Ditemukan : 578 Record
makmum
Ar 1. pengikut imam dlm sembahyang: sembahyang jemaah itu ialah sembahyang yg mempunyai perhubungan antara ~ dgn imam; 2. bp menurut, mengikut: dia hendak ~ sahaja.
makmur
1. mempunyai hasil yg banyak (daerah, negeri, dll), mempunyai penduduk yg banyak dan cukup kehidupannya: negeri Jepun adalah negeri yg paling ~ di Asia pd masa ini; 2. bp hidup mewah (serba cukup dll), tidak kekurangan apa pun: nampaknya engkau ~ sekarang;
memakmurkan
memajukan supaya makmur: ia diberi tugas utk ~ daerah yg mundur itu;
kemakmuran
perihal makmur (mewah, serba cukup, sejahtera, dll): ~ sesebuah negeri bergantung terutama sekali pd kerajinan penduduk-penduduk negeri itu;
persemakmuran
persekutuan negara-negara, komanwel.
makna
erti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu;
bermakna
mempunyai (mengandungi) erti;
~ berbilang mempunyai (mengandungi) beberapa erti;
memaknakan
menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll;
pemaknaan
perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu Indonesia masih ada sistem tanda yg berhubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya.
maknawi
Ar 1. berhubung dgn makna, mengikut ertinya; 2. penting, kepentingan.
maknga
makramat
Ar kehormatan, kebaikan hati.
makrifat
Ar 1. pengetahuan; 2. (dlm ilmu tasawuf) pengetahuan yg tertinggi atau sempurna;
bermakrifat
1. memikirkan dalam-dalam tentang sesuatu, bertafakur; 2. mengetahui benar-benar: bolehkah hamba ~ bahawa hamba akan mati bersama-sama dgn ibu hamba.
makro
kata gabungan yg bermaksud besar, banyak, atau panjang, yg lazimnya bergabung dgn sesuatu kata utk membentuk kata baru, spt makroekonomi.
makroekonomi (makroékonomi)
kajian aspek-aspek ekonomi (spt pengangguran, pendapatan, dll) secara menyeluruh.
makromelia (makromélia)
(Ubat) keadaan apabila anggota tubuh (tangan atau kaki) menjadi lebih besar drpd normal.
makropodia
(Ubat) keadaan apabila kaki menjadi sangat besar.
makroprosopia
(Ubat) keadaan apabila muka menjadi terlalu besar.
makropsia
(Ubat) keadaan pd seseorang apabila objek kelihatan lebih besar drpd saiznya yg sebenar.
makrorinia (Ubat)
keadaan apabila hidung menjadi terlalu besar.
makroskopi
pemeriksaan sesuatu objek dgn mata kasar.
makruf
Ar 1. ketahuan, terkenal, masyhur; 2. jasa, perbuatan baik;
kemakrufan
kebaikan: politik yg sihat akan melahirkan segala kebaikan ~; keadaan berhijrah drpd kemaksiatan, kemungkaran, dan kefasikan kpd ketaatan dan ~.
makruh
Ar sesuatu (perbuatan dll) yg tercela tetapi tidak haram (di sisi agama Islam);
memakruhkan
menyebabkan sesuatu (perbuatan, tindakan) menjadi makruh: maka dimakruhkan suami mengambil harta yg dijadikan tebus diri isteri.
maksi
pakaian (gaun) yg labuhnya hingga ke pergelangan kaki (atau ke paras lantai).
maksiat
perbuatan yg melanggar perintah Allah, perbuatan yg berdosa (yg keji);
bermaksiat
melakukan maksiat: orang yg ~ akan menerima padahnya;
kemaksiatan
pelbagai perbuatan (hal dsb) yg bersifat maksiat, segala-gala (perbuatan dll) yg berdosa: ternyata baginya kepincangan dan ~ yg dilakukan oleh manusia, dapat disaksikan di mana-mana sahaja.
maksila
maksima —> maksimum.
maksimal
IB sebanyak-banyaknya, setinggi-tingginya: tulisan ilmiah yg sangat teknikal, yg objektivitas dan abstraksi mencapai titik ~nya.
maksimum
jumlah yg sebanyak-banyaknya, paras dsb yg setinggi-tingginya: dgn ~nya pengeluaran ekonomi, maka lebih banyaklah barang-barang yg boleh dibahagi-bahagikan antara rakyat;
memaksimumkan
menjadikan sebanyak-banyaknya (setinggi-tingginya): ~ pengeluaran kelapa sawit; ~ kadar pertumbuhan ekonomi;
pemaksimuman
perihal (usaha, proses, dsb) memaksimumkan sesuatu: matlamat pengeluaran eksport akan digerakkan dgn mengambil ingatan tentang ~ pendapatan petani dan bukan semestinya ~ pendapatan negara.
maksud
1. tujuan, hajat, kehendak, niat: ~ aku ke sini ialah hendak berjumpa dgn engkau; ~ hatiku pun hendak ke sana juga; 2. erti yg tersimpul dlm sesuatu ayat (perbuatan dll): apakah ~ perkataanmu itu?; aku masih belum tahu lagi ~ aku dipanggil;
bermaksud
1. bertujuan, berhajat, berkehendak, berniat (hendak): kami ~ hendak menyerahkan wang itu dgn seberapa segera; 2. mengandungi erti: apa yg diucapkan sebentar tadi itu tidak ~ demikian;
memaksudkan
1. menghendaki, meminta: dialah yg dimaksudkan hadir dlm seminar itu; 2. memberi erti yg sebenar, (hendak) menyampaikan atau menyatakan (sbg maksud): Ali masih samar-samar tentang apa yg dimaksudkan oleh perempuan tua itu; apabila ia menerangkan tentang pendekatan struktur, ia ~ pendekatan formalistik juga;
termaksud
dikehendaki, dimaksudkan.
maksum
Ar terpelihara atau bebas drpd (dosa dll), tidak tercela, tidak berdosa.
maksyuk
Ar yg dikasihi (tercinta), buah hati, kekasih.
maktab
1. tempat belajar (menulis dll), sekolah; 2. tempat tulis-menulis, pejabat; 3. sekolah atau institusi utk ilmu khas (spt ilmu perguruan, pertanian, teknik, dll), kolej: ~ perguruan bahasa; ~ pertanian; ~ teknik; 4. institusi pendidikan tinggi.
maktub
kitab suci;
memaktubkan
menulis (dlm sesuatu), mencatatkan, merakamkan: hasil drpd laporan Suruhanjaya Reid yg telah ditubuhkan utk mengurus Perlembagaan Malaya, pembentukan sebuah parlimen negara telah dimaktubkan dlm perlembagaan;
termaktub
tertulis, tercatat: perkara ini ~ di dlm Perlembagaan Persekutuan;
pemaktuban
perihal memaktubkan sesuatu: ~ dasar utk menggalakkan pelaburan modal asing.
|