Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 6.489
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 578 Record
‹ First  < 18 19 20 21 22 >  Last ›
manggar

1. tangkai mayang kelapa; 2. Mn pangkal pelepah (kelapa dll);

bunga ~ sj perhiasan drpd kertas berwarna-warni yang berupa spt manggar yang dipasangkan pd sebatang kayu (digunakan dlm upacara keraian spt perkahwinan, sambutan orang besar-besar, dsb).

manggis

sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mesetor, sementah, semetah, Garcinia mangostana;

~ hutan sj tumbuhan, beruas;

ingin di buah ~ hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menginginkan sesuatu yg sangat susah hendak mendapatnya.

manggul = tanah ~

tanah tinggi, anak bukit.

manggut

Jw mengangguk; —> anggut.

mangka

bp maka; ~nya kerana itu.

mangkah —> mangkar.
mangkar

1. keras (ubi yg direbus dll), bangkar; 2. mengkal (buah-buahan); mangkah.

mangkas I

keras;

keras ~ sangat keras; makas.

mangkas II —> bangkas.
mangkat

bd meninggal (digunakan utk raja-raja), mati: maka marhum pun ~;

kemangkatan

bd perihal mangkat, kematian: anak raja itu pun diberitahu tentang ~ ayahandanya.

mangkel

Jw † berasa kesal, mendongkol.

mangkih; cangkih- ~; —> cangkih.
mangkin I

makin.

mangkin II

1. (Kim) bahan (spt platinum, yis, dll) yg dapat mengubah kecepatan sesuatu tindak balas kimia tetapi ia sendiri tidak mengalami apa-apa perubahan; 2. ki faktor (unsur dsb) yg dapat mempercepat atau menyegerakan berlakunya sesuatu perkembangan dsb: gerakan bimbingan kerjaya Malaysia boleh menjadi ~ yg merapatkan perhubungan antara majikan dan institusi pelajaran bagi menerbitkan pekerjaan;

pemangkinan

pengubahan kadar tindak balas kimia dgn menggunakan mangkin.

mangkir

bp tidak hadir (bekerja, bersekolah, dll), tidak datang.

mangku

yg memangku (hanya dlm gelaran sahaja);

Darjah M~ Negara pingat yg dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong.

mangkubumi

sl bendahara, perdana menteri.

mangkuk

1. bekas yg dalam drpd tembikar dll tempat mengisi lauk-pauk (nasi dll); 2. cangkir, cawan: se~ kopi; 3. bk kata yg mempunyai maksud menghina atau mempermain seseorang, bodoh;

~ basuh tangan mangkuk bekas air basuh tangan;

~ gulai mangkuk utk mengisi gulai;

~ jorong mangkuk yg panjang bulat (utk mengisi air dll);

~ keda(h) sj mangkuk bertutup;

~ lonjak Kl mangkuk tingkat;

~ nasi mangkuk utk diisi nasi;

~ pengadun mangkuk tempat mengadun bahan-bahan masakan dll;

~ perak piala;

~ pijar sj mangkuk yg biasanya dibuat drpd porselin dan digunakan dlm makmal utk melakurkan bahan kimia pepejal;

~ tandas sesuatu spt mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sbg tempat buang air besar atau buang air kecil di tandas;

~ tingkat mangkuk drpd aluminium dll yg bertingkat-tingkat (utk bekas kuih, lauk-pauk, nasi, dll), rantang, mangkuk tepeng, siya.

mangkung

Jh sj tukul drpd kayu;

memangkung

memukul kuat-kuat; pangkung.

mangkus

Mn manjur, mujarab, mustajab.

‹ First  < 18 19 20 21 22 >  Last ›