Ditemukan : 554 Record
natar
warna dasar (pd kain), tanah kain: tatkala hamba berbaju putih diikatnya dgn cindai ~ merah; latar.
nati
si bodoh, si tolol: hai ~, akulah raja.
natijah
Ar keputusan (dr sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat: kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik ~nya; ~ drpd perkembangan ekonomi kolonial spt itu amat buruk padahnya kpd masyarakat Melayu.
NATO
akronim bagi North Atlantic Treaty Organisation (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara).
natrium
(Kim) unsur logam yg mudah teroksida dlm udara dan sangat reaktif;
~ hidrogen karbonat = ~ bikarbonat sj sebatian berbentuk serbuk atau hablur berwarna putih yg digunakan utk membuat minuman bergas dan serbuk penaik, soda penaik;
~ hidroksida sj sebatian yg berbentuk pepejal putih, bersifat mengakis apabila berair, dan digunakan dlm industri bahan kimia, kertas, dsb, soda kaustik;
~ karbonat sj sebatian yg berwarna putih dan digunakan utk membuat kaca, kertas, sabun, detergen, dsb, soda abu;
~ klorida sj sebatian berbentuk hablur, tidak berwarna atau berwarna putih, dan digunakan dlm industri bahan kimia, metalurgi, pengawetan makanan, dll, garam.
natural
1. (yg) bersifat semula jadi, alamiah: perkembangan yg sihat dan ~ dlm proses pembinaan bahasa; 2. (yg) menjadi kebiasaan, kelaziman.
naturalisasi
perihal mengiktiraf orang asing menjadi warganegara (rakyat negeri);
menaturalisasikan
menjadikan (orang asing) warganegara, mewarganegarakan.
nau
Pl orang yg gila perempuan, orang yg gila urat.
nauli; nauli-nauli
sj tumbuhan (pokok renek), Ardisia colorata.
naung, naungan
1. tempat teduh (di bawah pohon dll), lindungan: duduklah dia di bawah ~ sebatang pokok cemara; panas di sini, tidak ada naungan utk berteduh; 2. ki jagaan, asuhan, kawalan, perlindungan: dia yakin benar bahawa negeri ini akan kekal di bawah naungan orang putih;
bernaung
1. berlindung (di bawah pohon dll), berteduh: baginda ketiga pun duduk ~ di bawah pohon kayu; 2. ki berlindung (pd kerajaan lain), menerima perlindungan (dr negara lain), menjadi daerah naungan: kita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris;
bernaungkan
bersandarkan (berharapkan) sesuatu sbg pernaungan: hidup itu ~ penyerahan diri kpd Allah;
menaungi
1. melindungi, memayungi: maka gagak pun mengembangkan sayapnya ~ segala orang yg duduk itu; 2. ki memberi naungan (kpd negeri lain), menjaga, mengawali: dahulunya negeri-negeri Melayu itu dinaungi oleh kerajaan Inggeris;
pernaungan
1. tempat bernaung, perlindungan; 2. perihal (perbuatan dsb) menaungi: dgn cara paksaan, gesaan atau ~;
penaungan
perbuatan menaungi seseorang: saya datang kepadamu utk mendapatkan ~ dan perlindungan;
penaung
orang yg memberi lindungan (bantuan, galakan, dll), pelindung.
nauzubillah, nauzubillahi
Ar kita berlindung kpd Allah (mudah-mudahan Allah melindungi kita).
navigator
orang yg bertugas menentukan arah perjalanan sesuatu kenderaan, terutamanya kapal dan pesawat, pemandu arah.
nawa
nawab
nawak
nayaka
sl pembesar negeri, menteri.
nayam
mata tenggala (bajak), pengunjam tenggala.
nayap
Jw mencuri (siang-siang hari).
nayub = nayuban
Jw menari (dgn gadis-gadis penari), mengebeng (dgn tandak).
nazak
Ar 1. keadaan orang yg hampir akan mati: tadi abang berada di rumah sakit Bangsar di mana dua manusia sedang terbaring ~ ; 2. ki teruk benar (keadaan sesuatu benda), hampir tidak boleh dipakai lagi.
nazam
Ar sj gubahan puisi (spt sajak, syair);
bernazam
bercerita dgn lagu, bersajak, bersyair;
menazamkan
menceritakan dgn lagu, menggubah, menyajakkan.
|