Ditemukan : 578 Record
makara I
patung kepala binatang buas (yg terdapat pd candi dll zaman dahulu).
makara II
nama kelompok bintang, bintang sartan; mengkara.
makaroni
sj bahan makan drpd tepung gandum, berbentuk pembuluh (biasanya dipotong pendek- pendek) yg dikeringkan, dan dimasak utk dijadikan makanan.
makas
sl keras; keras ~ sangat keras; —> mangkas.
makau-po
C, bp perempuan lacur (drpd bangsa Cina).
Makau
nama sebuah pulau di selatan negeri China;
benang ~ benang emas atau perak;
sambal ~ Kd sambal yg dimakan dgn timun;
wayang ~ wayang Cina.
makaw
sj burung yg rupa bentuknya spt burung nuri (tetapi lebih besar), Ara spp.;
~ biru kuning sj burung, Ara arauna;
~ kuning merah sj burung, Ara macaw;
~ merah biru sj burung, Ara chloroptera.
makbud
Ar; Allah almakbud Allah yg disembah.
makbul
1. diterima (permintaan, doa, dll), tercapai (maksud dll), berhasil: semua permintaannya sudah pun ~ ; 2. mustajab (ubat, jampi, dll), manjur, mujarab: maka jampi pawang itu tiada~;
memakbulkan
menerima (permintaan, doa, dll), mengabulkan, menyampaikan (maksud dll), memperkenankan: permintaannya itu dimakbulkan oleh Kongres;
termakbul
diterima (permintaan, doa, dll), terkabul, tercapai (maksud dll): harapan hatinya ~lah sudah;
kemakbulan
perihal makbul: utk ~ doa, banyak kaedah perlu diikuti.
makdan
Ar lombong; ~ emas lombong emas.
makelar
IB orang yg menjadi perantara dlm perdagangan (menjualkan barang-barang atau mencarikan pembeli utk orang lain), broker.
makhdum
Ar † tuan (biasanya gelaran utk ahli agama).
makhfi
makhluk
Ar segala yg dijadikan Tuhan (spt manusia, binatang, dll): manusia adalah ~ pilihan Tuhan.
maki
kata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, orang, dll): mereka bersorak-sorak mencetuskan ~ dan marah terhadap majikan yg tidak berperikemanusiaan;
~ hamun = caci ~ kata-kata yg sangat kasar dan keji;
mencaci (mencuci) ~ mengucapkan kata-kata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, dll);
memaki, memaki-maki
mengeluarkan kata yg keji-keji (kpd): ia marah lalu ~ isterinya;
makian
kata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, dll), maki: budak-budak itu tidak langsung menghiraukan ~ dan sumpah seranah itu.
makin
1. = semakin menjadi lebih, kian bertambah: hati Maskam ~ meradang; lanun-lanun itu ~ buas; 2. sl lebih-lebih lagi, apa lagi.
maklaf
Ar † tempat utk mengisi makanan kuda dll, palung.
maklum
1. sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui: kamu semua sudah sedia ~ bahawa perjumpaan ini adalah yg terakhir utk tahun ini; 2. = maklumlah tahu sahajalah, sudah barang tentu, tentu sudah tahu: ~ aku ini orang miskin;
~ balas maklumat yg diterima kembali sbg menjawab pertanyaan (soal selidik dsb atau sbg reaksi dsb sesuatu tindakan (kegiatan, keputusan, dsb);
memaklumi
memahami, mengetahui: aku harap kamu semua telah ~ perkara ini;
memaklumkan
1. membuat maklum, menjadikan maklum, memberitahukan, mengkhabarkan, menyatakan: ia datang hendak ~ hal-ehwalnya; dipermaklumkannya yg ia hendak membalas kematian isterinya itu; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll), menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll): mereka ~ perang dgn Belanda;
termaklum
sudah dimaklumi, sudah diketahui;
makluman
apa-apa yg dimaklumkan, pemberitahuan;
pemakluman
pengumuman, pengisytiharan, penyataan.
maklumat
1. makluman, pemberitahuan, pengumuman: ~ akan diberikan di dlm risalah; 2. keterangan, butir-butir: ~-~ mengenai angkatan perang telah sampai ke Yedo dr Okinawa; 3. pengetahuan: utk ~ ahli-ahli saham syarikat, mesyuarat agung tahunan ditangguhkan;
memaklumatkan
memberitahukan, memaklumkan.
maklun
Id, bp upah membuat pakaian dll.
makmal
tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yg berhubung dgn ilmu sains (fizik, kimia, dll), laboratorium;
~ bahasa bilik yg dilengkapkan dgn perakam pita dsb utk pembelajaran bahasa asing.
|