan pd waktu malam (pagi, siang) hari;
~ nasi dgn garam sangat miskin;
~ nasi kawah makan beramai-ramai (sewaktu membuat sesuatu pekerjaan dll);
~ nikmat sl makan makanan yg lazat-lazat;
~ pelewar dlm keadaan motobot dsb yg dipenuhi air hingga mencecah enjin: Ali menimba air dlm botnya kerana air sudah ~ pelewar;
~ pencen hidup dgn mendapat wang pencen drpd kerajaan (sesudah bersara);
~ puluk Id makan dgn tangan;
~ ransom makan beramai-ramai;
~ riba meminjamkan wang dgn bunga yg tinggi;
~ sahur makan sebelum masuk waktu imsak dlm bulan Ramadan;
~ suap (sogok) menerima suap (rasuah);
~ sumpah = dimakan sumpah mendapat kesusahan kerana ingkar akan sumpah, terkutuk;
~ tanah a) jatuh tersungkur di tanah; b) sangat miskin;
~ tangan a) kena penumbuk (tinju); b) mendapat keuntungan besar secara tidak disangka-sangka;
~ tanggung hidup di bawah jagaan orang lain;
~ tidur hidup dgn tidak membuat apa-apa pekerjaan;
~ tulang menyuruh orang supaya bekerja kuat;
~ tuan mengenai tuannya sendiri (senjata dll);
~ hati berulam jantung prb menderita kerana perbuatan orang yg karib (spt sahabat, suami, dll);
~ upas berulam racun prb hidup dlm kesusahan;
sudah ~ bismillah prb tidak menurut aturan, terbalik; telah habis maka dimakan prb berhemat cermatlah dlm semua perkara;
tempat ~ jangan diberaki prb jangan membuat sesuatu yg tidak baik kpd orang yg pernah memberi perlindungan (pertolongan dll);
tidak ~ siku-siku prb cakap seseorang yg berleleran sahaja (tidak menurut tujuannya);
memakan
1. makan (dgn lebih aktif): mereka pun duduk ~ sarapan pagi; 2. memerlukan atau menghabiskan (waktu, belanja, dll), mengambil: ini tentulah ~ belanja lebih drpd satu ribu ringgit; pelayaran itu ~ masa selama lapan minggu; 3. merosakkan, membinasakan, memusnahkan: rumah itu dimakan api; pisau itu dimakan karat; 4. mematikan (dlm permainan catur dll): hampir dimakannya raja saya;
dimakan akal masuk akal; dimakan pakaian cocok benar padanya (pakaian); dimakan tikus bp digelapkan (digunakan) wang dll; dimakan tua bp telah lama hidupnya, sudah tua;
memakani
memakan dgn banyaknya, acapkali memakan: ia asyik ~ buah-buahan yg dibawanya sendiri dr rumah;
memakankan
1. mengusahakan (memberi dll) supaya sesuatu dimakan; 2. memakan utk;
termakan 1. sudah dimakan (dlm erti kiasan dll): besi itu habis ~ karat; 2. makan dgn tidak sengaja: Ali dirawat di rumah sakit sebab ~ racun; dia ~ a) dia kena racun; b) dia kena guna-guna; 3. ki dapat diterima (akal dll), terpengaruh; perkataan itu ~ olehnya perkataan itu dapat diterimanya; 4. dapat dimakan: ikan yg didapatinya itu terlalu banyak hingga tidak ~ lagi;
~ budi menerima pertolongan (kebaikan dll) drpd orang lain, kebudian;
~ bulan terlewat waktu (tempoh) yg ditetapkan;
~ dlm hati meresap dlm hati;
~ janji tidak menepati janji;
~ oleh akal masuk akal, boleh diterima oleh fikiran;
makanan
apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah;
~ berzat makanan yg mempunyai zat (vitamin, protein, dll);
~ ringan makanan yg tidak begitu mengenyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg dimakan sambil-sambilan;
~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia);
~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat;
makan-makanan
bermacam-macam jenis makanan;
kemakanan
habis dimakan: jagalah baik-baik pedang itu, supaya tidak ~ karat;
pemakanan
1. jenis-jenis makanan yg lazimnya dimakan atau ditentukan utk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll: masalah salah ~ dan kekurangan vitamin masih lagi berleluasa di dunia moden hari ini; ~ yg tidak seimbang; ~ semasa hamil; 2. perbuatan (proses) makan: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuh manusia melalui proses ~ dan peminuman;
pemakan
1. orang (binatang dll) yg memakan: binatang ini termasuk jenis binatang ~ daging; 2. apa yg digunakan utk jodoh makanan: lauk ~ nasi; kapur ~ sirih; se~ sirih sama lamanya dgn orang makan sirih; 3. orang yg suka makan: Ali memang ~;
~ bawang ki orang yg pemarah;
~ gaji orang yg makan gaji;
~ upah orang yg mengambil upah.